Wednesday, August 31, 2011

 Edward Cullen mulut puaka

Satu hari di kedai kopi...





Edward Cullen: Dude, awek ko tak lawa la wei. Hidung dia senget. Mata dia stim je aku tengok. Minah gian ke apa? Macam mana la ko boleh pandang dia lawa. Haish. Taste apa la ko ni. Haha (gelak macam setan, perangai macam gampang)

Aku: Ek? Abis yang ko sibuk tu pehal nak tilik muka dia cari cacat cela dia?

Edward Cullen: Takda la bro. Aku pelik ngan ko ni. Taste entah pa pe la ko ni. Mulut dia aku tengok herot semacam je. Suka ngumpat eh? Seriously, dia tak padan la ngan lu bhai. Haha (sambung gelak lagi macam setan baru lepas kena rantai)

Aku: Alaa bro. Lu kecoh la. Look, I don't care if people say she is not good enough for me and I also don't give shit if others told me she is not comel or whatsoever. I'm not kacak either. Gua ada cermin kat rumah. Gua tilik hari-hari kot. Gua tak rasa pun gua hensem macam Donald Trump. Yes, it's true she is not comel like Lisa. So what? Is pretty the only things that matters now? Is woman with 34-24-34 cutting is your top priority? What the f man. You must be completely out of your f-ing mind brah! Bukannya ko yang nak ngadap muka dia hari-hari lepas kawen. It's not you who pay her mahar. It's not you who want to be with her every second of your life.

Edward Cullen: Chill la bro. Jangan emo sangat. Minum dulu. Haha (gelakan dia da makin tak setan. takut kot)

Aku: Arghh. Jangan kacau aku nak ceramah ko ni. Right, it's true. Beauty is one of the reason people choose someone to spend rest of their life with. Me myself pun ada perasaan nak bini lawa, cutting baek punye. Tapi ukur baju badan sendiri la. Jangan sampai baju dah siap tapi labuh sampai ke lantai. Tak boleh buat beraya nanti. Ye dak? Kalau semua makhluk kat muka bumi ni hanya nak sapu yang dahi licin je, abes yang dahi tak berapa nak licin tu nak campak kat mana? Sorry to say la bro. Sebab tu kalau dah ada jodoh, tak kira la pasangan ko tu muka senget ke, dahi luas macam runway kapal terbang ke, ko mesti terima punya. Hati da sayang, da berbunga-bunga. Ko tau jodoh tu apa?

Edward Cullen: Tak tahu. Pe menda tu? (sambil geleng kepala tertunduk-tunduk)

Aku: Ape punya sengal la ko ni. Orang bukit ke apa? Balik nanti cari dalam kamus. Back to the topic. Asalkan perempuan tu pandai jaga hati, boleh jaga makan minum, solehah, buruk macam mana pun pasangan ko tu, ko akan tetap rasa lapang. Ni tak, muka lawa kalahkan artis. Bedak tebal empat inci. Pakai baju tak pernah cukup kain, tapi tang perangai, hancuss. Tengok hari-hari rasa macam nak lempang je. Sekali lempang, berdebu lantai dengan bedak dia tu. Mas kahwin nak berbelas-belas ribu. Hantaran 2,3 ribu tiap-tiap dulang. Wedding kalau tak buat kat hotel, tak sah. Dewan sivik ni tak main la katanya. Kalau nak wat kat dewan orang ramai, hmm, alamatnya tak naik pelamin la ko. Tapi nak potong bawang pun terkial-kial macam be..

Edward Cullen: Sori kacau bro, air dah abis la. Ane, teh tarik kaw satu!

Aku: Takde adab punya pontianak. Potong stim tol la. Tak patut bro bini macam tu. Tak padan ngan mas kahwin. Biar la buruk dimata kau pun, tapi dimata aku dialah yang terbaik. Dah dia pilihan aku, suka hati aku la. Yang ko nak sibuk ni pehal? So, if you wanna say something, itu tak kena, ini tak kena, hidung dia kemek la, pipi dia kembang macam gula-gula kapas la, I suggest, get lost. Pergi cermin diri ko tu dulu. Ko pun bukan hensem sangat. Gigi ada siong. Macam pontianak dah aku tengok. Bella ko pun sama je ngan ko. Ngerti?

Edward Cullen: Fuhh. Gila panjang ceramah ko kan. Tersengguk-sengguk aku dengar. Nyesal aku kutuk awek ko. Haha (gelak dengan penuh kewarasan)

Aku: Hmm. Baru ko taw seksa dengar aku ceramah. Padan muka ko.





p/s: ni kalau someday ada mangkok kutuk bini aku, macam ni la jawapan aku. ahahahaha

 apa erti kemerdekaan?


Salam 1 Malaysia y'all


Menda ni da lama aku wonder
Aku nak tanya hang la, apa erti kemerdekaan sebenarnya?
Adakah bila tiba hari kemerdekaan kita duk laung-laung sampai terkeluar anak tekak, tu erti merdeka sebenarnya?
Adakah kita rasa merdeka hanya pada laungan semata-mata?
Adakah merdeka tu hanya dirasai bila tiba tarikh keramat 31 Ogos?
Adakah erti merdeka tu hanya pergi Dataran Merdeka layan konsert ambang merdeka sebelum tunggu bunga api pum pam pum pam?
Adakah dengan berpanas berhujan berbaris kat dataran tiap tahun dikira berjiwa merdeka?
Adakah merdeka tu hanya dirasai bila kita tengok iklan merdeka Petronas karya Yasmin Ahmad?
Adakah kita rasa kita ni seorang warga yang sangat patriotik hanya dengan sanggup beratur berjam-jam untuk masuk stadium menyokong Harimau Malaya?
Adakah kita ni act like we are independant enough?
Adakah minda kita sudah cukup terbuka dan merdeka?

Yes, betul. Secara harfiahnya, negara kita sudah merdeka. Tapi adakah pemikiran dan perlakuan isi negara ini menunjukkan kita sudah merdeka? That is one thing that we need to change. Seriously. We need to think, we need to analyse, and then digest it. Don't just sebat je apa yang dihidangkan untuk kita. Do some study. Jangan alpa. This is Malaysia. Live it, love it. Our country's rise and fall depends on us. Assalamualaikum.


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN ke-54!







p/s: this is not political incitement. please do some reflection. only moron with short thinking will think this is politic. back off.

 edisi malam raya pertama

Nothing much happen. There is no fireworks or whatsoever. Lepak at McD Teluk Chempedak. Pekena double GCB sebagai ganti ketupat and rendang. Layan fireworks unofficial show. Just cruising in Din's 7-series around Kuantan (jadi sakai jap, haha). Pusing-pusing cari tempat best nak lepak in future. Nasib baik Din ada. Very nice la mamat ni bawak kami gi jalan-jalan cari port best kat Kuantan.

Lepak-ing at Coffee Street with his bestfriend's family. Pak long, pak ngah, pak su. Old guys, young souls. Easy going. Padahal tak kenal before this. Tapi we can hang out and chit chatting like old friends. Nice! Bila cerita kedai kopi da buka, takde sape yang nak stop. There'll always be topic to talk about. Pot-pet pot-pet, dah pukul 2. Masing-masing beransur la pulang. What a night! Not really wild night but to know and hangout with such people with another background in field of work is really open-up my mind. Very berilmiah.




Tuesday, August 30, 2011

 edisi pagi raya

Dah banyak kali dah aku rasa tulis pasal raya ni. Pasal raya, pasal malam raya la. Tapi aku peduli apa. Blog aku. Suka hati la aku nak tulis apa kan. Haha. Sebenarnya aku bosan. Sedih tak dapat balik beraya takde la sangat. Tapi aku bosan gila duk kat tempat ni. Celik-celik mata pepagi raya, bukak pintu nak hirup udara segar, apa yang aku dapat tengok hanya kren-kren bersusun parking sebelah kontena belakang ofis. Depan ofis plak, parking yang dulunya penuh sesak dengan kereta pekerja-pekerja sekarang ni sunyi sepi, ada la 2,3 bijik kete orang puteh yang tak cuti. Kalau aku pandai main drift, dah lama aku gi layan drift sedas dua kat parking tu.

Dah la baju raya tahun ni tak bawak. Nasib baik ada bawa baju melayu tahun lepas. Songkok pun takde gak. Safety helmet la jadi ganti songkok aku tahun ni. Haha. Kasut raya pun tak bawak gak. Safety boot yang high cut tu la yang bakal jadi mangsa. Nasib baik company bagi kete sebijik nak bawak gi bejalan. Aku tak kira, kete tu aku nak bawak gi beraya rata-rata. Rage!

So, sekarang ni aku buntu nak buat apa. SSedihh (sebut macam adi putra buat dalam KL Gangster). Komputer oh komputer. Come to papa bebeh.






ni member keje aku. nama dia akhmal.

Monday, August 29, 2011

 edisi malam raya


29 Ogos 2011

Lemang? Ketupat? Dodol? Mercun? Bunga api?

Mana pergi semua benda alah tu pergi? Ya. Kat umah aku tak pernah bakar lemang. Ya. Aku tak pernah anyam ketupat. Apatah lagi kacau dodol. Tapi bab mercun ngan bunga api tu aku selalu sentuh. Mercun, bunga api tu dah macam sprocket ngan mudguard dah dalam hidup aku. Mana pergi semua tu malam ni? Arghh. Aku tak boleh terima.

Malam raya tahun-tahun lepas, kalau tak touch-up rumah, mesti kena goreng kacang nak buat kuah kacang nasi impit. Takpun pergi kedai beli apa yang patut. Tapi malam ni, aku nak touch-up pe jadah nye dalam ofis ni. Tak ke hangin bos aku kalau dia tengok aku letak langsir lip lap lip lap? Entah-entah pengsan orang tua tu kalau tengok ada pelita keliling ofis. Mesti orang putih pejabat sebelah cakap aku gila sewel kalau tengok aku lari-lari keliling parking depan ofis pusing-pusing bunga api kat tangan. Silap-silap dia bawak ngadap safety department sebab main menda letup-letup. Takde atmosphere raya langsung sekarang ni. Shit.

Pagi raya tahun-tahun lepas celik je mata lepas subuh gajah, pergi mengadap ke bawah duli ma ngan abah aku. Salam-salam, mintak-mintak maaf, peluk-peluk sikit, pastu ambil gambar famili. Lepas setel semua tu baru pergi solat raya. Tapi tahun ni, entah pergi entah tidak sembahyang raya. Bangun pagi pun belum tentu. Hanya aku ngan colleague sepejabat je. Tu pun kena stay kat pejabat. Sepatutnya aku masuk ofis kul 8.30, tapi esok aku nekad, pukul 11 baru aku nak masuk ofis. Memberontak. Sape suh tak bagi aku cuti. Pak guard pon cuti bos. Damn.

Yang ada sekarang ni hanya mercun bawang je. Bawang pun bawang la. Syukur la apa yang ada ye dok? Sigh*