Thursday, April 12, 2012
bengap orang kita
kat mana-mana mesti jumpa orang yang bengap. bengap disini bererti spesis yang bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang punya spesis.
masa drive.
kalau kita hon bila dia masuk simpang tak bagi signal, kita plak kena jari tengah ngan dia.
nak overtake lori, kete lorong bertentangan dah siap-siap bagi high beam 4,5 kilometer depan. bukan nak slow, bagi laluan sikit.
bila kita angkat tangan, dia buat muka yo yo or. orang dah bagi jalan kot. tangan berat.
kentut sorang-sorang dalam lif. keluar je buat muka puas. orang masuk lepas tu konfem, icu.
sekor lagi jenis kalau keluar lif tak sah kalau tak tekan sume butang. hidup nak menyusahkan orang lain je.
pasal menda kecik nak gaduh. ayam ke telur?
bila dia rasa dia betul, dia la yang betul. yang ni aku nak cite nanti. esok-esok je la.
kalau kita mesej tanya kaba cakap kita nak ngorat dia. hak tuih.
aku sakit hati.
Wednesday, April 11, 2012
reminder.
Movie aku nak layan bulan ini.
1. Berani Punya Budak.
2. Marvel's The Avengers
Cite berani punya budak tengok trailer macam best, tapi tak boleh kira gak sebab dah dua kali aku kena tipu ngan trailer. Dua-dua kali aku tertido dalam panggung. Sucker punch dengan Hunger Game. Dua-dua hampeh.
Ada yang nak teman?
Tuesday, April 10, 2012
ABPBH
Anugerah yang aku tunggu tiap-tiap tahun. Bukan sebab nak julang sape menang, nak boo sape kalah. Tapi nak tengok spesis melayu tak sedar diri pakai baju lawa-lawa tunjuk aset. Pergh. Tang tu yang aku paling tak tahan. Sume nak jadi sasaran kamera kameramen yang tak bernafsu. Seronok tatkala mereka dipuji, "aww cantiknya u", padahal pujian bermaksud cantiknya barang u. Lain kali bukak banyak sikit taw. Dan seperti biasa mana-mana artis yang pakai eksesif tunjuk aset, tak menang award pun. Harap tunjuk body aja. Seperti tahun-tahun sudah. Puii
Tahun ni artis yang berjaya buat nafsu aku bergegar, tak lain tak bukan, Neelofa la. Siapa lagi. Maleh nak letak gambo. Google sendiri. Grrrrrr.
Friday, April 6, 2012
power!
Time kecik-kecik dulu aku memang gila babi minat Power Rangers Mighty Morphin. Azri_suka_kucing pon layan jugak menda alah ni. Kalau petang Sabtu tu memang tercongok depan tibi tunggu cerita tu. Kalau petang sabtu tu biasanya semua aktiviti budak hensem, memancing, menangguk ikan laga, main wau, sepak takraw, main gasing, kete dash, main basikal, mandi parit, lompat getah, tudung botol, kena hold jap takpun stop awal sebab memberi laluan pada cite ni. Penangan dia memang hebat baq hang.
Kesiannya kat bapak aku la. Kalo pegi pasar malam, nampak topeng power rangers, memang silap besar la. Selagi tak dapat topeng, selagi tu duk berguling tengah jalan. Tapi bapak aku jenis hati kering, dia biar je aku macam orang gila meraung tengah jalan. Aku try si mak pulak. Dia bagi. Dua das kutilan kat perut. Senak.
Mempengaruhi hampir semua budak-budak kecik besar zaman 90-an. Paling aku minat Power Rangers putih, Tommy. Stail wok. Aku masa kecik, jahil tukil dulu, aku bayangkan tuhan macam Zordon. Nampak muka je dalam tiub dalam gua. Si Alpha 5 tu la makhluk paling bangang aku rasa. Tapi kalau takde dia, robot tak gerak. Aiyaiyai.
Watak antagonis paling menarik. Rita, 'menda' tajam. Sialan. Harassment jiwa budak kecik nak tengok. Tak pasal-pasal burung tak sembelih lagi terbang merata-rata. Mighty morphin power rangers dan power rangers dua tiga season lepas tu memang epik 90s!
Subscribe to:
Posts (Atom)
