Monday, February 28, 2011

perihal aurat

Assalamualaikum. Entry kali ni mungkin sensitif sikit. First of all, aku nak minta maaf la kalau ada yang terasa. No hard feeling ok. Aku bukannya nak menghentam atau kondemn sape-sape dalam ni. Just peringatan untuk diri sendiri dan kamu-kamu semua. Kalau cerita bab aurat ni memang susah nak habis. Tak kira la lelaki ke, perempuan ke. Dua-dua sama je. 2x5.

Dari sekolah rendah lagi kita diajar tutup aurat. Jaga aurat. Kalau tadika tu aku tak sure la. Ada kot. Kalau tak kat sekolah, konfem parents ajar kan? Dalil pasal tutup aurat ni banyak. Dalam al-Quran ada. Dalam Hadith pun ada. Tape kenapa ada lagi golongan yang tak boleh tutup aurat? Yang dah tutup aurat tu pulak, tak boleh tutup dengan sempurna. Kalau kata tak tahu macam mana nak tutup aurat dengan sempurna, nampak beno menipu. Padahal kat sekolah dah ajar. Masing-masing dah besar panjang. Dah pandai berfikir. Lain la kalau budak-budak. Let's have a thought for a sec. kenapa Islam ajar kita tutup aurat? Kenapa zama sekarang ni banyak sangat kes-kes rogol, zina, buang bayi, etc?

Picture this, kalau perempuan tu pakai mini skirt, tube top, dedah sana, dedah sini, tersembul sana, tersembul sini, bukan setakat buaya-buaya je yang nak ngap. Tok imam pun terbang serban dia. Aku sendiri pun geram. Haha. Kalau ada kes rogol je, salahkan lelaki. Lelaki mata keranjang la. Lelaki gila seks la. Padahal diri sendir tu duk tayang free-free je. Ibarat suruh rogol dia pulak. " Try la saya. Try la saya.". Right? For certain cases la. Tak boleh ke pakai elok-elok sikit. Ni tak. Pakai jugak baju adik. Kesian kat adik tu, dah takde baju. Semua baju dah kena rembat ngan akak. Pakai la baju yang sedang-sedang dengan tubuh kita. Seluar pun sama. Suka sangat pakai jeans yang ketat tu. Tak sakit ke kak oi? Aku yang tengok pun rasa macam seksa je. Bak kata orang tua-tua, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Haha. Tolong la pakai seluar yang longgar sket. Selesa pun selesa. Udara pun masuk. Nyaman gitu.

Satu lagi pasal rambut. Ada orang kata rambut ni mahkota perempuan. Aku petik kata-kata Dr Pahrol dalam bukunya 'Tentang Cinta', kalau rambut ni mahkota, mesti la kena jaga betul-betul. mahkota tak boleh tayang macam tu je. Nanti kena curi dek orang baru tau. Tengok Queen Elivabeth tu. Bukannya tiap-tiap hari dia tayang mahkota dia. Betul tak? Sama jugak rambut ni. Jangan la tayang rambut sewenang-wenangnya. Simpan la untuk suami. Depan mak bapak, adik beradik, sedara-sedara boleh la. Tunjuk la kecantikan rambut korang tu untuk mereka. Bukannya untuk semua orang. Tak special la macam tu.



Haa. Pasal tudung pulak. Sekarang ni, ada macam-macam jenis tudung. Tudung Mawi la, tudung Ekin la, tudung Siti la, tudung bawal la. Macam-macam ada. Pilih je yang mana berkenan. Nak berfesyen tu tak salah. Tapi biarlah fesyen yang sopan, yang ikut peraturan. Islam dah menggariskan panduan yang betul pasal aurat dan tudung ni. Follow je la. Tutup la bahagian dada. Jangan pakai tudung yang singkat. Tengok je orang yang bertudung labuh. Sejuk je hati. Manis je. Sedap mata memandang. Apa salahnya pakai macam tu. Nak kata tudung labuh ni mahal, aku rasa takde la mahal sangat. Tudung Ariani lagi mahal kot. 2,3 ratus sehelai. Kecik je. Bila pakai, senteng je.

Yang lelaki pulak, apa salahnya bila main tu pakai seluar yang tutup aurat. Kalau ye pun rasa lutut tu lawa, tutup je la. Memang aku admit pakai shorts masa main rasa best. Rasa macam perform je. Tapi kena ingat la, aurat tetap aurat. Kalau agak-agak tak boleh main kalau tak pakai seluar pendek, pakai la seluar tight kat dalam. Terjaga jugak la aurat tu. Ngerti?

Aku sebenarnya bukan apa membebel macam ni. Bukan nak berlagak alim. Just nak mengingatkat sesama insan. Aku kadang-kadang pun buat silap jugak, tapi biasa la tu. Kita ni insan. Kita sentiasa dalam proses pembelajaran. Belajarlah daripada kesilapan. Jadikan kesilapan itu pedoman hidup. Kalau ada yang terasa, sekali lagi aku dengan rendah diri minta maaf. Tiada niat menyakitka hati sesiapa. Sekadar renungan. Adios. Assalamualaikum. Peace, no war!




p/s: baca pantun aurat kat sini.

8 comments:

d9saphire@blogspot.com said...

thnx for the reminder.. huhhu.. sgt2 benar disitu.. siyesly segan plak nak bagi komentar.. sebab aku pun mmg kurng mnjage aurat.. i am try to change for goods k..thx again

naqib faiz said...

u're welcome. kita sama-sama berubah. haha. for our own good. harap2 takde yang kecik ati. huhu

Zes @ Hazim said...

terbaik la bro! salute

Awan Putih said...

oh. nice entry. i loike. bagus buat peringatan.

insyaAllah, kte yg da jage aurat ni, kekal dalam rahmatNya, dan orang yg x jaga tu, mudah-mudahan sedor. nice reminder than.

Cikku said...

em. kat utm nih ramai je legging.. dah mcm sluar renang pulak. ketat gile. nmpak mcm sekse je nk bjalan. nk cite pasal baju..pehhh. dasyat..

naqib faiz said...

hahaha

naqib faiz said...

hahaha.. tak la sakit mata kalu tgk mlm2. ngerti? haha

d9saphire@blogspot.com said...

hahaha.. update ler.. da 5 hari aku tunggu cte2 power dr blog ko.. sob2