Thursday, March 24, 2011

buntu

Seminggu ni aku rasa cam hectic gila. Banyak benda dalam kepala hotak. Kena buat itu la. Kena buat ni la. Pendek kata, banyak la kena buat. But the funny part is satu haram kerja pun tak siap. Sadis gila hidup gua. Hidup tak terurus. Al maklum la takde bini lagi. Haha. Amboi gatainya.

1. PSM

Singkatan kepada projek sampai mati. Tak akan siap kalau tak letak heart and soul masa buat PSM ni. Mesti terbantut punye. Mana nak siap kalau asyik online je. Dah berminggu-minggu aku duk menghadap PSM ni. Result dah ada. Tinggal nak analisis je. That's the tricky part. Sepatutnya aku hantar full report ngan abstrak hari Selasa lepas. Sampai sekarang tak hantar-hantar lagi. Dah dua kali mintak excuse dengan Dr. Saktioto. Nasib baik dia cool je. Tadi pukul 6 nak pergi jumpa dia nak mintak excuse. Si gemok ni takut pulak. Siap nyorok lagi. Aku la yang kena jadi gentleman sikit berterus-terang kat Dr. cakap tak siap lagi. Gigil lutut takut dia marah. Haha. Okay, tu tipu. Sekarang ni aku duk buat analisis yang tak sudah-sudah. Sigh*



2. Poster GOP

Dah berminggu-minggu Nina suruh aku buat poster GOP ni. Tapi sebab aku suka tangguh-tangguh, sampai sekarang tak siap. Padan muka aku. Alasan aku sama je. Takde idea. Memang sebenarnya aku duk fikir je pasal poster tu, tapi aku betul-betul takde idea. Sori yek Nina. Hari Isnin tu aku buat la design poster tu kat CICT sama ngan Nina&Timok. Siap la initial design. Seronok bukan kepalang asyik kena puji ngan Nina. Alih-alih esok petang masa tunjuk kat Dr. Hazri, keseronokan aku bagai disentap dengan rakus sekali. Kena tambah poster lain. Poster ni tak banyak gambar. Tapi aku tak kisah. Aku suka buat design ni. Haha. Still doesn't have any clue. Sigh*



3. Assignment

Punyala berlambak assignment aku. Tapi satu pun tak siap. Bukan setakat tak siap. Tak tahu pun assignment apa. Pathetic. Yes, I admit that I'm pathetic. I don't give shit about it. Apa yang aku dengar sangat banyak assignment yang kena buat. Banyak sampai tak terbuat. Assignment terma, assignment partikel, assignment astrophysics, bla bla. Sampai tak cukup jari nak kira. Banyak la. Tak masuk kerja group lagi. Kena cerap bintang la. Dengar macam menarik. But the bold truth is, it is awful. Every single night you have to look up in the sky finding stars. It's bullshit. Thank God, 'wise' human create a software called 'Stellarium' to observe the stars virtually. But still I can't finish my works thanks to Facebook, Blogspot, Tumblr, etc which once again created by 'wise' human that fill my days with absolutely nothing but left me with bundle of works and tasks. Sigh*


Kesimpulannya, aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Perlukah aku sambung buat PSM? Atau perlukah aku sambung berseni dalam buat poster GOP? Atau perlukah aku buat assignment yang berlambak terlebih dahulu? Atau last resort, aku tidur tanpa mempedulikan semuanya? Arghh. Aku buntu. Haha.





p/s: Nina cakap tak baik mengeluh. Tapi nak buat macam mana I can't help not to sigh. Banyak la pulak mention nama Nina dalam ni. Sigh*

5 comments:

zulhusnie mahadi said...

ceh, alasan...
cari bini la nak tolong buatkan, HAHAHAHA!!!!

simerah said...

caiyok2 paeh!!

naqib faiz said...

zul: haha.. biasa la zul. tlg la cari sorg. haha
iju: tq ju. haha

zahrotussita said...

alasan!

d9saphire@blogspot.com said...

suke2.. name aku ader banyak..
ps: jgn buntu2.. ok.. serius.. psm tuh.. kacang jerk... muahaha