Wednesday, December 14, 2011

nostalgia

Happy Ending. Best siak!






Kenangan zaman belajar. Fuhh. Terkinja-kinja macam beruk kalau teringat. Tersengih sorang-sorang dibuatnya bila tengok balik gambar-gambar lama. Kiut. Comel. Montel. Gebu. Zaman sekolah rendah serius kabur kenangan. Tak berapa nak ingat. Maklumla, kepala ikan, semut semua dah jadi menu harian aku. Benak sebenak-benaknya.

Kalau ingat pun yang kelat-kelat je la. Kena penampar dengan cikgu disiplin a.k.a. mak gua. Bertumbuk dengan member kelas dalam kelas sebab dia lukis anu kat sticker Micheal Owen atas pencil box aku. Panas wo. Sticker kesayangan tu. Cumbu betul. Balasannya kena rotan dengan cikgu disiplin a.k.a. mak aku lagi. Berbirat pungkoq aku, berbelang tiga. Sarjan. Kena cubit cuping sampai berdarah sebab bising dalam kelas. Yang tu aku paling bengang sekali. Tengah syok duk lawan tepuk kad atas meja, tiba-tiba cuping telinga aku panas. Ingatkan ada orang duk mengata aku kat sebelah. Panas je. Rupa-rupanya cikgu BI aku duk gentel-gentel cuping aku. Tak semena-mena cecair merah terpancut-pancut keluar.

Tapi takde yang paling kelat melainkan bila aku kena baca doa start perhimpunan hari Ahad. Pergh. Dia punya goyang wa cakap lu, first time baca, gigil lutut ni. Nak sunat pun tak goyang macam ni. Masa sunat gua steady. Biasa la setakat air mutlak keluar setitik dua. Padahal doa tu dalam bahasa ibunda kot. Bahasa Melayu. Ustaz aku da setting awal-awal bagi doa paling simple, dalam BM. Tapi dah gua ni jahil ngalahkan Jamil, tunggang langgang baca. Lepas tu, bila dah biasa, steady je la. Mata sebelah tutup, sebelah lagi usha awek kelas hujung.

Lagu paling makan dalam masa sekolah rendah, lagu kumpulan Baji. A.I.A. Sampai sekarang syahdu lagu tu masih sangkut kat sanubari aku. Zaman main titik, main tikam, main tiang, main pepsikola, zaman makan mamee dalam kelas fardhu 'ain, dah lama lepas. Tapi period of time tu la yang bentuk aku jadi orang bukan setang. Segala penampar, kutilan, sebatan yang hinggap kat badan aku ni, semua dah aku rasa. Sakit wo. Tobat takmo eh kalo kena sekali lagi.