Hari tu member-member masuk air gua datang KL, planning nak gi Genting. Gua teruja! Serius lama tak lepak ngan dorang. Semua masuk air, yang sorang lagi tu betul-betul "masuk air". Hahahahaha
Masuk lepas kul 7, guna evening pass punya. So, kitorang lepak-lepak je la pusing kawasan tu. Pi kasino jap. Dah dapat 5,6 juta gua blah la. Hari tu, ada 2 orang member aku "mengandung" lepas main. Memang kena bahan kaw-kaw la. Aku ngan Ema je steady. Hahaha. Kan Ema kan. Turun guna skyway, masa dalam gondola tu, si Tishim ni tafsir satu sign ni. Sign ular takleh makan katak katanya. Macam siot jek. Malam tu stay hotel. Lepak kat mamak sampai kul 2 pagi, pastu kena kejar hanjing. Sial. Laju je aku pecut tinggal Ema ngan Tishim. Bukan lari sebab takut, tapi sebab nak amik kayu nak pukul hanjing tu.
Lepas lepas Genting, nak gerak gi Sungai Gabai, tapi tak dapet sebab ada emergency si gemok tu, tapi kena pick-up Farah dulu. Adoyaii.. Orang suruh tunggu kat Zoo Negara, dia bantai jalan sampai OU. Orang suruh stop, dia tak stop. Nak jugak cari Petronas. Makin lama makin jauh la. Wan dah maki-maki dalam kete. Aku, macam biasa la. Cool.
Sampai Banting, naik Bukit Jugra. Lepak-lepak macam kat balai cerap je. Cuma nampak laut je la, rumah sikit, awek MU tudung merah pun ada. Pegh. Mengancam. Tapi gua steady. Tak macam Wan, dah menggigil-gigil sawan tengok awek cun. Hamsab gila perangai.
Tumpang maghrib kat rumah si gemok, sekor-sekor terus kepit. Takde dah mulut luas, bising-bising macam dalam kete. Gud-gud je. Hahahaha.
Kitorang gerak pi Putrajaya lepas tu, tinggal si gemok tu kat rumah sebab dia taknak tinggal AJL katanya. Apa nak buat kalau dah suara sumbang takleh jadi penyanyi, setakat tengok dalam tv je la pastu bajet diri sendiri masuk AJL. Macam tu la perangai si gemok tu. Kitorang pusing-pusing Putrajaya pastu lepak kat mamak. Farah belanja sebab ganti rugi untuk kes petang tadi katanya. Sengal jek nak pow Farah. Dah la muka dia innocent jek aku tengok.
Kesimpulannya, aku letih nak serita semua yang jadi masa trip nih. Banyak sangat. So, sikit-sikit macam ni jek aku dapat cite. Khas untuk Nikna. Tak jeles ke? Hahahahaha
3 comments:
BENCIIIIII. FINE
fak. aku jgk yg kena time kat jugra. padahal sape yg ushar lebih2? hahahahahaha
steady je kan kite..aku xmengandung pon..kahkah
Post a Comment