Tuesday, February 14, 2012

manusia batu


Hari ini 14 Februari. Seperti hari-hari sudah, aku jangkakan hari ni akan berlalu seperti biasa. Seperti tahun-tahun sudah juga, mesti ada manusia batu yang pekakkan telinga, butakan hati dalam bab hari valentine ni. Kenapa mesti tergedik-gedik nak sambut hari valentine ni sedangkan majlis agama, majlis fatwa dah mengatakan ianya haram? Kenapa ada manusia sakai yang secetek dada itik ilmunya menyangkal pandangan ijma' ulama? Kenapa mesti batu hatinya daripada mendengar pandangan yang lebih arif?

Ada yang menyatakan ulama yang memfatwakan hari valentine haram adalah kolot. Tidak kurang juga yang mengatakan ulama tidak tahu sejarah yang kononnya hari valentine bukan sempena kematian paderi valentine. Kenapa mesti membangkang bila diharamkan sambutan hari valentine? Apa dah tiada hari lain nak beri memberi bunga-bungaan kepada awek, tunang, chikaro, skandal? Ni la orang cakap, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditumpang. Makin dilarang, makin menjadi-jadi lawannya. Masa maulidur rasul taknak pulak bagi bunga kat pasangan. Cakap nak berkasih-kasih, kata nak mengeratkan silaturrahim. Buat la hari lain. Ada 364 hari lain lagi dalam setahun. 

Benda kecik kalau susah nak dibendung, usahkan benda besar. Zina, rasuah, judi, arak. Puii. Dasar batu granit!


Sabda Rasulullah; " Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri."


In Islam, everyday is loving day.



2 comments:

d9saphire@blogspot.com said...

ape,, chikaro.. wah.. makin menjadik lawanye.. ahhaks.. kan kan.. mcm takderk hari len mau bagi bunge.. da la bunge tyme valentine mahal.. nak jimat.. bagi bunge jangan pade valentine day k.. ahhaks

ps:arwah abang aku lahir dan meninggal on 14 februari 1988.. ngee

Hadi Hamzah said...

freemason punya kerja ni..