Thursday, April 12, 2012

Between A Rock and A Hard Place




Weekend hari tu aku pergi Ipoh. Ada together gather sikit ngan family. Mak aku la yang beria sangat nak jumpa aku kat Ipoh kononnya nak bagi aku jumpa ngan abang aku. Padahal dia rindu aku. Macam aku tak tahu. Muahahaha. Pagi Sabtu tu, we, the guys, aku, abang aku, ngan bapak aku pergi Jusco. Katanya nak beli kek resepi rahsia untuk birthday abang ipar aku. Kedai kek tu sebelah-menyebelah je dengan MPH. So, aku tarik adik aku, masuk dalam kedai buku. Kat sejam jugak duk membelek. 

Bajet nak cari buku Awang Goneng ngan buku Zaid Ibrahim. Takde. Last-last aku rembat je buku 127 Hours. Aku dah layan movie ni dulu tapi nak jugak baca dalam bentuk penulisan. Penceritaan dia sangat detail. Setakat ni aku dah masuk chapter 2. Nasib baik aku pernah tengok movie ni dulu. Senang sikit nak bayang permukaan bentuk geografi muka bumi tu.

Tapi yang sengalnya, buku tu aku tertinggal kat rumah lupa nak bawak gi Kuantan. So, for time being, persetankan dulu buku Awang ngan Zaid. Habiskan dulu buku ni. 









3 comments:

azri_malaya said...

dear Persetankan,

mano buku tu aku nk baca.

Thanks,

Periblisan

naqib faiz said...

ada atas almari aku dalam bilik wahai ibilis.....

azri_malaya said...

baco blog aku entek gilew