Tak guna nak tunjukkan kebodohan sendiri bertekak pasal ideologi masing-masing. Lagi bodoh kalau setakat ikut-ikut je tapi nak tunjuk kononnya dia ni la paling tahu semua menda. Simpan la bodoh tu kat umah diam-diam. Ko cakap aku bodoh, aku pulak cakap ko bodoh. Lama-lama orang nampak dua-dua bebal. Pasal ideologi toksah duk berbalah la. Dah namanya ideologi. Kata akar dia 'idea'. Idea masing-masing punya la. Bising buat apa kalau dah macam tu orang lain pikir. Takleh paksa-paksa.
Sedih, sampai ada yang sanggup jadi pencacai lubang najis untuk parti. Sanggup pergi kecah majlis orang lain, sanggup berteriak sampai tersembur air liur, ada yang anak tekak nak terkeluar semata-mata sepuluh ringit ngan bekal rokok Canyon sekotak. Kepala dapat la dua kotak. Mana pergi maruah ko sial? Pergi tungging juboq kat depan umah orang. Tak malu ke anak cucu tengok. Fanatik biar bertempat. Perlakuan menggambarkan pemikiran. Kalau dah macam tu perangai, buat malu je bhai. Orang atas ko tu pun sebelah mata pun belum tentu dia pandang, apatah lagi nak pergi tepuk bahu hangpa.
Negara ni negara demokrasi. Bagi aku senang je demokrasi ni. Contoh, kalau kita tak puas hati dengan kerajaan sekarang, kita pangkah je la pilihan lain. Kalau pembangkang jadi kerajaan, kita tengok satu penggal nanti. Kalau tak puas hati ngan kerajaan masa tu, kita pangkah pembangkang pulak. Keputusan ada pada rakyat. Tak perlu nak berfanatik dengan satu parti politik tu sahaja walaupun parti tu korup. Senang. Tu la konsep demokrasi, bukan pemerintahan kuku besi, diktator mahupun komunis. Rakyat kena bijak memilih.
Tak perlu nak melebih-lebih burukkan parti lain. Fokus pada apa yang akan anda yakni wakil rakyat terpilih, sumbangkan kepada rakyat. Anda pegang amanah rakyat. Bukan untuk kesenangan anda dan kroni-kroni anda sahaja. Rakyat dahagakan kasih sayang yang adil dan saksama. Tanggungjawab tu besar. Jangan pandang enteng semua menda tu. Kelak akan disoal. Sebab tu pergi berhimpun tengah-tengah panas terik. Tapi pihak berkuasa sembur air kasi sejuk sikit. Alhamdulillah. Ada yang lagi bertuah, siap makan cota berlaukkan boot. Memang diorang pergi pun nak rasa semua menda tu. Sedap. Lepas ni nak lagi.
Rumah dah siap, pahat masih lagi berbunyi. Pernah dengar? Bahasa Melayu darjah lima dulu. Takkan tak ingat. Penat cikgu bahasa melayu ajar. Memang makan semut la kalo tak ingat. Anyway, selamat hari cikgu la kat sesape yang jadi cikgu dan bakal jadi cikgu. Mak aku cikgu, bapak aku cikgu, kakak aku cikgu, abang ipar cikgu, mak sedara cikgu, sepupu pon cikgu, aku ni baka cikgu. Nak kena cari awek cikgu gak ni. Cikgu Suraya mungkin. =)
3 comments:
eleh.. da ade cikguu Ae la!!!!kan.. kan kan.kan kan kan kan.... ngeehee
sape tu Cikgu Suraya?haha
ko xtaw cikgu suraya? google la...cite bes kak, bes....
Post a Comment