Showing posts with label saje. Show all posts
Showing posts with label saje. Show all posts

Friday, March 16, 2012

 malaysia sekarang



Frontpage Harian Metro harini. Sekarang ni dahla susah cari keje. Lepas ni mesti ada banyak timbul kes tinggal mak kat hotel. Lepas tu masuk paper. Dapat keje. Setel. 

Wednesday, November 9, 2011

 cari keje



Ni cerita lima, enam hari lepas.

Hari tu aku tension ngan bos aku. Dia suruh wat keje yang tak masuk dek akal aku. Akal dia masuk kot, sebab tu dia suruh. Aku rasa meletup gila hari tu. Panas beb. So aku pun plan nak usha kerja lain. Tengah duk syok-syok belek portal cari keje, ada la ternampak satu iklan kerja ni. Menarik gila. Kerja kat conservation harimau. Menarik, aku bermonolog.

Apa lagi. Aku pon terus readykan resume, letak apa yang patot. Setel. Tengok balik detail permohonan, kena buat esei 300 words kenapa nak join conservation harimau ni. Ah sudah. Masak gua. Bantai je la member aku hasut kat tepi telinga. Aku men tulis je. Duk ulang-ulang saya suka harimau, saya sayang harimau, saya nak jaga harimau.

Aku cite kat mak aku. Terus kena luku. Tanpa soal siasat. Kejam.







Kalau sape nak keje jaga harimau boleh usha kat sini. The Malayan Tiger

Thursday, August 11, 2011

 untitled #2

Salam Ramadhan y'all. Setelah sekian lama aku tak bukak blog hampeh ni, sekarang baru aku tatap balik blog ni. Bersiaran dari Putrajaya. Sebab apa? Sebab ada mat gian gila babeng gatal tangan nak mampos curi kabel telepon kat kawasan rumah aku. So, line streamyx kat umah tak dapat la. Terpaksa la fly gi Putrajaya semata-mata nak update menda picisan ni. Bangang. Hidup menyusahkan orang. Kecik-kecik taknak mampos. Tup-tup bila da besar tangan tu gatal nak curi kabel.

Aku nak cadangkan kat TM supaya kabel tepon tu letak excess current. Bila ada je mat-mat gian gila babeng gatal tangan nak mampos curi kabel telepon tu terus kena shock. Agak-agak berbuih mulut. Bulan puasa camni pon nak buat dosa gak. Orang lain sibuk gi terawih, dia wat sial. Pergi sambung belajar wiring ke. Sambung master, phd ke. Ada gak pekdah. Damn!




Wednesday, July 13, 2011

 syok tak masuk PLKN?

disclaimer: artikel ini adalah 100% karutan penulis. tiada niat menggores hati mana-mana pihak.




Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun keatas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. (copy paste from Wikipedia)

Ok. Enough of the cut and paste bullshit. The point now is, relevankah program ini untuk para pelajar lepasan SPM? Melalui pemikiran aku yang orang cakap tak berapa nak matang dan separa dada itik ni, ok what join menda ni. Biasa la. Setiap perkara mesti ada pros and cons. Hitam lawannya putih. Gemuk lawannya kurus. Kerajaan lawannya pembangkang. Ramai budak-budak yang terpilih untuk PLKN ni mengeluh. Tak suka program ni. Depa cakap tak best la. Menyusahkan la. Berjuta-juta alasan yang diberikan. Kadang-kadang logik. Kadang-kadang cam sampah alasan. Nak ngelat je keje.

Meh sini aku nak sekolahkan korang yang merungut je reti. Kalo lepas SPM tu bukannya korang pi keje pun. Mungkin ada yang keje, tapi berapa ramai yang terbongkang kat rumah duk peghabiskan beras? Daripada korang duk saje-saje kat umah, besarkan perut, ternak lemak tepu tu baik korang masuk PLKN tu. Jangan nak ngelat sana sini cari alasan taknak pergi PLKN. Kalau dah bukan rezeki korang tak terpilih masuk program tu, jangan sedih, teruskan perjuangan dan penternakan korang kat umah.

Guys, look at the bright side. Bukan rugi pun kalau masuk PLKN ni. Makanan free. Elaun dapat. Baju biru stripe hitam dapat. Kasut pun dapat. Mana nak cari menda free kat Malaysia skang ni. Nak masuk jamban pun kena 3 kupang. Masyuk woo masuk PLKN ni. Member baru, pengalaman best. Boleh main flying fox. Main tembak-tembak. Badan pun kurus. Takyah masuk fitness concept yang harga beribu-riban tu. Muka hitam? Takde hal lah. Fair n Lovely boleh jadi penyelamat. Lagi pun hitam tu kan menawan. Haha.

Sebenaqnya, aku nak ucap tahniah kat adik aku Aqilah sebab dapat masuk PLKN ni, satu-satunya famili Wan Norudin yang jadi The Chosen One masuk program tu. Takdak dalam sejarah famili lagi. Agak malang la di situ. Haha.





Thursday, April 21, 2011

 jangan bersedih kawan.

Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 3.50. Sisa-sisa Mamee Sluuurrpp Kari Berapi dalam mangkok oren amil cuba aku habiskan. Sendat perut bahang (baham) 2 bungkus. Pergghh. Tapi aku tak makan sorang. Share ngan rumate. Orang kata sharing is caring. Bagi aku itu semua bullshit! Sharing is you're not cheap. Not sharing is CHEAP. Cheap, man. Cheap. Aku hangin gila kalo orang cakap aku cheap. Haha.

Sedang aku syok duk sluurpp baki megi tu, tiba-tiba je aku rasa megi tu sedap sangat. Tak tahu kenapa. Serdak perencah dia kot. Bingkis aku dalam hati. Kenapa masa megi ada banyak tadi aku tak rasa macam ni? Monolog aku sendirian. Bingung. Tingg. Mentol idea aku nak mengupdate blog tiba-tiba menyala. Ilham datang.

Aku rasa la kan, manusia ni kalau possess something in bundle, I mean plenty of it, tak kira la apa menda sekalipun. dia tak akan merasa nikmat menda tu. Macam tadi la. Masa megi banyak, tak rasa lagi kesedapan megi tu. Tak appreciate rasa megi tu. Tapi bila megi tu da surut sampai nampak dasar mangkuk, baru la terkedek-kedek sibuk nak makan betul-betul. Nak bagi lebih rasa katanya. Bila dah habis, dah takde, baru la menyesal.




Sama gak macam rokok. Masa baru pop kotak Dunhill 20s, isap pun macam nak taknak je. Maklum la, rokok banyak lagi. By the time rokok tinggal 2,3 batang, baru la nak isap macam orang gila khinzir. Selagi api tu tak sampai kat filter, selagi tu la dia isap. Sampai panas bibir sebab panas. Apa punya makhluk la. Dah sampai hujung nyawa rokok. baru nak sedut sampai pening kepala. Haha.

Kita manusia ni pun sama. Setiap hari mesti ada bebelan, rungutan, komplen, macam-macam lagi la. Paling tak pun, melontarkan kata-kata sumpah seranah kat pak guard. "Chelaka la pak guard. Saman aku.", " Sial punya pak guard rantai moto aku.". Setiap hari ada je yang tak kena ngan hidup kita ni. Lepas tu tension-tension lak. Mula la nak wat muka ketat. Mulut tu muncung dah macam burung belatuk dah.

Standard la tu der. Hidup ni memang banyak dugaan. Kalau takde aral, memang tak happening la hidup ni. Anggap la cabaran tu macam makan chewing gum. Kunyah-kunyah sampai da tawar, pastu buang. Jangan telan. Nanti membawa mudarat. Jangan duk pikir sangat masalah tu. Nanti terbawak-bawak sampai tak betul kepala hotak tu. Memang la kadang-kadang cabaran tu boleh wat kita lembik lutut nak mengahadapinya. Sabar la. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. La tahzan friends!






p/s: apparently I can't hold my lust to touch the keyboard, write entries and click 'Publish Post'. Blog, you whines so much. Hate you!

Wednesday, April 20, 2011

 taking a break...

Dear blog, currently I'm busy focusing on my final exam. Please don't ask me to pamper your caprice and your whining. Just for the next two weeks. Be nice to me and I'll be nice to you. Please, I'm begging you. Haha. Good girl!





p/s: wish me luck guys!

Saturday, April 16, 2011

 one fine evening

Mood: Black Eyed Peas- Boom Boom Pow.



Currently listening to Black Eyed Peas songs. Enjoying such a beautiful evening. Burung-burung berterbangan sambil bersiul-siul. View Gunung Pulai yang masyuk dari tingkap bilik aku. Kabus memenuhi ruang angkasa selepas hujan mencurah-curah. Bau fresh lepas hujan yang mana aku suka hidu. Wah. What a fine day. Exam MUET berlalu ibarat sedut teh o ais macam orang tak dapat air seminggu. Perut one pack aku, aku usap-usap tanda kekenyangan, telinga aku sumbat dengan earphone Monster Beats. Once again, what a fine day! Haha.

Dah genap 5 hari aku tak gi main tenis. Bukannya malas. Bukan culas. Asal petang je hujan. Asal hujan je petang. Macam mana nak main kalau hari-hari hujan. Bukan nya ada indoor court kat UTM ni. Jangan nak harapkan ada indoor court dalam UTM ni, court yang kat luar pun tak reti nak jaga. Sekarang ni court tenis dah banyak yang rosak. Manusia dalam UTM ni pun satu hal. Dalam court tu jugak la dia nak main futsal la, main hoki la, bola jaring la. Yang bangang lagi, siap main baling-baling tepung ngan telur dalam court. Hamsab punya orang.

Masa exam writing MUET tadi soalan nombor dua tajuk dia pasal friendship. Memang heaven la aku menggoreng, menjual kisah. Mana taknya, dah bengkak-bengkak jari aku duk menulis pasal friendship dalam blog ni ngan dalam tumblr. Betul la apa yang orang cakap. Buat blog ni ada gak pekdahnya. Tadi aku nampak salah satu hikmah dia. Macam-macam ada dalam kepala otak aku masa nak tulis essay tadi. Kisah benar, proverb, quote, semua aku sumbat dalam essay tu. Tangan aku rasa macam ringan gila, idea mencurah-curah ke ladang carbon. Syukur, alhamdulillah. Weekend ni, aku nak qada' apa yang aku tak sempat buat lagi, Singapore! Next week aku nak study sampai koyak buku, sampai nota pun dah jemu tengok muka macho aku ni. Al maklumla, study week la katakan. Erk. Betul ke ni?


Friday, April 15, 2011

 bosan itu satu nikmat

Malam ni aku bosan. Gila-gila punya bosan lah. Dah macam orang mati bini. Tak keruan. Duk atas katil, ngadap laptop. Guling sana, guling sini. It's killing me right now. I'm bored of being bored. See, aku tulis pun entah apa-apa je. Bosan punya pasal.

Rumate ajak main futsal, aku taknak. Zes ajak karok, pon aku taknak. Rumate ajak sekali lagi gi abseil, pon aku taknak. Sebab tu kot aku bosan. Orang pelawa, tangan tu gatal-gatal yang tolak. Pastu cakap bosan. Bosan. Bosan. Aku tolak pun bersebab. Pagi-pagi esok ada MUET. Kalau aku gi karok, konfem-konfem balik lewat. Kalau aku gi abseil, sah-sah aku balik lewat. Penat lagi. Haish.

Keje aku malam ni, ngadap laptop, pastu bukak facebook, bukak blog. That's it. Gila sadis. Takde life langsung. Bukak facebook, komen mengomen, tengok status orang pastu menyumpah-nyumpah ngan spam dalam facebook. Dah bosan ngan facebook, bukak blog plak. Update 1 entri yang ntah apa-apa, pastu baca blog orang lain. Bila dah bosan, bukak youtube plak. Bosan lagi, aku main counter strike sampai lebam. Bosan lagi lagi, aku tersadai atas katil macam orang gila talak. Muka seposen je. Haiyoo.

Nak buat assignment, malas. Nak buat psm, pagi tadi dah anta apa yang supervisor aku mintak. Semalam aku setelkan proceeding dengan abstract. Pastu naik balai cerap makan sushi, aiskrim ngan sandwich ngan dak-dak kelas. Semalam jugak la aku abseil pepagi buta dari tingkat 8. Semalam yang hangat. Semua benda best aku dah buat semalam. Patut la aku bosan tahap tapir malam ni!



 mistakes. don't run from them.

Humans, a creature that make dozens of mistake. As a human, we can't afford to run from making mistakes. No matter how hard you try to avoid them, sooner or later they're gonna hump you after all. So, don't ever feel down when you make mistakes instead learn from them. Everybody make mistakes. Mistakes make us become more mature and rigid in continuing our life. Mistakes do teach us a lot. No matter how good are you and no matter how well-trained are you, mistakes can haunt you all your life. You know why? Because we are not perfect! Don't forget, we are just human. Even the Household Cavalry Mounted Regiment, the most senior regiment in British Army, can have their off-days.

The unluckiest human in the planet is a man who keep making the same mistakes over and over. He who not learn from the mistakes and keep doing them is as stubborn as a mule. They will never go far. They'll only rot in same place for the rest of their life. Forgive me if I'm gone too far, but that is the bold truth. I'm not saying that I am glad when slip-ups. No. I also am human. I born on earth. Not from Mars. Life has ups and downs. Counter and manage wisely what ever come across you. As James Joyce once said; " A man's errors are his portals of discovery". Take my advice guys, let's do mistakes but don't repeat them because you'll only looks like a moron if you do it again and again. Haha. Rise and shine guys!





p/s: lama tak tulis lam BI. saje je nak test writing before jawab MUET esok. teruknya BI aku. and why on earth I still have to take MUET to graduate? Arghh.

Monday, April 11, 2011

 wishlist

Aku rasa hujung minggu aku berlalu macam tu je. Sumpah bosan. Bangun pagi-pagi pastu pergi training start pukul 7.30 sampai 12. Balik bilik pas makan, mandi, semayang pastu tido sampai ke petang. Pukul 5 pergi training lagi. Hari Ahad pun macam tu jugak. Rutin yang sama je. Aku sangat tak suka rutin-rutin harian macam ni. Aku suka kepelbagaian, bak kata orang puteh, variety. Mix and match.

Tapi kan, kalau aku tak bangun pagi-pagi masa weekend for training, konfem-konfem aku membuta sampai tengah hari. Tak menjadi jugak. Aku kalau boleh nak spend masa ngan member-member. Dah la semester last dengan diorang. Pasni konfem susah nak jumpa. Kalau jumpa pun dengan yang rapat-rapat jek. Tapi tak kesah la. Masing-masing ada life sendiri. Aku selalu angan-angan pas grad nak wat reunion ngan dak-dak kelas. Time tu sume dah kawen, dah ada anak-anak, kitorang kumpul kat pulau. Lepak-lepak. Cite pasal time muda mudi dulu. Wahh. Indahnya angan-angan aku. Haha.




Hidup tak terurus skang. Kelas da jarang turun, assignment tak buat lagi, kepala otak asyik pikir nak berjalan je. Nak enjoy je. Nak pergi Singapore, tak pegi-pegi jugak. Kepala otak dah serabut sangat dah ni. Kalau aku cakap "I need a break", cam tak sesuai je. Tiap-tiap masa aku break. Tak buat keje pun. Badan tak letih pun, kepala hotak ni yang gatal nak mintak rest. Rest aku tak lain tak bukan, tido la. Tu je yang boleh wat aku segar. Pasang movie sket, baring sambil tengok movie, 15 minutes later, voila! Mata aku da tutup. Badan aku da keras kejung. Tinggal rumate aku je yang tukang habiskan cite. Banyak kali gak la jadi camtu.

Headphone aku lak buat hal aritu. Mula-mula belah kanan yang tak dengar. Pastu belah kiri plak. Last-last dua-dua belah takleh dengar. Hamsab tol. Sekarang ni aku dah takde headphone nak dengar lagu. Aku sayang gila kat headphone tu. Akak aku yang bagi masa aku masuk forecast dulu. Tahun 2008. Takpe la, dah ajal dia kan. Lagipun dah 3 tahun menda alah tu aku guna. Lama tu. Pengganti dia, Monster Beats by Dr. Dre Tour Earphones. Tu pun baru nak gi cari.




Lagi satu, raket Babolat aku pun dah crack. Hari tu masa aku tengah belek-belek raket tu, tiba-tiba je aku nampak macam cat dia tanggal. Tengok-tengok, frame dia dah crack. Arghhh. Naseb baek ada lagi 1 batang. Mau tak mau aku kena cari gak spare 1 lagi. Aku ni bukannya dua tiga kali main, tali dah putus. Aku tak sampai tahap tu lagi, tapi still kena ada spare racket. Langkah berjaga-jaga la ni. Tu pun bila dah ada bajet. Kalau tengok bajet sekarang, memang hampeh la.



Wednesday, March 30, 2011

 7 must watch movies!

Tiap-tiap tahun mesti ada je movies yang aku kepingin nak nengok. Kadang-kadang tak sempat tengok. Kali ni aku nak listkan movies yang aku wajib tengok, tu pun kalau sempat. Kalau tak sempat pun, nak tengok jugak. Konpem da boom movie ni semua. Haha.

1. Fast Five 2011 (29 April)



Another sequel of Fast n Furious. Aku layan Fast n Furious daripada no. 1 sampai la no. 4. Yang syok tu sebab ada Van Diesel ngan Paul Walker as watak utama and dia punya babes sangat cun. Pergh. Dalam Fast Five ni, Dwayne " The Rock " Johnson. Aku ni dah la kipas susah mati The Rock. Memang tak boleh lepas la cite ni.


2. Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (20 May)



Sequel jugak. Pirates of the Caribbean 1, 2, 3, semua aku dah layan. Sampai dah boleh ingat ayat dia. Dah lama aku duk tunggu-tunggu bila kemerengan Jack Sparrow nak keluar lagi. Aku memang adore and envy la si Captain Jack Sparrow ni. Hidup dia memang betul-betul ikut flow je. Banyak harap kat luck. Watak dia sangat mereng dan sangat sempoi. Apa-apa pun, aku nak sangat tengok cite ni bila dia keluar nanti. Savvy?

3. X-Men: First Class (3 June)



Layan X-Men ni sejak kecik lagi. Pakat berebut nak jadi Cyclops. Konon macho la, stylo la pakai spek merah. Bila dah besar nak Wolverine lak. Kuat. Muka tak hensem, tapi cool. Haha. Movie ni pun sambungan X-Men yang terdahulu jugak. Not really a sequal actually, but lebih kepada flashback. Nevermind, sebelum-sebelum ni pon cite X-Men tak pernah menghampakan. So, aku tetap menantikannya. Zass.


4. Transformers: Dark of the Moon (1 July)



Transformers datang lagi untuk selamatkan dunia! What a lousy quote. Haha. Tak payah cakap banyak pasal robot ni. Semua orang tahu kan. Aku bukan tengok sangat pun robot- robot ni. Aku layan Megan Fox je sebelum ni. Hot! Dah tak kisah dah pasal orang lain. Shia LaBeouf berlakon memang semat ah. Salute! Kalau cerita Micheal Bay memang takyah ragu la. Sure best. Tapi kali ni Megan Fox takde la. Sigh*


5. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II (15 July)



Adaptasi daripada novel J.K. Rowling. Sangat menarik. Antara feveret movie aku. Start dari no. 1 sampai la no. 7 part 1. Eventhough Deathly Hallows part 1 tak berapa nak best, tapi aku still eager nak tengok penghabisan dia. Takde la ku duk meracau-racau nak tunggu HP habis. Nak baca novel dia sangat la malas. Tebal yang amat.


6. Mission Impossible: Ghost Protocol (16 December)



Cerita ni sangat la stylo. Gadget yang superb hebat tambah skill yang awesome. Aku bukannya minat ngan Tom Cruise sangat, tapi dia punya watak yang membuatkan aku terpaut ngan cite ni. Aku lagi minat Ashton Kutcher daripada mamat nih. Bagi aku, cerita ni boleh duk sebaris dengan citer James Bond dan Jason Bourne dalam Bourne Ultimatum which one of my favorites.


7. Sherlock Holmes: A Game of Shadows (16 December)



Orang kata save the last for the best kan. Bagi aku cerita ni the best untuk menutup tirai 2011. Lambat lagi tu, tapi masa memang cepat berlalu sekarang. Kejap je rasa. Tup-tup dah nak tahun baru. Kalau tengok citer Sherlock Holmes yang first dulu, memang rasa terpegun la. Lakonan Robert Downey Jr. sangat menjadi dan efek cerita tu memang terbaek. Dia punya slow-mo, jalan cerita, dan elemen lain membuatkan cerita ni epik dan berbaloi untuk tengok.



source: movieinsider

 Journey-Don't Stop Believin'

Another hectic, frantic, frenetic, fucked up week. I'm tired of all these shits. Stress? No. Aku malas nak ambik port kalau nak pening-pening pikir pasal benda-benda yang buat aku pening. Pening tak? Aku just nak follow the flow. Apa nak jadi-jadi la. Aku selalu nak buat semua benda yang aku rasa aku nak buat, tapi sampai masa nak buat semua benda tu, aku jadi gelabah. Pikir pasal semua benda. Pikir pasal orang lain, apa orang akan kata, pikir natijah kemudian hari, pikir pasal aku sendiri, tapi tu last thing yang aku pikir. Serius. Mungkin some people tengok aku ni selfish, pikir pasal diri sendiri je. Takpela, kalau tu yang orang lain pikir pasal aku, aku nak buat macam mana lagi kan. Redha dan terus redha. Chewah. Argh. Malas dah pikir pasal menda-menda mengarut ni. Kalau pikir jugak, aku boleh jadi gila meroyan, sawan khinzir. Baik aku lupakan. Nasib baik aku ada kawan-kawan yang sempoi, understanding and super outstanding. Haha. Don't stop believing on tomorrow's life dude!


*****

Just a small town girl
livin' in a lonely world
She took the midnight train goin' anywhere
Just a city boy, born and raised in South Detroit
He took the midnight train goin' anywhere

A singer in a smoky room
The smell of wine and cheap perfume
For a smile they can share the night
It goes on and on and on and on

Strangers waiting
Up and down the boulevard
Their shadows searching in the nights
Streetlights, people
Living just to find emotion
Hiding somewhere in the nights

Working hard to get my fill,
Everybody wants a thrill
Payin' anything to roll the dice
Just one more time

Some will win, some will lose
Some are born to sing the blues
And now the movie never ends
It goes on and on and on and on

Don't stop believin
Hold on to that feelin'
Streetlight, people
(repeat)

Don't stop!






Monday, March 28, 2011

 auww....



Tadi aku ada baca entry pasal maknyah. Serius lawak. Klik sini. Kat UTM ni da berlambak maknyah. Siap buat komuniti sendiri lagi. Kalau yang maknyah senior, dia punya t*t*k besar sikit, yang muda ada la ciput. Sedang-sedang. Yang junior, yang baru kena rekrut, takde lagi. Biasala baru nak menjinak-jinak dengan barang-barang pompuan. Mengikut pemerhatian aku, maknyah kat UTM ni dah kronik dah.

Pernah sekali aku tengok ada pondan ni masa makan tengah hari kat meranti siap pakai skirt ngan kemeja pompuan agi. See through. Nampak bra. Cam haram. Tau la hari tu hari Isnin, smart day, tapi jangan la sampai pakai pakaian pompuan. Hilang selera makan. Punya lah aku duk usha, ingatkan pompuan, rupanya pondan. Haha. Muntah terus. Last-last aku makan tempat lain.

Kisah kawan aku ni, ada la sorang nak add dia kat facebook. Tengok profile picture punyalah lawa dia cakap. Nak tengok gambar lain tak boleh sebab private profile. Lantas dia pun add la dengan rakusnya. Apa, tengok-tengok orang yang dia sangka minah cun tu rupanya pondan. Tapi memang lawa pun. Ada la 2,3 orang pompuan cakap pondan tu cun. Cun macam mana sekali pun, kalau dah jantan, jantan jugak. Mekap la tebal 14 inci sekali pun, takleh nak sorok anu tu. Haha. Lain la kalau dia buat pembedahan tukar jantina. Astaghfirullahalazim.




Geng-geng maknyah ni suka sangat main netball. Dah takde menda lain dah dia nak main. Aku takde la kesah sangat diorang nak main ape, tapi masa main tu mengalahkan pompuan. Pakai short yang singkat gila, warna pink lagi. Bunyi tu yang tak boleh blah. Macam-macam bunyi keluar. Kadang-kadang keluar gak suara jantan dia tu. Lupa nak cover kot. "Auww. Sakit mak taw.". " Jangan la tolak-tolak you.". "Auww. Kasarnye dia nyah!". Haha. Nak terkeluar anak tekak aku dengar. Geli siot!

Jangan main-main tau dengan nyahs ni. Nampak je lembut kat luar. Tapi gheng (bahasa teganung), yakni kudrat diorang kuat woo. Kadang-kadang lagi kuat daripada lelaki sejati. Bagi aku la kan, pondan ni macam campuran lelaki ngan pompuan. Mulut pot pet pot pet macam pompuan. Sekali cakap macam bertih jagung. Tak berenti. Haru dengar. Hangin tak bertempat sebijik macam lelaki. Kalau ada yang kacau or bahan dia or even geng-geng dia, memang kena la penerajang maknyah. Haha. So, the conclusion is, being 'pondan', 'maknyah', 'lembut', 'bapok', are totally not cool man. It makes me puke. LMAO.






p/s: Aku taip entry ni sambil aku guling-guling gelak. Ingat senang ke nak taip sambil guling-guling. Susah woo. Haha.

Sunday, February 27, 2011

 sorry is something

Ustaz aku kat sekolah dulu kala pernah pesan; sebelum tidur tu, muhasabah diri dulu. Letak tangan atas dahi or kepala kita and then fikir, hitung apa yang kita dah buat hari ini. Ada tak kita sakitkan hati orang, ada tak kita buat salah dengan orang lain, ada tak kita berbuat baik dengan orang lain. Lepas tu, jadikan lah amalan maafkan kesalahan orang lain sebelum tidur. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain adalah insan yang mempunyai hati yang mulia.

Isaac Friedmann once said, forgiveness is the
sweetest revenge. Kalau kita memaafkan orang lain, hati jadi tenang. Lagipun, bukannya rugi apa-apa pun. Untung ada la. Kepala pun tak serabut. Betul tak? Kalau tak betul, please do correct me. Memang la susah nak maafkan orang. Lagi-lagi kalau dia dah buat taik dengan ko. Susah gila kan. Sebab tu la dipanggil nafsu amarah. Nak kawal nafsu memang sangat-sangat susah. Memang salute la kat sape yang boleh kawal nafsu dia. Respek la.

And one more thing, orang yang mintak maaf tak bermakna dia tu bersalah. Sometimes, we need to ask forgiveness willingly. Jangan ego sangat. Kalau dah terang-terang salah kita, mintak maaf je la. Tak susah pun. Tiga ayat je pun. " Aku mintak maaf " . Kalau dalam BI, dua ayat je. " I'm sorry ". Susah ke? Tak kering la air liur tu. Kalau dia taknak maafkan ko, lantak pi la. Ko dah mintak elok- elok kan.

So, from now on, jangan la susah sangat nak minta maaf k
alau kita dah buat salah. Ringan-ringankan la mulut tu. Lagi satu, kalau orang dah minta maaf, jangan la duk ikut sangat ego. Just let go je. Maafkan je la. Tak rugi la. Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf la kalau aku ada wat salah, ada sakitkan hati, atau apa-apa la. Tak payah tunggu hari raya la nak mintak maaf. Lambat agi. Haha. Ok la. That's all. Adios. Assalamualaikum. Peace, no war.