Thursday, May 24, 2012

 bangla baguuus



Pagi aku hari ni bermula dengan perasaan puas dapat main futsal semalam. Walaupun kaki lenguh kesan dari semalam, aku masih ceria lagi menyapa semua yang melintas depan aku kat kilang. Macam biasa pagi-pagi konfem berpeluh follow up order, pusing satu kilang, check sebijik-sebijik troli ngan A-frame yang beratur beratus-ratus banyaknya. Tak kira lagi yang duk kat ceruk celah-celah mesin. Tak kira lagi yang operator bangla ngan vietnam susun rapat gila babeng, tak muat aku nak masuk. Terpaksa tahan nafas bagi perut kempis sampai boleh masuk. 

Biasa start pukul 8, habis dekat-dekat pukul 10. Naik ofis berpeluh-peluh. Baru je duduk, nak buat status, bos aku panggil suruh aku pi kejar production, ada order urgent kena siap before pukul 4. Macam chilake. Tak sempat panas punggung lagi kot. Order tu orang lain punya, dia cuti hari ni. Genius mamat tu. Hari ni ada order urgent, hari ni jugak la dia cuti. Aku ngan member aku sorang lagi plak jadi kambing hitam duk kalut turun naik pergi production. 22,000 meter nak kena shipping hari ni. Keje gila!

Ada sorang leader bangla finishing ni, aku pergi kat dia kali pertama nak suruh dia buat order urgent dulu, dia angguk je. Orait bos, orait bos. Bagus jugak bangla ni kata aku dalam hati sambil tepuk-tepuk bahu dia. Dalam setengah jam lepas tu bos aku tanya status macam mana. Aku cakap ditanggung beres bos. Aku pegi follow up balik lepas tu, chilake hape. Tak gerak pun troli 3 bijik tu. Aku panggil bangla tu aku tanya kenapa tak queu lagi. Dia jawab sori bos sori bos je. Bengang, aku lingkup semua troli tu, mengamuk, satu section semua troli berterabur. Tu baru aku mengamuk, belum bos aku lagi. Sekali dengan aku nya dia lambung. 

Kali ketiga pergi, dari jauh dia nampak aku, berlari dia datang. Tak banyak cakap, report kat aku semua sudah setel. Sengih-sengih macam takde pape jadi tadi. Syabas bhaiya, syabbas. Aku tepuk-tepuk bahu dia, sesekali aku katok belakang dia. Sial tak dengar kata. Pasal dia, aku pulak yang kena tiu ngan bos besar. Haram j. Last-last baru aku tau order tu shipping esok, kena on hold dulu. Bos aku sengih je tengok aku macam orang gila pi kejar production. Lahabau punya leader.

Tiap-tiap hari memang aku kena berlatih maki orang secara baik. Agak-agak diorang pijak kepala, kena la maki macam orang sawan sekali sekala. Lepas tu, bermulalah masa aku kena benci, umpat, bahan kaw-kaw ngan orang production kat bawah. Memang aku sendiri pun tak tau aku boleh hadapi tak bila jadi macam tu. Yang aku paling tak puas hati, bos aku paksa aku masuk pertandingan karaoke jadi wakil section. Alasan dia sebab orang baru wajib masuk. Lahanat. Muka aku ada macam muka Hattan kot. Hari tu memang aku amik MC, konfem. Aku bukan macam budak gemok gila karaoke tu.












Monday, May 21, 2012

 sumpah pocong



Aku tak tahu nak tulis apa. Stress pala otak pasal keje. Macam chilake, lahanat, lahabau. Aku baru masuk keje, jangan expect aku tahu semua SOP keje, jangan anggap aku tahu buat semua keje. Kalau tak tahu, tanya katanya. Kalau aku tanya, dia angkat tangan buat tak layan. Macam shit. Kalau tak tanya, dia tuduh aku buat bbijok. Orang macam ni la tak lama lagi makan safety boot cap Red Wing saiz 9. 

Sabar Faiz sabar, dia memang camtu, pujuk member aku. Ya, nama glamer aku skang Faiz. Haha. First time rasa macam geli gila. Tapi ternyata pilihan tu agak bijak dan selamat sebab ada sorang bangla ni nama dia Rakib. Dekat-dekat nama aku. Bila bos aku sebut nama dia, dengan aku aku sekali menyahut. Bos aku cakap ko pehal? Takde pe bos, rambut lawa hari ni, balas aku. Tersengih macam bangang bos aku.







Lagu ni syok! Tiap-tiap hari dengar. Haha.




Wednesday, May 16, 2012

 ideologi




Tak guna nak tunjukkan kebodohan sendiri bertekak pasal ideologi masing-masing. Lagi bodoh kalau setakat ikut-ikut je tapi nak tunjuk kononnya dia ni la paling tahu semua menda. Simpan la bodoh tu kat umah diam-diam. Ko cakap aku bodoh, aku pulak cakap ko bodoh. Lama-lama orang nampak dua-dua bebal. Pasal ideologi toksah duk berbalah la. Dah namanya ideologi. Kata akar dia 'idea'. Idea masing-masing punya la. Bising buat apa kalau dah macam tu orang lain pikir. Takleh paksa-paksa.

Sedih, sampai ada yang sanggup jadi pencacai lubang najis untuk parti. Sanggup pergi kecah majlis orang lain, sanggup berteriak sampai tersembur air liur, ada yang anak tekak nak terkeluar semata-mata sepuluh ringit ngan bekal rokok Canyon sekotak. Kepala dapat la dua kotak. Mana pergi maruah ko sial? Pergi tungging juboq kat depan umah orang. Tak malu ke anak cucu tengok. Fanatik biar bertempat. Perlakuan menggambarkan pemikiran. Kalau dah macam tu perangai, buat malu je bhai. Orang atas ko tu pun sebelah mata pun belum tentu dia pandang, apatah lagi nak pergi tepuk bahu hangpa. 

Negara ni negara demokrasi. Bagi aku senang je demokrasi ni. Contoh, kalau kita tak puas hati dengan kerajaan sekarang, kita pangkah je la pilihan lain. Kalau pembangkang jadi kerajaan, kita tengok satu penggal nanti. Kalau tak puas hati ngan kerajaan masa tu, kita pangkah pembangkang pulak. Keputusan ada pada rakyat. Tak perlu nak berfanatik dengan satu parti politik tu sahaja walaupun parti tu korup. Senang. Tu la konsep demokrasi, bukan pemerintahan kuku besi, diktator mahupun komunis. Rakyat kena bijak memilih.

Tak perlu nak melebih-lebih burukkan parti lain. Fokus pada apa yang akan anda yakni wakil rakyat terpilih, sumbangkan kepada rakyat. Anda pegang amanah rakyat. Bukan untuk kesenangan anda dan kroni-kroni anda sahaja. Rakyat dahagakan kasih sayang yang adil dan saksama. Tanggungjawab tu besar. Jangan pandang enteng semua menda tu. Kelak akan disoal. Sebab tu pergi berhimpun tengah-tengah panas terik. Tapi pihak berkuasa sembur air kasi sejuk sikit. Alhamdulillah. Ada yang lagi bertuah, siap makan cota berlaukkan boot. Memang diorang pergi pun nak rasa semua menda tu. Sedap. Lepas ni nak lagi.

Rumah dah siap, pahat masih lagi berbunyi. Pernah dengar? Bahasa Melayu darjah lima dulu. Takkan tak ingat. Penat cikgu bahasa melayu ajar. Memang makan semut la kalo tak ingat. Anyway, selamat hari cikgu la kat sesape yang jadi cikgu dan bakal jadi cikgu. Mak aku cikgu, bapak aku cikgu, kakak aku cikgu, abang ipar cikgu, mak sedara cikgu, sepupu pon cikgu, aku ni baka cikgu. Nak kena cari awek cikgu gak ni. Cikgu Suraya mungkin. =)









Tuesday, May 15, 2012

 ekspidisi



Plain White T's - 1  2 3 4



Sumbat earphone ketat-ketat, katok-katok bantal dulu bagi empuk, betulkan parking, body position mesti mau ngam, capai buku sebelah katil, pacak atas perut. Ada guna gak perut yang membukit tanpa ada tanda-tanda mau susut. Betul kata orang lain, setiap menda berlaku pasti ada hikmahnya. Bila formasi dah terbaek, apa lagi, mula la mengeja.

Sedar tak sedar dah tiga suku buku Sandra Loh aku dah baca. Pedalling Around The Peninsula. Menarik gila siak idea dia ngan partner of crime dia tu, Mak. Cycling to all four corners of peninsular. From Padang Besar to Tanjung Piai to Sungai Rengit to Kota Bharu and finally back to Langkawi. Gila baq ang! Berduet lak tu. Diorang cari chemistry throughout the journey. Kalau dah journey sebulan lebih, 2664 klicks covered in 37 days to be exact, chemistry mesti tip top. Kalau tak ada yang ber-smack down kat tepi jalan. Jalan penceritaan dia detail dan buku ni macam boleh dijadikan panduan kalau ada lagi orang nak berbasikal keliling Malaysia. Suka duka jerit perih usaha diorang naik basikal memang buat aku teruja. Aku memang tak dapet la nak buat macam diorang tapi the least I can do is feel the journey from her writing.     

Sebelum bulan puasa tahun lepas bro aku dah kematu bontot naik basikal dari Hannover sampai Istanbul. Elok sampai sana dah Ramadhan. Masa on the way ke Ipoh tempoh hari, aku ada menyembang ngan abang aku, dia cite impian dia nak naik kapcai dari Malaysia sampai Thailand, Kemboja pastu pejadah nama negara lagi. Kalau boleh C70 takpun scrambler Azrai. Konon nak buat macam Jeremy Clarkson and associates dalam TopGear Vietnam Special. Tapi bagi aku serius nice idea dia tu. Cuma masa dan budget je yang sempit buat masa ni. Itu semua bisa diatur. Kalau aku ada kesempatan, memang aku nak join gak abang aku tu. Nak kayuh memang tak larat. Rempit kapcai sampai Thailand la. Pun boleh. 










Sunday, May 13, 2012

 kawan baru



Hahahahahaha. Aku da ada member baru. Rumate lagi. Gila desperate tulis macam ni dalam blog. Tapi budak ni macam tak boleh masuk sangat. Kepala dia betul. Tak masuk air. Tak ngam la camni. Budak baik. Aku takleh la kalo member camni. Tanya sepatah jawab sepatah. Kalau dah 5,6 line dialog, dah jadi macam soal siasat. Tapi takpe, tak lama lagi aku bagi dia masuk air la. 

Naseb bek ada si Afif yang sudi ngajak ngan meneman aku lepak di hujung minggu. Thanks to her, gi Jonker Walk cari souvenir untuk lecturer dia. Gila baguih budak ni. Nak membodek je keje. Obvious kot. Melayang duit aku beli buku tiga bijik. Buat peneman masa bosan. Nerd gila! 

Sape cakap aku menyesal duk sini? Tak eh. Hepi kot. Tenang je. Bangun pagi-pagi bawak moto slow-slow je gi keje. Layan angin pantai pagi-pagi. Takde bising-bising orang nak hon, kena sembur ngan asap lori tanah, takde lagi cilok-cilok celah-celah kete nak gi keje. Hanya jalan lurus tepi pantai. Layan.



#1: Pedalling Around The Peninsula (Sandra Loh)






#2: Growing Up in Trengganu (Awang Goneng)








#3: A Map of Trengganu (Awang Goneng)













p/s: gua tak nyesal betting ngan lu.