Thursday, March 31, 2011

etched in mind: aku & longkang

Januari 2008. First time aku melangkah ke UTM untuk ikut program ekspress MARA-UTM. Minggu petama macam biasala ada orientasi. Brader-breder senior yang handle program tu. Diorang cakap first week akan ada pelajar yang pergi jumpa doktor kat pusat kesihatan. Aku tanya la sebab apa, and then diorang cakap sebab LONGKANG! Aku yang tak tau apa-apa ni just gelak je la. Dalam hati, pe jadahnya nak jumpa doktor sebab longkang. Masa berlalu...

Julai 2008. First semester as first year student. Jumpa ramai kawan-kawan baru. Kat UTM ni budak first year tak boleh bawak kenderaan, so kalau nak gi makan terpaksa la menapak jauh-jauh. Suatu hari ni, aku, amir, ngan zes jalan la pergi meranti nak lunch. On the way balik aku tapau nescafe ais satu sebagai bekal masa jalan balik. Al maklum la, panas gila time tu. Sampai depan KTF aku nampak amil ngan naqib seberang jalan. Tegur la diorang. Aku dah tak pandang depan dah time tu. Tup-tup aku rasa badan aku tak seimbang, pandangan aku berpusing-pusing. Chait. Aku jatuh dalam longkang! Telinga aku terngiang-ngiang dengar hamburan ketawa member-member aku. Chilake betol diorang. Bukannya nak tolong. Nasib baik nescafe ais aku sempat diselamatkan. Badan aku dah terbaring dalam longkang. Tangan aku terjulur keluar pegang air. Fuhh. Malu gila!




November 2008. Minggu final exam. Minggu yang penuh dengan kesibukan dan kepeningan. Hari tu ada exam statistik. Subjek yang cool. Kira probability suatu benda nak jadi, golek-golek dadu. Pagi tu aku bangun awal, kononnya nak ambik mood exam la. Aku pakai baju kemeja siap ngan tie lagi. Lepas tu aku ngan amir naik la bas sebab exam kat MSI. Perjalanan hari tu smooth je walaupun bas penuh ngan awek-aweks. Sampai je kat FPPSM, aku pun turun la. Lintas jalan pun nak control sebab aku rasa awek-awek atas bas tu duk usha aku je. Tiba-tiba (aku tak berapa suka ngan perkataan ni), kaki aku tersepak longkang kat pavement tu. Apa lagi, terhuyung-hayang la aku macam orang mabuk todi. Merangkak-rangkak aku tahan tak nak bagi jatuh. Si amir ni dah terkekek-kekek tahan gelak. Aku terus blah. Aku rasa la kan, result statistik aku rendah sebab benda ni la. Hilang mood nak jawab exam. Haha.

Mac 2011. Sekarang aku baru faham kenapa brader-brader dulu cakap jumpa doktor sebab longkang. Bukan setakat faham je, aku sendiri dah rasa kesakitan dan kepahitan penangan longkang ni. Jangan heran la kalau korang nampak aku sumpah seranah kat longkang sebab aku trauma dengan LONGKANG!




p/s: baru balik dari Tg. Balau. Penat. zzzz

6 comments:

zahrotussita said...

HAHAHAHAHAHA!!!!.. kne frame gmbo nih!...

naqib faiz said...

gambo mana? alamak.. kenapa ko yang first? selalunya nina.... hahahaha

d9saphire@blogspot.com said...

weyh.. serius kkako giler,, weyh aku GELAK giler.. thnxxx sgt... sgt..

wohooo...aku lambat ler.. sob2.. taniah cik CLEO

Unknown said...

jgn brangan awek duk usha..hahahahaha
hambik LONGKANG!

amalina afif afandie said...

Owh serious aku rugi xdop situ. For sure aku selok Sukoooo.. Hahahahhaha

naqib faiz said...

kuang ajaq.. hahahaha