Thursday, July 14, 2011

gemok





Aku da lama duk ngusha iklan dalam tibi ni sebenarnya. Aku perasan la kan, iklan yang paling banyak adalah iklan ubat nak kurus. Bukak TV1 pun ada iklan nak kurus. TV2 pun sama. TV3 toksah cakap la. Steten tibi yang gampang. Cerita tak sampai 5 minit. Iklan berjela-jela panjang. Orang bukak tibi sebab nak layan cerekerama, al-kuliyyah, takpun manisnya kurma ini. Tapi hampeh. Selak je channel TV3, iklan je yang duk tayang. Kalau cerita tu masa tayangannya selama setengah jam, aku rasa la kan, dekat 20 minit gak la iklan. Betul tak? Kalau tak setuju boleh blah. Haha

Kenapa banyak sangat produk nak kurus kat Malaysia ni? Dah naik bosan aku. Jamu la, pil kurus la, Jusmate-5 Dr Rozmey yang hensem rambut tepek tu la. Macam-macam depa gebang cakap tu, cakap ni. Dalam 2 minggu anda boleh dapat bentuk badan pear instead of epal. What the fish. Ingat ni zaman Saloma ke nak badan macam kerengga? Macam nak patah pinggang aku tengok. Mungkin ada produk yang berkesan dan berhasil buat consumer jadi kurus mengancam. Tapi kena ingat, yang korang telan tu ada bahan kimia walaupun sesikit mana company produk tu claim. That means mesti ada side effect la.




Aku bukan budak meds, apatah lagi alkimi. Tak semestinya betul pe yang aku cakap ni tapi kebarangkalian wujudnya side effects tu tinggi. Ingat, kalau dapat bentuk badan kurus macam model dengan telan macam-macam jenis ubat tu tapi badan kena hinggap ngan macam-macam jenis penyakit nak wat pe. Lagi-lagi kalau guna produk tiruan. Boleh bawa maut der.Masa guna ubat kurus tu memang la kurus skit, tapi kalau da lama tak ambik produk tu. Ya ampun. Konfem gemok balik.

Pernah dengar tak orang cakap, badan besar, gemuk tak semestinya tak sihat. Badan kurus pun tak semestinya sihat. Pernah? Betul la pe yang orang cakap tu. Tak percaya? Pernah tengok Biggest Loser? Rancangan untuk fat loser yang obese gila sampai nak jalan pun jadi susah. Awal-awal masuk memang la peserta dia gemuk, obese, berlipat-lipat tapi tengok at the end of the show rata-rata yang masuk rancangan tu boleh jadi kurus. Badan bulat boleh jadi slim. Bukan setakat slim dan kurus, tapi diorang ni fit. Ni lah program untuk kurus yang terbaik. Jogging, physical training, weight training, kawal pemakanan, siap lengkap dengan kira calori intake lagi.

Diorang tak guna produk-produk lambakan kat pasaran. Diorang guna effort sendiri. Aku tengok training regime diorang sangat memenatkan. Memang tabik la. Mental dan will diorang sangat kuat.

" Eleh, ada instructor yang kena bayar ribu-ribu boleh la kurus cepat."

Memang la diorang ada instructor tapi tak bermakna kita yang tak mampu nak bayar yuran fitness centre ngan gym ni tak boleh buat macam diorang. Boleh. Hanya memerlukan kemahuan dan semangat yang tinggi. Video fitness dalam YouTube tu berlambak. Tengok, tiru pastu buat. Yang paling penting konsisten dan sabar. Joging 10 minit sehari pun takpe asalkan berterusan. Takpun buat la apa-apa biar berpeluh. Poco-poco ke. Ingat, yang penting bukan nak kurus, tapi nak sihat dan fit. No shortcut in life.

Aku ni pandai tulis je. Buat tak jugak. Nak bagi nasihat gila-gila baik boleh je tapi kalau nak harap aku buat semua yang aku bagitau mintak maaf la. Haramm. Perut da memboyot ni efek duk kat rumah seminggu. Argghh. Pe kata joging kat pantai petang ni. Ayuh! Haha.



2 comments:

Anonymous said...

people think gemok itu x cantik,,,that's y so many people especially woman obsess to become thin...

naqib faiz said...

betol3..hahaha.. fit is enough already.. tak peenting gemuk kurus..