Thursday, July 21, 2011

kenyir revisit!


Assalamualaikum.

Sebenarnya aku baru balik dari Tasik Kenyir. Follow budak sekolah bapak aku. Last aku pergi Kenyir masa aku darjah bape entah. Darjah dua ke tiga. Lupa. Tiga hari dua malam duk atas house boat. Terbaik wok. Haha. Dalam kepala hotak aku ni ingatkan mancing kat Kenyir ni senang je. Letak joran, terus ikan sambar. Tapi idak. Ikan kat sana semua memilih. Tak makan langsung. Tak kutis pun umpan tu. Macam sial. Ikan-ikan tu duk pusing keliling umpan tu macam menganjing aku. Aku letak umpan anak ikan sepat, depa tak sentuh. Letak umpan kelapa sawit, pun sama. Last-last da fed up ngan menatang tu, aku angkat terus joran tu. Simpan. Bengang oi. Tengah hari aku try, haram. Petang aku try, pun haram. Tengah malam aku try lagik, pun habuk pun tarak. Ffuuuuu

Hari first aku mancing kat jeti. Bila da give up mancing, aku terjun la mandi lam tasik tu. Ingatkan cetek je air. Ye la jeti tu dekat je ngan tebing. Tapi kepala hotak dia cetek. Punyala syok aku terjun, rupanya air tu dalam nak mampos. Tenggelam terus. Pe lagi berenang balik naik atas jeti terus amik life jacket (BA). Tak yakin aku kalau nak mandi tempat dalam gila. Kalau kat pool boleh la. Ni Tasik Kenyir bai. Kalau nak tau tasik ni tasik buatan manusia. That means, pulau-pulau yang ada kat tasik tu ialah puncak bukit yang tenggelam. Tunggul kayu yang nampak kat air tu merupakan pucuk pokok balak yang tenggelam. Bayang sendiri la dalam mana. Tempat yang aku salah terjun tu mungkin ada 3,4 meter. Gila! Tengok rajah skematik yang aku lukis tu kalau tak dapat imagine.




Yang paling seronok masa pergi Santuari Kelah. Kalau tak pergi sana memang tak bermakna la pergi Tasik Kenyir. Best bro. This is best bro. Duk atas house boat berjam-jam. Sampai kat pintu masuk Santuari Kelah kena check in dulu sebab tempat ni protected. Tak boleh memancing, tangkap ikan kelah. Lepas tu naik speed boat. Dalam 5 minit sampai kat kawasan dia tapi kena trekking dalam setengah jam baru sampai kat santuari tu. Lempar je makanan dia, terus ikan kelah kerumun. Berenang ngan ikan kelah. Siap boleh main osom lagi.





Overall, trip ni best sebab free. Yang tak bestnya aktiviti dia sikit sangat. Aktiviti yang ok sikit main kayak keliling tasik. Tasik dia sangatla besar. Da macam laut aku tengok.





2 comments:

Qid Rahman said...

lawa lah template! mne dpt? haha

naqib faiz said...

buat sendiri la kak. ahahaha