Sunday, August 28, 2011

 renungan buat remaja




Entri yang sangat, sangat, sangat bagus. Amaran: Bahasa penulisan dalam blog tu mungkin berbaur lucah. But, trust me everyone, it is the bold truth! Sekadar perkongsian ilmu sebagai peringatan, peringatan dan pedoman untuk aku, korang dan sesiapa sahaja yang singgah. Semoga kita dapat manfaat daripada perkongsia ni dan ubah apa yang patut kita ubah. Insyaallah. Anyway, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Kredit to blog Kereta Mayat.




p/s: enti tu sangat la panjang. So, baca la slow-slow. Hayati kandungannya. Pelan-pelan kayuh der.

Saturday, August 27, 2011

 raya

Bukak je fb, tengok status member-member pasal raya. Bukak twitter, pun pasal raya. Raya, raya, raya. Sume duk potpet pasal raya la, biskut raya la, jem la. Macam-macam. Dalam blog pun cite pasal raya. Dah bape hari duk dengar lagu raya. Bernanah dah telinga aku ni. Orang len duk sibuk kemas barang nak balik beraya.

Tapi aku? Nah. Tak layan menda-menda camni. Tak amik port pasal biskut, kuih raya bagai. Tak peduli pasal baju raya bape pasang, seluar jean bape helai aku beli. Macam dak kecik je semua tu. Aku ni da besar. Bukan budak-budak lagi. Ye dak?

Cheh. Padahal takleh beraya kat umah. Blah la. Tak amik port pasal sume menda tu konon. Pigidah. Padan muka sendiri kena raya kat tempat orang. Boo!




Amaran: Jangan sape sebut pasal raya depan aku kalau taknak tapak kasut melekat kat perut! Damn. Fullstop.













p/s: time kat UTM setiap tahun sebelum raya, mesti gi cari jeans ngan Zes kat CS. Fuhh. Memori daun pisang sungguh

Sunday, August 21, 2011

 Ramadhan dulu-dulu lagi

Continued..

Dulu pas abis je terawih ada moreh kat surau. Tapi aku ngan abang aku tak layan sangat moreh, maklum la masa kecik bukan nya pikir sangat pasal nak melantak kuih muih ni. Turun surau je kitorang standby dalam semak nak menyakat orang balik dari surau. Ada sekali tu salah sakat. Pi sakat atuk aku. Pe lagi, kena luku la kepala tu. Padan ngan muka.

Oleh sebab kampung aku ada banyak sawah, kalau hujan kadang-kadang tu ada la ikan haruan melompat atas tebing. Kalau nasib baik sampai atas jalan pun ada. On the way balik umah dari surau pas terawih, dapat la cekup ikan haruan sekor dua atas jalan. Suluh je kat air, terus nampak ikan. Apa lagi, terjun la dalam sawah tangkap ikan. Kain pelikat entah melayang kemana. Haha.

Sahur la aku paling liat sekali nak bangun. Nak bukak kelopak mata tu ibarat berkampit-kampit beras yang melekat kat mata ni. Ayat cite Adnan Sempit. Kadang-kadang aku pass macam tu je. Rela berlapar taknak makan darpada kena bangun sahur. Puas mak bapak aku kejut. Tak nak bangun gak. Kalau aku tengok cite upin-ipin mesti aku tersenyum sekor-sekor. "Eh, cam sama je". Sentak benak aku.

Kalau siang keje aku tak terbungkang atas katil je. Seingat aku la kan, zaman aku kecik-kecik dulu biasanya bulan puasa time hujung tahun. Time tu cuti sekolah. Buat biskut la yang paling syok sekali. Ye la, gather adik-beradik sama ngan mak aku buat biskut. Walaupun mula-mula tu rasa macam kena paksa buat semua menda tu, tapi lama-lama jadi best lak main gulung-gulung tat. Ingat lagi, mak aku buat satu buku log besar resipi biskut ngan kuih raya.

Biskut raya yang wajib dalam famili aku tak lain tak bukan mesti la tat nenas, almond london ngan cornflakes madu. Biasanya cornflakes madu la yang paling laku. Manis. Kalau tat gulung, abang aku la yang paling suka. Kalau masa gulung tat tu, dia sengaja letak jem nenas banyak-banyak pastu asingkan yang dia buat. Special dia kata. Macam-macam

Sekarang ni dah tak berapa nak buat biskut. Main tunjuk je. Tak best. Biskut buatan sendiri gak paling best. Suka ati ko nak buat bentuk macam mana pun. Cornflakes tu suka hati ko nak letak banyak mana pun. Letak sekotak cornflakes atas satu cup pun takpe. Tapi lepas tu konfem bertelur dahi ko kena luku ngan mak ko. Hahaha









p/s: since 10 August, aku tak jamah apatah lagi makan makanan mak aku. Ni la nasib hidup perantauan. Bak kata Jai, ssedihhh

 Ramadhan dulu-dulu

Assalamualaikum...

Kenangan memori ramadhan tahun lepas segar lagi dalam kepala otak aku ni. Ingat lagi saat-saat buka puasa sambil ber-barbeque dengan member SSZ atas balai cerap tahun lepas. Dua tahun lepas, masa ramadhan, semua member aku dah balik. Capt, Amil, dak laki kelas aku semua dah blah balik kampung. Tinggal aku dengan Zes je menghabiskan sisa-sisa ramadhan terakhir tahun tu kat UTM. Aku ingat lagi masa tu hanya aku dengan dia je yang ada. Kitorang beli makanan, kuih banyak-banyak pastu bukak puasa berdua je kat bilik. Sadis gila. Zes pulak buat syahdu sebab tinggal berdua je. Tiga tahun dulu, bilik Capt la jadi port kami buka puasa. Makan ramai-ramai. Lepak sama-sama.

Banyak yang kami lalui sama-sama. Bila masing-masing pokai, mula la kitorang berjinak-jinak pergi buka puasa kat masjid. Ada iftar kat sana. Masa pergi terawih naik satu moto tiga orang. Memang tak betul time tu. Kepala masuk air. Bengong. Ada sekali tu kitorang main mercun kat blok pastu ada cina ni pergi bilik sound kitorang. Senyap kejap. Pastu hingaq balik. Gampang sekor-sekor.

Masa kecik-kecik dulu puasa ada upah. Kalau puasa penuh satu hari dapat seringgit. Puasa setengah hari dapat upah separuh je. Cukup bulan pakat kira la bape upah yang dapat. Aku, abang, kakak. Tengok siapa yang puasa penuh.

Time terawih paling syiok. Jalan kaki pergi surau kat kampung aku. Takpun naik beskal ngan abang aku. Kalau tak naik moto ngan bapak aku. Kat kampung aku jalan gelap gila. Lampu jalan mana ada time tu. Tak nampak pe pon. Lampu suluh tak bawak. Redah je la. Menggagau-gagau nak jalan. Ada sekali tu hampir jatuh dalam alor lagi.

Kat surau aku duk belakang sekali ngan member-member bangang aku. Belakang tak belakang sangat la sebab saf pun ada dua je. Time takbir kitorang jerit la kuat-kuat. Time semayang agak-agak imam dah nak rukuk baru bangun angkat takbir. Cam haram perangai. Sikit-sikit turun pergi ambik air sembahyang. Padahal nak pi cucuh mercun papan sedas. Pastu berlari naik atas surau.

Letih la nak tulis pasal ramadhan zaman kiut dulu. Banyak sangat memori. Nanti la kalau aku rajin aku tulis la lagi. Babai. Assalamualaikum.




Thursday, August 11, 2011

 untitled #2

Salam Ramadhan y'all. Setelah sekian lama aku tak bukak blog hampeh ni, sekarang baru aku tatap balik blog ni. Bersiaran dari Putrajaya. Sebab apa? Sebab ada mat gian gila babeng gatal tangan nak mampos curi kabel telepon kat kawasan rumah aku. So, line streamyx kat umah tak dapat la. Terpaksa la fly gi Putrajaya semata-mata nak update menda picisan ni. Bangang. Hidup menyusahkan orang. Kecik-kecik taknak mampos. Tup-tup bila da besar tangan tu gatal nak curi kabel.

Aku nak cadangkan kat TM supaya kabel tepon tu letak excess current. Bila ada je mat-mat gian gila babeng gatal tangan nak mampos curi kabel telepon tu terus kena shock. Agak-agak berbuih mulut. Bulan puasa camni pon nak buat dosa gak. Orang lain sibuk gi terawih, dia wat sial. Pergi sambung belajar wiring ke. Sambung master, phd ke. Ada gak pekdah. Damn!