Sunday, October 9, 2011

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan ke neraka jahannam



"Kenapa saya nak menutup aurat sedangkan itu bukan saya?"- Rebecca Nur al Islam



Seriously? Are you kidding me? Gila siak ayat. Macam takde akal langsung cakap. Tak kisah la tu bukan diri ko ke tak. Tuntutan yang wajib la kak. Kalau nak ikut diri ko je, aku rasa ko pergi shopping kat Mid Valley dengan berbogel pun ko tak malu kan? Sebab tu kan diri ko. Pe de hal. Orang lain nak pandang ko pelik pun ko wat tak kesah la sebab peduli apa orang nak kata kan. Kalau macam tu kenapa ko stop masa lampu merah? Kalau kira ko, ko langgar je la kan. Kalau polis tanya, ko jawab la, "Kenapa saya nak berhenti pulak encik sedangkan itu bukan saya?". Kiranya dalam dunia ni ko boleh buat la apa yang ko nak, bak kata orang puteh, " Just be yourself. Don't be hypocrite." kan? Kalau hari ni ko rasa nak pakai baju, ko pakai. Kalau tak, takyah susah-susah sauk baju, pakai seluar. Nyaman je.




"I'm a model, so I don't give a damn." - Aleeza Kassim


Kak Aleeza, malaikat maut tak kira model ke, PM ke, ustaz ke, semua dia cabut je nyawa tu kalau dah sampai ajal. MalaikatAtid dan Raqib bukannya amik port pun ko tu model ke tak. Dia catat je amalan, kejahatan kita. Malaikat tak pilih bulu. Tak kira tua, muda. Muka lawa ke, hensem ke. Sedangkan Nabi Yusuf yang kacak pun dicabut nyawanya, ni kan pula kononnya model super hot. Phuii.


Aku bukannya nak kondem atau nak aibkan diorang. Tapi please la jaga percakapan korang tu. Jangan cakap main lepas je. Terlajak perahu boleh diundur der, terlajak kata buruk padahnya. Kata-kata, komen-komen, pandangan-pandangan golongan artis ni impak dia besar dalam komuniti. Masyarakat sekarang ni lagi senang terpengaruh dengan cakap artis daripada cakap-cakap orang alim mahupun ahli politik.

Jadi macam hari tu, ada satu suratkhabar bangang pergi tanya pendapat artis berkenaan hukum hudud. Apa punya tak sivik la wartawan pergi tanya artis. Konfem la mereka tak boleh terima perlaksanaan hukum hudud sebab terang-terang akan kena atas batang hidung diorang sendiri. Sila la guna akal kurniaan tuhan tu. Pergi la tanya orang yang berkaitan dalam sesuatu bidang. Jangan jadi macam orang dungu yang sakit kaki pergi tanya pomen kete apa sakit dia.

Please watch your mouth!

4 comments:

azri_malaya said...

hei der, aku pon kesal negara kite ada wartawan yang bangang nak mampos. nak tanya isu agama tapi tanya pada artis.. contohnya ni la pasal aurat. yang terbaru pasal hudud. kalo wartawan bangang xtanye, xde la artis bodoh ni nak jawab camtu..

naqib faiz said...

betul weh.. pe punya xberpelajaran la

Solihin Zubir said...

untung sebenarnya jadi artis ni..
kalau gambar comolot tersebar pun, ckp je, "eh.. tu bukan sy.. mungkin pelanduk dua serupa".. choii.. semua org percaya..

dah tu kalau salah ckp plak, "sy takdak niat lgsung sbnrnya.. tu semua slh faham.. " heheh...

yg betul tu, xpela.. tp yg tak betul tu... yg putar belit nk cover mlu..

naqib faiz said...

betol tu SZ. macam mana salah sekalipun, artis tetap boleh putar belit kata2 macam dia xsalah. and the funniest part is, people believe them.