Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

 kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan ke neraka jahannam



"Kenapa saya nak menutup aurat sedangkan itu bukan saya?"- Rebecca Nur al Islam



Seriously? Are you kidding me? Gila siak ayat. Macam takde akal langsung cakap. Tak kisah la tu bukan diri ko ke tak. Tuntutan yang wajib la kak. Kalau nak ikut diri ko je, aku rasa ko pergi shopping kat Mid Valley dengan berbogel pun ko tak malu kan? Sebab tu kan diri ko. Pe de hal. Orang lain nak pandang ko pelik pun ko wat tak kesah la sebab peduli apa orang nak kata kan. Kalau macam tu kenapa ko stop masa lampu merah? Kalau kira ko, ko langgar je la kan. Kalau polis tanya, ko jawab la, "Kenapa saya nak berhenti pulak encik sedangkan itu bukan saya?". Kiranya dalam dunia ni ko boleh buat la apa yang ko nak, bak kata orang puteh, " Just be yourself. Don't be hypocrite." kan? Kalau hari ni ko rasa nak pakai baju, ko pakai. Kalau tak, takyah susah-susah sauk baju, pakai seluar. Nyaman je.




"I'm a model, so I don't give a damn." - Aleeza Kassim


Kak Aleeza, malaikat maut tak kira model ke, PM ke, ustaz ke, semua dia cabut je nyawa tu kalau dah sampai ajal. MalaikatAtid dan Raqib bukannya amik port pun ko tu model ke tak. Dia catat je amalan, kejahatan kita. Malaikat tak pilih bulu. Tak kira tua, muda. Muka lawa ke, hensem ke. Sedangkan Nabi Yusuf yang kacak pun dicabut nyawanya, ni kan pula kononnya model super hot. Phuii.


Aku bukannya nak kondem atau nak aibkan diorang. Tapi please la jaga percakapan korang tu. Jangan cakap main lepas je. Terlajak perahu boleh diundur der, terlajak kata buruk padahnya. Kata-kata, komen-komen, pandangan-pandangan golongan artis ni impak dia besar dalam komuniti. Masyarakat sekarang ni lagi senang terpengaruh dengan cakap artis daripada cakap-cakap orang alim mahupun ahli politik.

Jadi macam hari tu, ada satu suratkhabar bangang pergi tanya pendapat artis berkenaan hukum hudud. Apa punya tak sivik la wartawan pergi tanya artis. Konfem la mereka tak boleh terima perlaksanaan hukum hudud sebab terang-terang akan kena atas batang hidung diorang sendiri. Sila la guna akal kurniaan tuhan tu. Pergi la tanya orang yang berkaitan dalam sesuatu bidang. Jangan jadi macam orang dungu yang sakit kaki pergi tanya pomen kete apa sakit dia.

Please watch your mouth!

Tuesday, September 20, 2011

 trend on-off

Sekarang ni aku tengok ramai yang dah kena jangkitan sindrom tudung on-off ni lagi-lagi geng-geng mangkuk artis ni. Ikut sedap hati dia je nak pakai tudung pastu bukak. Pakai, bukak, pakai bukak. Macam gampang. Dalam filem, drama berlakon pakai tudung litup. Jalan kepit. Kalau gelak tutup mulut. Hihihi je bunyinya. Kalau kat luar set, pergh, ngalahkan rimau perangainya. Bukak sana, bukak sini, tunjuk tu, tunjuk ni. Rasa macam nak bagi pelempang Jawa je.

"Biarlah. Tu hak dia."

Memang la hak dia ngok. Tapi kalau pakai macam orang gila tak cukup kain, pastu mengaku Islam. Kalau bercakap siap wat keluar ayat Quran lagi. Tapi diri sendiri tak sedar. Cakap pasal hukum la. Dah macam persendakan hukum kalau macam tu. Ada yang elok-elok pakai tudung pastu buang. Sayang wei. Time masa pakai tudung nampak sweet jek. Persis gadis melayu terakhir. Bila dia buang tudung, aku rasa macam nak tarik-tarik je rambut dia pastu nak tanya sakit ke tak. Kalau aku tarik pun ko dah sakit, kat akhirat nanti ko jawab la sendiri.





Ada gak yang jenis yang sebelum ni tak pakai tudung then dia pakai tudung. Pakai sebab insaf ke, sebab trend ke, gua tak tahu. Hanya tuan punya badan ngan Allah je yang tahu. Tapi yang tak sedapnya makin lama, makin terbukak pulak hijab tu. Tu yang aku rasa sedih sangat. Masa awal pakai tudung, litup je, paras dada lagi. Makin lama, bukak sikit. Pastu nampak leher sikit. Pastu nampa anak rambut pulak. Last-last pakai serkup rambut je instead of tudung. Masa susah, sengkek, sempit, pakai tudung, kononnya nak keredhaan Ilahi. Bila dah senang lenang, poket tebal, bukak sikit-sikit. Kononnya tuntutan pemodenan la. Ni lagi la aku nak bagi penendang.

Yang pakai tudung untuk stail aku malas nak cakap sangat. Konon-kononnya Hana Tajima melayu la diorang tu. Lilit shawl atas kepala, pastu sekali datang angin tiup berterabur pin ngan jarum. Baru menggelabah.

"Auww. Malu y'all orang tengok tudung I bersepah. Tak Hana Tajima la macam ni."

Pui. Tak boleh ke pakai proper tudung yang ikut syara'? Susah sangat eh? Kalau rasa susah, baik duk dalam rumah je, jangan keluar. Pakai tudung bawal yang simple, tak lilit-lilit tu pon da cukup sweet da. Tak payah nak pin sana sini bagai. Ni pakai tudung liplap ngalahkan Wardina. Tapi aurat kelaut. Aku bukan apa, aku ngarut kat sini pun sebab untuk korang, kaum Hawa, bakal bini aku jugak. Please obey the rules ok? Tak susah pun. Tutup apa yang patut. Behave and be nice. That's all. Jazakallah.


"eleh, macam la pompuan pakai tudung konfem masuk syurga!"

" memang la tak konfem tapi yang tak pakai tudung konfem masuk neraka!
"







p/s: penah tulis pasal menda ni. sini dan sini!