Tuesday, September 25, 2012

 first one



Lama nau tak bukak blog. Dah berhabuk, bersawang. Ayat cliche pemilik blog yang dah berzaman tak buat post baru. Macam sial. Blog bukan meja kayu nak berhabuk bersawang bagai secara eksposisi nya.

Bukan taknak update, nak. Tangan dah gatal nak menaip tapi kekangan masa, internet takde. Lagi ayat cliche. Padahal ada je masa. Facebook boleh bukak. Berak boleh berjam-jam. Nak kata berukband buat hal, ada je cyber cafe. Tapi dah aku rasa menda takde kepentingannya, baik aku tido lagi bagus daripada aku menapak pergi cyber cafe yang komputernya betul berhabuk, literalnya, tanda cc tu dah takde anak muda lepak.

So, this is it. First post on September, the best mixed days September I've ever had.



Tuesday, July 31, 2012

 kangkala




Kangkala ko tak nak hadap nasi ulam depan ko tu.
Tapi ko duk mengigau-ngigau jugak nak fish n chips yang dah habis ko lantak berkurun-kurun tu.




p/s: dua hari turun tiga kilo. nazak dah ni



Saturday, July 14, 2012

 Bodo

Gua take modal. Gua lepak TTDI. Sekian.

Monday, June 25, 2012

 she





‎"If a girl is stupid enough to love you after you broke her heart, I guarantee you, she is the one."

-Facebook Amil












Thursday, June 21, 2012

 dalam tekanan




Ko tau tak perasaan kena tinggal dalam lubang najis sekor sekor tengah malam buta? Maca tu la perasaan aku sekarang ni. Geli geleman. 

Aku tak pernah lagi syial jumpa manusia gampang gila macam dia ni. Nak cakap rasis, memang rasis. Nampak sangat. Terang. Bodoh macam keladi pun iye. Satu lagi sifat dia ni yang boleh dikatakan paling busuk, suka mendengki. Bila elemen ni campur gaul sekali, memang jadi la manusia terrifically paling annoying. Kalah Sheldon. Aku tak pernah jumpa manusia pendengki macam ni sekali. Bingai macam sial. 

Betul apa mak aku pesan masa aku mula-mula kerja dulu, bulan lapan tahun lepas, aku akan jumpa macam-macam jenis keranah manusia dan buat masa ni dia berpotensi dan berkebolehan buat aku migrain.

I'm in really really deep stress right now. Bukan aku sorang, ramai lagi. Kalau nak uji mental tahan ke tak, sila lah keje kat tempat aku. Aku cukup 3 bulan probation, memang lepas confirm, memang straight masuk tanjung mokte. 

Member aku asyik pesan; Rezeki ada kat mana-mana. Jangan risau. Kalau takde kat sini, tempat lain  ada. Sabar der.

Aku percaya.   




Friday, June 8, 2012

 kuli

Sape suka jadi kuli? Aku tak suka. Pi mampos la kalau ada orang yang suka. Tapi satu jenis kuli je yang aku sanggup. Macam mamat kat bawah ni. Nama dia Xavi Garcia, official stringer untuk Nadal kat Babolab. Keje senang, gaji masyuk. 







Bila da cukup duit nanti, aku berenti keje, aku buat bisnes. Jual kerepek pun jadi. Joint venture bukak bakery ngan akak aku ke. Masa flexible, biarla ada turun naik kewangan pun. Duit penting, tapi aku rasa masa aku untuk lepak lagi penting. Ni bukan definisi untuk pemalas. Jangan salah faham. 

Tensen. Sabtu Ahad keje. Tak remaja la gini. 






Thursday, June 7, 2012

 bodoh piang




Kena marah dah jadi makanan kat kilang ni. Kalau tak kena marah macam tak lengkap hidup kilang ko. Tak de pasal pun kena marah gak. Memang fuck-up abes la life kat sini.

Tadi bos QC duk ribut-ribut marah-marah aku. Padahal anak buah dia yang tak tau nak jawab apa aku tanya. Aku pulak kena marah ngan dia sebab aku tanya macam-macam. Tanya salah, tak tanya lagi la salah. Fuck. Dia menuyumpah macam gampang dah, sekali dia pandang aku, aku pandang dia, aku sengih je. Serius aku buat muka macam hepi gila babi. Automatik dia stop membebel. 

Padan muka ko pendek, ko marah aku ko ingat aku nak tunjuk muka hangin aku depan ko. Aku sengih, terus ko psycho. Tu baru sengih buat muka hepi, kalau aku sengih macam muka perogol bersiri? Lagi haru ko. 







Wednesday, June 6, 2012

 kawan kawen


Alhamdulillah. Selamat sudah sorang SSZians. Dah jadi bini orang dah. Fuhh. Takleh da nak bergelak ketawa lebih-lebih. Nanti kena cepuk ngan laki. Takleh dah nak lepak dengar petua dia. Takleh dah nak bahan-bahan. Takleh dah nak gurau lebih-lebih. Takleh dah nak gelak-gelak macam dulu. Sekarang dah lain. 

Aku tunggu kenduri SSZians lain pulak sebab masa tu la nak gather sume balik. Syok siak. Hepi sebab member kawen, hepi sebab dapat lepak sama-sama ramai-ramai lagi. Sengaja siak balik lewat ari tu sebab nak lepak ngan member. Sempat gi OU, makan kek, gelak sama-sama, siap jumpa Rita Rudaini bawak anak dia lagi. Last-last pukul 10 jugak naik bas. Takpe, member punya pasal. Manly tears syiak. Thanks a lot guys, gurls.

Tahniah Iju&Pojie!



















p/s: betting officially done. i won! booooo... HAHAHAHAHAHHAHA





Friday, June 1, 2012

 kisah dongeng - alyah



Long long time ago, in a kingdom far far away...


Pada zaman tu, dalam sebuah negara, ada satu rejim yang boleh dikatakan kejam, tak berperikemanusiaan dan berhati lembu. Sengal pun ada la sikit. Rakyat yang diperintah berada dalam kesengsaraan, ketidakpuasan hati dengan sistem kerajaan pada masa itu. Belum dikira kemunduran dari segi ekonomi, ketidak-efisyen-an sistem pelajaran, kekurangan peluang pekerjaan, korupsi berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dihitung secara teliti menggunakan prinsip nisbah, jumlah yang kerajaan bagi dan jumlah yang kerajaan kaut balik memang tidak setimpal, langsung. Rakyat jelata pada zaman itu bukan jenis tidak tahu bersyukur,bukan ibarat pepatah melepaskan anjing tersepit, malah bersifat kacang lupakan kulit jauh sekali. 

Rakyat cuma mahukan keadilan daripada pemimpin yang dilantik oleh titik peluh mereka pergi beratur di pos undi. Ya, pada zaman tu wujud konsep demokrasi tapi istilahnya lain, Berakrasi. Titik pulang modal rakyat mengayuh basikal, tendang starter moto yang tak mau-mau idup, menumpang lori semata-mata nak mengundi pemimpin kesayangan mereka. Malangnya, selepas hampir sepenggal pemerintahan, perubahan yang diharapkan masih belum tercapai. Apa yang pemimpin tertinggi mampu buat hanyalah sengih dan sengih dan sengih macam kerang kena kopek. 

Ini tak boleh jadi, kata beberapa puak yang tidak berpuas hati. Jadi dengan berbekalkan perasaan marah dan rage yang membuak-buak, mereka melancarkan beberapa kempen dan mengadakan demonstrasi di jalanan untuk menyedarkan rakyat. Pemerintah pada masa itu terus menggelabah dan melatah dengan mengerahkan balaci-balaci agensi penguatkuasaan menunjukkan kekuatan dan keperkasaan masing-masing. Dengan menggunakan konsem tag 'em and bag 'em, ramai rakyat jelata yang lantang menentang pemimpin dikeronyok bagai kertas surih 20gsm. 

Namun, kebangkitan rakyat bagai tidak dapat dibendung lagi. Api perang di atas talian yang sekian lama telah membara menjadi semakin besar, ibarat dicurahkan minyak petrol RON95 bersubsidi kerajaan. Ya, zaman tu dah ada internet dan ya, zaman tu juga dah dijumpai sumber tenaga menggunakan petrol, namun diesel belum. Sekali lagi, kerajaan pada zaman tu tidak meng-expect menda seumpama ini akan berlaku. Iklan mengampu kerajaan semakin giat di tayang di tiub-tiub media kerajaan. Tokey-tokey saluran tebesyen pada masa tu boleh dikatakan tido berbantal dan berselimutkan not-not hijau. 

Tapi rakyat tidak buta pada zaman tu, sudah celik. Mereka kepingin sumber berita yang sahih dan tidak bercampur aduk dengan dakyah mengarut dan pembohongan para pemimpin mereka lagi. Mereka mempunyai berita atas talian yang ternyata jauh lebih tulus daripada berita jam 8.

Seperti filem-filem yang berkisahkan kekejaman pemimpin, kebebasan rakyat untuk bersuara dan mengkritik kekurangan kerajaan lambat laun pasti akan disekat. Dan itulah yang terjadi pada zaman itu, apabila kerajaan mengumumkan penggubalan satu akta khas bagi mempertanggungjawabkan sesiapa sahaja yang bersuara mengkritik, membahan dan mengeji pemimpin atasan di atas talian, akan dikenakan hukuman. Tidak lama lagi mungkin akan timbul akta pengharaman media cetak anti-kerajaan. Yang tinggal untuk dibaca dan dihadam oleh rakyat hanyalah akhbar dan media yang mengampu, menabur janji manis dan menjilat bontot pemimpin mereka.

Ini cerita berlaku pada zaman dinasour dulu kala. Masa tu masing masing masih bercawat lagi, namun pemikiran mereka melangkaui zaman. Siap ada internet bagai.        




Wednesday, May 30, 2012

 suwey



Tadi lepas lunch, aku buat kerja rutin aku. Explorace cari kain sape dapat dulu. Selit-selit jugak dengan push production. Tapi harini aku spesel sikit. Angin kus-kus aku tak berapa nak elok sebab kena bebel ngan si kepala kecik. Hangin aku, aku bawak sampai ke bawah. Silap besor la sape buat taik ngan aku kali ni.

Dah ready nak mengamok kat sape-sape yang buat sial dengan aku. Bila lagi aku nak tunjuk power kan. Dah sebulan aku keje, masing-masing nak pijak aku punya kepala. Ini takleh jadi. Aku kena jadi kepala angin sikit ni. Nanti ko.

Sampai kat finishing section, aku tengok troli aku tak gerak lagi. Memang nak kena mamat vietnam ni. Aku suruh pagi tadi, ko buat tak endah ye. 

Aku nampak dia steady je duk main air gun kat celah mesin. Apa lagi, keluar la suara bak guruh aku. Aku jerit panggil dia. Dia buat tak tau. Pandang pon idak. Panggil sekali lagi. Sama je respon. Chilake mamat ni. 

"Woi, datang sini tarik ini troli sial! Aku cakap sekali ko tak dengar. Malas macam babi!" 

Sekali dia pusing kepala dia 180 darjah, mata dia dah merah. Aku tengok tangan dia dah menggeletar. Bukan vietnam tu. Sekali big boss merangkap manager kilang la pulak. Muka, stail rambut sebijik sama kalau tengok dari belakang. 

"Apa lu mau?! Jerit-jerit macam olang gila! Dah lama keja ka?! Cilaka punya olang"

Sial. Aku dah silap sound orang la pulak. Mencicit aku lari menyorok celah A-frame. Tobat aku tak buat kepala angin dah lepas ni. 

Rupanya si vietnam chilaka tu belakang aku selama ni. Dia tengok je aku maki big boss. Dia senyum. Aku pun senyum. 




Tuesday, May 29, 2012

 hampeh




Ni semalam punya cite. Dah basi.

Aku tengah tensen kena tekan ngan bos masa tu. Dia suruh aku turun production pergi maki operator sebab lambat packing order. Aku ni memang jenis hati lembut sejak azali lagi mak aku cakap. So bukan stail aku la nak gi marah buta-buta je operator vietnam tu. Dia bukan buat taik dengan aku pun.

Aku steady je turun gi production. Sampai-sampai kat mesin tu, operator tu ada tercegat kat situ. Elok. Aku buat cool ngan dia. Aku tanya itu ini itu ini, cakap aku pon lemah lembut macam nak pujuk awek. Dah puas tanya macam-macam, aku try ringan-ringan ngan dia. Okay gak borak ngan dia ni. 

Bila saat aku nak belah je, dia tanya aku.

"Abang ni malai ke bangla?" 

Speechless. Sial. Dia buat taik ngan aku.

Monday, May 28, 2012

 mampos gua




Arakian, ada sorang brader tempat aku keje ni, orang panggil dia Apai. Bukan calang-calang dia ni. Juara karaoke peringkat industri tahun lepas. Masa tu dia bawak lagu Jamal. Orang duk cite memang lentok habis. Memang aku pon takleh lawan kata diorang la.

Pagi tadi aku serempak ngan dia masa ngah follow-up. Dia senyum. Aku seyum balik. 

"Yo bro. Cari kain ke?" tegur dak Apai dengan suara serak Mus May.

"Tak. Tengah cari kupang. Sekarang ni musim kupang." Balas aku selamba tiru suara Ramli Sarip.

Senyap si Apai berlalu pergi.

Dua tiga saat lepas tu kedengaran bunyi troli melambung, mesin scutcher meletup.

Mampos aku esok.

Friday, May 25, 2012

 perasan



Ni orang panggil entry membalas. Takde modal, tapi nak membalas gak. Haha.

Gi keje rambut sikat elok je. Rapat belah tepi, belah depan tarik naik atas. Cokeng. Abes keje, rambut gua kusut gila babi macam baru lepas beromen 4,5 round. Bahana melayan kerenah mat bangla ngan minah vietnam. Hancur rambut gua. Sial.

Aku ada dengar cite la ni, ada sorang member ni, dia perasan aku cakap dia gila karaoke. Shilake. Ada kemungkinan dia rasa dia betul-betul gemuk kot. Ada kebarangkalian jugak, dia ni memang gemuk. Kebarangkalian kedua tu sangat tinggi la.

Terasa ke der? Huahahahahahahahahahahaha. 









Thursday, May 24, 2012

 bangla baguuus



Pagi aku hari ni bermula dengan perasaan puas dapat main futsal semalam. Walaupun kaki lenguh kesan dari semalam, aku masih ceria lagi menyapa semua yang melintas depan aku kat kilang. Macam biasa pagi-pagi konfem berpeluh follow up order, pusing satu kilang, check sebijik-sebijik troli ngan A-frame yang beratur beratus-ratus banyaknya. Tak kira lagi yang duk kat ceruk celah-celah mesin. Tak kira lagi yang operator bangla ngan vietnam susun rapat gila babeng, tak muat aku nak masuk. Terpaksa tahan nafas bagi perut kempis sampai boleh masuk. 

Biasa start pukul 8, habis dekat-dekat pukul 10. Naik ofis berpeluh-peluh. Baru je duduk, nak buat status, bos aku panggil suruh aku pi kejar production, ada order urgent kena siap before pukul 4. Macam chilake. Tak sempat panas punggung lagi kot. Order tu orang lain punya, dia cuti hari ni. Genius mamat tu. Hari ni ada order urgent, hari ni jugak la dia cuti. Aku ngan member aku sorang lagi plak jadi kambing hitam duk kalut turun naik pergi production. 22,000 meter nak kena shipping hari ni. Keje gila!

Ada sorang leader bangla finishing ni, aku pergi kat dia kali pertama nak suruh dia buat order urgent dulu, dia angguk je. Orait bos, orait bos. Bagus jugak bangla ni kata aku dalam hati sambil tepuk-tepuk bahu dia. Dalam setengah jam lepas tu bos aku tanya status macam mana. Aku cakap ditanggung beres bos. Aku pegi follow up balik lepas tu, chilake hape. Tak gerak pun troli 3 bijik tu. Aku panggil bangla tu aku tanya kenapa tak queu lagi. Dia jawab sori bos sori bos je. Bengang, aku lingkup semua troli tu, mengamuk, satu section semua troli berterabur. Tu baru aku mengamuk, belum bos aku lagi. Sekali dengan aku nya dia lambung. 

Kali ketiga pergi, dari jauh dia nampak aku, berlari dia datang. Tak banyak cakap, report kat aku semua sudah setel. Sengih-sengih macam takde pape jadi tadi. Syabas bhaiya, syabbas. Aku tepuk-tepuk bahu dia, sesekali aku katok belakang dia. Sial tak dengar kata. Pasal dia, aku pulak yang kena tiu ngan bos besar. Haram j. Last-last baru aku tau order tu shipping esok, kena on hold dulu. Bos aku sengih je tengok aku macam orang gila pi kejar production. Lahabau punya leader.

Tiap-tiap hari memang aku kena berlatih maki orang secara baik. Agak-agak diorang pijak kepala, kena la maki macam orang sawan sekali sekala. Lepas tu, bermulalah masa aku kena benci, umpat, bahan kaw-kaw ngan orang production kat bawah. Memang aku sendiri pun tak tau aku boleh hadapi tak bila jadi macam tu. Yang aku paling tak puas hati, bos aku paksa aku masuk pertandingan karaoke jadi wakil section. Alasan dia sebab orang baru wajib masuk. Lahanat. Muka aku ada macam muka Hattan kot. Hari tu memang aku amik MC, konfem. Aku bukan macam budak gemok gila karaoke tu.












Monday, May 21, 2012

 sumpah pocong



Aku tak tahu nak tulis apa. Stress pala otak pasal keje. Macam chilake, lahanat, lahabau. Aku baru masuk keje, jangan expect aku tahu semua SOP keje, jangan anggap aku tahu buat semua keje. Kalau tak tahu, tanya katanya. Kalau aku tanya, dia angkat tangan buat tak layan. Macam shit. Kalau tak tanya, dia tuduh aku buat bbijok. Orang macam ni la tak lama lagi makan safety boot cap Red Wing saiz 9. 

Sabar Faiz sabar, dia memang camtu, pujuk member aku. Ya, nama glamer aku skang Faiz. Haha. First time rasa macam geli gila. Tapi ternyata pilihan tu agak bijak dan selamat sebab ada sorang bangla ni nama dia Rakib. Dekat-dekat nama aku. Bila bos aku sebut nama dia, dengan aku aku sekali menyahut. Bos aku cakap ko pehal? Takde pe bos, rambut lawa hari ni, balas aku. Tersengih macam bangang bos aku.







Lagu ni syok! Tiap-tiap hari dengar. Haha.




Wednesday, May 16, 2012

 ideologi




Tak guna nak tunjukkan kebodohan sendiri bertekak pasal ideologi masing-masing. Lagi bodoh kalau setakat ikut-ikut je tapi nak tunjuk kononnya dia ni la paling tahu semua menda. Simpan la bodoh tu kat umah diam-diam. Ko cakap aku bodoh, aku pulak cakap ko bodoh. Lama-lama orang nampak dua-dua bebal. Pasal ideologi toksah duk berbalah la. Dah namanya ideologi. Kata akar dia 'idea'. Idea masing-masing punya la. Bising buat apa kalau dah macam tu orang lain pikir. Takleh paksa-paksa.

Sedih, sampai ada yang sanggup jadi pencacai lubang najis untuk parti. Sanggup pergi kecah majlis orang lain, sanggup berteriak sampai tersembur air liur, ada yang anak tekak nak terkeluar semata-mata sepuluh ringit ngan bekal rokok Canyon sekotak. Kepala dapat la dua kotak. Mana pergi maruah ko sial? Pergi tungging juboq kat depan umah orang. Tak malu ke anak cucu tengok. Fanatik biar bertempat. Perlakuan menggambarkan pemikiran. Kalau dah macam tu perangai, buat malu je bhai. Orang atas ko tu pun sebelah mata pun belum tentu dia pandang, apatah lagi nak pergi tepuk bahu hangpa. 

Negara ni negara demokrasi. Bagi aku senang je demokrasi ni. Contoh, kalau kita tak puas hati dengan kerajaan sekarang, kita pangkah je la pilihan lain. Kalau pembangkang jadi kerajaan, kita tengok satu penggal nanti. Kalau tak puas hati ngan kerajaan masa tu, kita pangkah pembangkang pulak. Keputusan ada pada rakyat. Tak perlu nak berfanatik dengan satu parti politik tu sahaja walaupun parti tu korup. Senang. Tu la konsep demokrasi, bukan pemerintahan kuku besi, diktator mahupun komunis. Rakyat kena bijak memilih.

Tak perlu nak melebih-lebih burukkan parti lain. Fokus pada apa yang akan anda yakni wakil rakyat terpilih, sumbangkan kepada rakyat. Anda pegang amanah rakyat. Bukan untuk kesenangan anda dan kroni-kroni anda sahaja. Rakyat dahagakan kasih sayang yang adil dan saksama. Tanggungjawab tu besar. Jangan pandang enteng semua menda tu. Kelak akan disoal. Sebab tu pergi berhimpun tengah-tengah panas terik. Tapi pihak berkuasa sembur air kasi sejuk sikit. Alhamdulillah. Ada yang lagi bertuah, siap makan cota berlaukkan boot. Memang diorang pergi pun nak rasa semua menda tu. Sedap. Lepas ni nak lagi.

Rumah dah siap, pahat masih lagi berbunyi. Pernah dengar? Bahasa Melayu darjah lima dulu. Takkan tak ingat. Penat cikgu bahasa melayu ajar. Memang makan semut la kalo tak ingat. Anyway, selamat hari cikgu la kat sesape yang jadi cikgu dan bakal jadi cikgu. Mak aku cikgu, bapak aku cikgu, kakak aku cikgu, abang ipar cikgu, mak sedara cikgu, sepupu pon cikgu, aku ni baka cikgu. Nak kena cari awek cikgu gak ni. Cikgu Suraya mungkin. =)









Tuesday, May 15, 2012

 ekspidisi



Plain White T's - 1  2 3 4



Sumbat earphone ketat-ketat, katok-katok bantal dulu bagi empuk, betulkan parking, body position mesti mau ngam, capai buku sebelah katil, pacak atas perut. Ada guna gak perut yang membukit tanpa ada tanda-tanda mau susut. Betul kata orang lain, setiap menda berlaku pasti ada hikmahnya. Bila formasi dah terbaek, apa lagi, mula la mengeja.

Sedar tak sedar dah tiga suku buku Sandra Loh aku dah baca. Pedalling Around The Peninsula. Menarik gila siak idea dia ngan partner of crime dia tu, Mak. Cycling to all four corners of peninsular. From Padang Besar to Tanjung Piai to Sungai Rengit to Kota Bharu and finally back to Langkawi. Gila baq ang! Berduet lak tu. Diorang cari chemistry throughout the journey. Kalau dah journey sebulan lebih, 2664 klicks covered in 37 days to be exact, chemistry mesti tip top. Kalau tak ada yang ber-smack down kat tepi jalan. Jalan penceritaan dia detail dan buku ni macam boleh dijadikan panduan kalau ada lagi orang nak berbasikal keliling Malaysia. Suka duka jerit perih usaha diorang naik basikal memang buat aku teruja. Aku memang tak dapet la nak buat macam diorang tapi the least I can do is feel the journey from her writing.     

Sebelum bulan puasa tahun lepas bro aku dah kematu bontot naik basikal dari Hannover sampai Istanbul. Elok sampai sana dah Ramadhan. Masa on the way ke Ipoh tempoh hari, aku ada menyembang ngan abang aku, dia cite impian dia nak naik kapcai dari Malaysia sampai Thailand, Kemboja pastu pejadah nama negara lagi. Kalau boleh C70 takpun scrambler Azrai. Konon nak buat macam Jeremy Clarkson and associates dalam TopGear Vietnam Special. Tapi bagi aku serius nice idea dia tu. Cuma masa dan budget je yang sempit buat masa ni. Itu semua bisa diatur. Kalau aku ada kesempatan, memang aku nak join gak abang aku tu. Nak kayuh memang tak larat. Rempit kapcai sampai Thailand la. Pun boleh. 










Sunday, May 13, 2012

 kawan baru



Hahahahahaha. Aku da ada member baru. Rumate lagi. Gila desperate tulis macam ni dalam blog. Tapi budak ni macam tak boleh masuk sangat. Kepala dia betul. Tak masuk air. Tak ngam la camni. Budak baik. Aku takleh la kalo member camni. Tanya sepatah jawab sepatah. Kalau dah 5,6 line dialog, dah jadi macam soal siasat. Tapi takpe, tak lama lagi aku bagi dia masuk air la. 

Naseb bek ada si Afif yang sudi ngajak ngan meneman aku lepak di hujung minggu. Thanks to her, gi Jonker Walk cari souvenir untuk lecturer dia. Gila baguih budak ni. Nak membodek je keje. Obvious kot. Melayang duit aku beli buku tiga bijik. Buat peneman masa bosan. Nerd gila! 

Sape cakap aku menyesal duk sini? Tak eh. Hepi kot. Tenang je. Bangun pagi-pagi bawak moto slow-slow je gi keje. Layan angin pantai pagi-pagi. Takde bising-bising orang nak hon, kena sembur ngan asap lori tanah, takde lagi cilok-cilok celah-celah kete nak gi keje. Hanya jalan lurus tepi pantai. Layan.



#1: Pedalling Around The Peninsula (Sandra Loh)






#2: Growing Up in Trengganu (Awang Goneng)








#3: A Map of Trengganu (Awang Goneng)













p/s: gua tak nyesal betting ngan lu.









Saturday, May 12, 2012

 abang nuar



Hari tu aku, mak aku, bapak aku, adik aku mam kat Asam Pedas Selera Kampung kat depan Menara Taming Sari. Ada sorang brader guide ni aku tanya dia mana asam pedas paling best kat Melaka, dia cakap Asam Pedas Selera Kampung memang terbaek. Ho liao katanya. Tapi hampeh. 

Indah khabar dari rupa. Lebat cakap dari rasa. Mau aku sound mamat yang suggest kedai tu. Macam longkang punya sembang. Kecewa je. Masa beratur nk membayar bil, tiba-tiba suasana kedai yang sebelum ni tenang stenang-tenangnya bertukar menjadi kecoh. Aku tengok kat luar kedai ada mat-mat peronda MBMB check kete yang parking tak letak kupon. Nak menyaman la tu. Patut la sekor-sekor macam nak terkencing.

Rupanya bukan sebab tu. Datang la ada pelayan ni bisik-bisik kat kaunter. "Anuar Zain ada. Cepat-cepat gi ambik gambar.". Cheh. Mamat ni rupanya pencetus rusuhan kat kedai ni. Mangkok hayun.  Ada akak tu nak amik gambar ngan Anuar Zain sampai tak basuh tangan, nasi lekat lagi kat tangan. Asam pedas pari ada lagi dalam mulut duk kunyah. Excited punya pasal.

Adik aku darjah tiga selamba je cakap kat pelayan tu, "Anuar Zain je. Ada saya kesah bang?". Bangga siak ngan adik aku ari tu. Lepas bayar, sebelum kuar, aku sempat gi berdiri kat sebelah Anuar Zain. Rendang rupanya mamat ni. Ingatkan tinggi benor. Jauh macho aku, bapak aku bisik kat aku. Kembang sat.














Friday, May 11, 2012

 kawan yang sial



Nak tau apa yang sialnya ada kawan? Masa kita tengah syok membuta, dia gi kacau. Main tarik-tarik bulu betis. Pedih la ngok. Terbantut mimpi indah. Ada satu masa tu dia gi on lampu. Korang boleh paham tak perasaan kalau tengah syok lelap tiba-tiba ada makhluk gi bukak lampu? Mata ni rasa macam kena piat ko tau tak.

Kadang-kadang kalau ada buat salah sikit, ditunjal-tunjalnya kepala macam teddy bear. Agak-agak la, kalau cute sangat pun, jangan la men jari macam tu. Kepala hotak ni banyak menda lagi nak pikir. Kalau da selalu kena tenyeh, makin lama makin bengap la. Dah la yang sedia ada bengap. 

Lagi tak leh blah bila kantoi makan sekor-sekor. Punya la kedekut tak nak kongsi. Bukan mintak banyak pun. Dua tiga suap je. Tak luak la lauk tu. Biar la tu ko punya, ko punya suka la kan. Tapi yang aku punya ko plak terhegeh-hegeh macam orang bangang mintak suap. Geli kot. 

Kalau masa bahan membahan, member-member la nombor satu dalam list. Kadang-kadang aku tak kesah. Tapi kalau da hari-hari kena bahan, panas toqq. Hati gua bukan hati pembunuh bersiri. Hati ni bertaman der.

Banyak lagi la perangai sial member-member. Kalau nak list kan, memang sampai subuh la aku tak tido. Esok da la nak keje. Tapi, sesial sial adanya member, lagi sial bila takde member nak meneman aku. Aku sedih, sape nak tadah bahu. Aku ada problem, sape yang nak dengar pastu bagi nasihat bangang-bangang? Sape nak teman aku gi berjalan-jalan hujung minggu? Dah la takleh contact dah. Bangang betul sape bet macam tu. 

Susah der takde member yang boleh seia-sekata sekepala dalam semua hal. Nak kena cari satu nih. Bukan senang tapi tak mustahil seperti permata yang hilang bak kata Bad. 










p/s: aku tulis sial bukan bermaksud aku kasar, aku ni lembut orangnya persis Dee.



Tuesday, May 8, 2012

 tido la gemok!



Kalau aku ada problem, aku akan tido. Kalau boleh senyenyak-nyenyaknya. Berbekalkan muka iras babyface, aku try tido sekiut boleh. Lepas bangun, problem solved! Kalau tak setel gak, tido lagi. Orang kata, kalau nak setel masalah pape, nak cari ketenangan, buat solat sunat. Memang betul. Lepas buat tu, tido la. 

Ada kisahnya member aku masa asrama dulu. Hari tu semua pakat semangat nak balik cuti. Abis je kelas, terus meluru macam orang gila balik bilik kemas baju masuk beg. Kalau lambat, keretapi tinggal. Member-member dah tercegat depan bilik dia, kumpul nak gerak sekali. Dia ni duk mengah-mengah sumbat baju dalam beg. Keluar je bilik, raba bontot, wallet takde. Menggelabah la. Cari dalam loker, dalam bakul sume takde. Dah berpeluh-peluh dah dia ni cari wallet bagai nak rak. Tak jumpa jugak. Habis tempat dia korek. Sarung bantal, celah loker, dalam port simpan rokok, sume takde. Yela, bilik ngan sarang babi lebih kurang je. Member-member dah terketap-ketap dah kaki nak gerak tinggal dia. Dia wat ayat tacing suruh member-member tu gerak dulu, dia cakap tak larat nak cari dah. Taknak balik katanya. Mata dah merah menitis ayaq. Bila member-member cabut, dia terus lingkup atas katil. Tido. Bangun tido je terus dia angkat tilam. Tadaa. Wallet sial dia tu ada kat bawah tilam. Terus senyum, pada masa sama duk mencarut kat wallet tu.

Aku sampai sekarang terikut cara dia. Ada problem je tido. Gaduh ngan aweks, ngan member, tido. PSM yang macam gila babeng malas nak buat, aku tido. Takde idea nak buat design GOP, aku tido. Kadang-kadang aku macam berpikir dalam tido. Serius. Terbawak-bawak dalam tido. Semi-concious state kata omputih. Aku macam dapat ilham dalam tido. Poyo jek ayat. Tapi serius ini betul. Kalau tak dapat masa tido, lepas bangun tido. Bukan selalu, tapi banyak kali terjadi. 

Kalau duk pikir problem je, otak jadi lemau. Kalau tido, otak rest sikit. Lepas bangun tido, pemikiran jadi lebih rasional. Ko pun lebih tenang. Kadang-kadang tenang sangat sampai nak sambung tido lagi. Yang sindrom tu selalu gak aku buat. Tapi jangan la duk harap lepas bangun tido assignment siap. Pen gerak sendiri. Yang tu ayah pin namanya. Lepas tido, otak pun jadi cergas nak mengopy assignment orang lain. Laju gila tangan menulis. Einstein pun kalah.  









Rilek la toq. Jangan gelojoh sangat Baca doa dulu. Anti klimaks la lu.










Nite!




Monday, May 7, 2012

 riadah



Aku tak tau la aku keje kat sini sebab nak keje ke, sebab nak main. Plant aku ni da macam kompleks sukan da. Abih normal shift kul 6 je terus ada yang datang mereport diri kat section chief sebab nak report performance team masing-masing. Kalau bab keje, hmm, haram nak nampak barang idung. Bab tournament laju je. Camsial.

Si bos aku pun satu hal, abis normal shift, terus dia tutup report production, kepala otak teruih pikir pasal strategi nak menang tournament minggu depan. Mulut terkemam-kemam duk pot pet pasal masalah ada sorang mamat Vietnam ni tak dapat main pulak. Kusut katanya. Terpaksa la aku korek bakat ping-pong aku. 

 Ping-pong inter-plant hujung minggu ni start. Tournament bowling bulan depan. Pertandingan karaoke ala Malaysian Idol bulan satu lagi. Belum masuk mancing, badminton, futsal dan segala-gala jenis sukan lagi. Lepas inter-plant, gi inter-industry plak. Bukan wakil sekolah, wakil kilang. Gilak. 






Sunday, May 6, 2012

 berukband



Disebabkan aku forever alone kat Melakau ni, aku amik keputusan nak cari teman nak mengisi kekosongan di hati. Berkelana lah aku ke MP cari jalur lebar. Niat di hati nak pakai P1, tapi takde plak. Gi kat booth YES, promoter dia apek. Chiss. Tak mengancam la gini. Last-last aku usha booth Celcom depan YES. Aweks! Terus melekat situ. Borak punya la lama, baru decide nak daftar. Saje usha dulu. Nasib ada awek Sabah tu. Pelaris kedai tu. Pakai susuk ke apa.

Balik bilik dengan harapan menggunung nak cucuk broadband, tapi hampeh. Laptop aku buat hal. Lahanat. Saje je nak suh aku gi date ngan awek tu lagi. Sesudah subuh pagi esoknya aku terus gerak gi MP. Dah separuh jalan, aku teringat mana ada shopping complex bukak sebelum pukul 10. Bangang. Patah balik gi tidur. Tengah hari jugak aku sampai sana. Sampai sana, awek tu cakap broadband ni ok. Laptop yang tak ok. Balik pulak amik laptop.

5, 6 kali aku patah balik. Tapi takpe, awek tu punya pasal. Aku suka. Sudahnya, aku format laptop. Mampos pi ah. Broadband punya masalah, laptop yang jadi mangsa. Semua awek tu punya idea. Beruk!












p/s: pertaruhan tu betting bukan beating. haha.

Thursday, April 26, 2012

 gigi

Celaka punya halimah jongang. Aku tanya elok-elok, dia tunjuk gigi. Aku tanya sekali lagi, nada melankolik, dia tunjuk gigi jugak. Kali ketiga aku tanya, sama jugak. Bagi penumbuk, dia gigitnya buku lima aku. Sakit. Sambil gigit dia cakap 'blah'. Apa punya gengster. 

Pelik. Takleh cakap elok-elok ke. Aku tanya first party, third party menatang apa, dia makinya aku sebab tak tau. Bodoh. Dah memang tu bukan keje aku. Kalau aku tau, aku tak tanya pulak ko. Keje macam tu pun dah nak ek. Cakap nak ribut ribut. Gigi tu ada insurans ke?

Bukannya aku tanya pasal equation belit belit macam siput. Nak kecoh pehal. Mulut ngan kaki sama je. Busuk. Sakit pulak hati. 

Tuesday, April 17, 2012

 cerita moto



Cerita ni da lama. 3 tahun sudah.

Masa tu aku kat UTM. Second year. Masa tu tradisi zaman berzaman UTM, budak first year tak boleh bawak motor, kete, lori dan kenderaan bertayar yang lain. Disebabkan aku second year dan dah ada moto, so aku, zes, capt ngan amil buat pact la bila dah ada moto nanti kitorang tetap naik bas pergi kelas. Kononnya nak jimat minyak ngan duit. Dah semua orang setuju, kitorang takde apa-apa tentangan la. Go on with the plan bak kata capt.

Esoknya first day kuliah. Semangat sekor-sekor berkobar-kobar macam nak dapat four flat. Masing-masing tak sabar nak menjalankan pelan yang dah dibincangkan dan disetujui ramai. Disebabkan kuliah start pukul 8 pagi, bagi kitorang si bujang ni, waktu tu sangat la menyakitkan hati untuk bangun mandi, bersiap apatah lagi nak mengadap muka prof. Kalau lawa takpe.

Biasanya kalau kelas start pukul 8, pukul 7 dah kena siap-siap tunggu bas atas bukit tu. Bas ni sewelnya lain macam. Dalam jadual bas sepatutnya setiap setengah jam. Tapi tu hanya wayang semata-mata. Kalau tunggu pukul 7 belum tentu sampai kelas before 8. Perjalanan sepatutnya 5 minit jadi 30 minit. Lebih kurang. Biasanya lebih. Tak kira  lagi pakcik bas yang pick-up gadis-gadis je. Yang lelaki dibiarkan terkontang-kanting tepi jalan.

Disebabkan faktor-faktor tu, kitorang kena tunggu sangat lah awal. Kadang-kadang berkabus lagi da tercegat kat bus stop. Malam kejadian tu kami tido la seawal mungkin. Pukul 9 dah terbongkang atas katil. Bajet nak bangun awal kejar bas. Tapi biasalah wayang melayu, tak sah kalau tak spoil. Nak dijadikan cerita, pagi tu kitorang bangun tersangat awal. 7.54 a.m. Jemm. Kalau masa ni baru bersiap nak tunggu bas, memang tak tengok batang hidung lecturer la. Zes bagi cadangan bernas, sambung tido lagi best katanya. 

Last sekali, guna moto jugak. Tu pun pergi kelas yang pukul 10. Sudahnya sampai habis belajar kitorang guna moto. Perjanjian tadi terlucut serta merta. Tiap sem, yuran bas wajib bayar, tapi bas sekali haram pun tak jejak. Kalau hujan, tak gi kelas. Gitu konsepnya. Haha. 







Monday, April 16, 2012

 perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional



Ada something aku tak puasa hati dalam kes PTPTN ni. Aku tak pinjam ngan PTPTN tapi bukan bermakna aku tak kisah pasal menda ni. Aku kesah. Kawan aku ramai budak PTPTN. Kesian diorang grad je dah berkira-kira nak bayar pinjaman. 

Kenapa sekarang nak dekat pilihanraya baru timbul isu mansuh PTPTN? Kenapa bukan tahun lepas? Kenapa bukan bertahun-tahun dulu? Untuk pengetahuan, PTPTN ni ditubuhkan sejak 1 November 1997. Setakat ni dah berpuluh-puluh ribu yang membuat pinjaman ngan tabung ni. Kenapa tiada seorang pun yang menimbulkan isu ini dulu, sebelum Anwar timbulkan? Ada beberapa soalan yang aku nak tanya kepada mahasiswa yang berdemo tempoh hari. Adam Adli tak perlu jawab sebab ko bukan mahasiswa dah, ko dah kena gantung. Remember?

1. Masa tahun pertama, kenapa tandatangan kontrak perjanjian untuk mengambil pinjaman PTPTN, sedangkan tiada sebarang paksaan? Kalau tahu kadar cas perkhidmatan tinggi, kenapa setuju? 

2. Bukankah boleh membuat pinjaman boleh ubah jika mendapat keputusan cemerlang? So, belajar la rajin-rajin. Ni sibuk nak buat demo. 

3. Apa sebenarnya korang nak ni? Kurang kasih sayang? 

Tiga je kot soalan aku. 

Bagi aku, kalau dah turunkan tandatangan bersetuju dengan syarat pinjaman, kau tertakluk kepada syarat tersebut dan bertanggungjawab untuk bayar balik. Dah namanya pinjaman. Bukan biasiswa. Bongok. Ikut je apa orang kata. Pikir la. 

Kalau buat demo mintak kurang jumlah bayaran atau mansuhkan cas bunga tu aku setuju jugak. Nak pendidikan tertiari percuma? Tadika pun kena bayar. Kalau biasiswa untuk semua orang, makin ramai la berlenggang kangkung. Tak dapat result gempak pun takpe, biasiswa konfem dapat. Silly rally of all time.

Lepas ni kalau PTPTN takde dan kerajaan tak bagi pendidikan percuma, pandai-pandai la isi borang mintak pinjaman yayasan, takpun jadi gigolo. Dapat gak sponsor datin. Last choice, mak pak. Semua menda nak free. Agak-agak la. 

Lagi satu, kalau menjadi la demo ni, aku nak mintak tolong especially geng-geng Adam Adli, tolong la buat demo mintak mansuh pembayaran loan bank, pinjaman rumah, pinjaman kete, dan paling penting, minyak free. Please. 










Sunday, April 15, 2012

 lagu minggu ini


What the F is this shit?


 


lagu adik beradik Rebecca Black.

Saturday, April 14, 2012

 sumpah melayu




Orang duk tanya mana kedudukan Melayu dalam Malaysia. Tumpah tanahnya sendiri. Try google image perkataan melayu. Mantap-mantap semuanya. Kalau search american ke, aussie ke, tak pulak keluar imej sehebat melayu. Tu dah cukup menandakan anak melayu ni hebat! Hebat bapak kau. 

Kalau dari sektor bisnes, bangsa bukan Melayu yang conquer. Pendidikan, terang lagi bersuluh ketinggalan. Boleh dikatakan nasib baik ada kuota untuk masuk pendidikan tertiari. Kalau guna sistem merit, tak ke melangut orang kita? Berapa ramai orang cina india duk mengetap bibir nak masuk IPTA? Berapa kerat pulak orang kita yang kebah bontot menonggek atas moto? Tak kira lagi yang duk gian macam orang gila bawah jambatan tu. Pikir la. Orang lain sibuk nak dapatkan kesamarataan, kita duk senang lenang bawah jambatan main lalalitaplom. Tu belum yang romen atas moto kat tepi kubur. Bila dah sedap-sedap, buang anak bawah jambatan. Sial! Jambantan lagi. 

Orang Melayu sekarang ni menang kat bab politik je. Tu pun dah ansur-ansur macam nak kena ngap. Malas cakap banyak la. Politik Melayu sama Melayu bergaduh, bertetak, bertekak sampai keluar anak tekak. Sampai ke kedai kopi dibawaknya. Alih-alih bergaduh sama sendiri. Politik Cina India, bergaduh tu memang bergaduh. Tapi sebab berbeza pemimpin, berlainan cara. Tapi, keistimewaan tetap untuk kaum masing-masing. Ada diorang kesah calon parti cina mana yang menang? Ini bukan rasis. Ini bukan hasutan perkauman. Ini realiti. Tak nampak ke?

Kita ni susah nak sedar. Daripada dulu lagi makan bersuap. Tak boleh sentuh sikit. Touching. Geletek je boleh, pastu berdekah-dekah gelak. Bila dah tak geli, senyap balik. Memang hakikat, keturunan kita macam tu. Cepat melatah. Bila dah melatah, jadilah eh-opocot-nenek-engkau-gigi-sumbing. Mula lah nak meroyan tak tentu hala. Berak basuh tak? Basuh. Habis, otak kenapa taknak basuh? Basuh la. Otak tak sama kotor dengan najis tapi pemikiran sama busuk macam taik!









Friday, April 13, 2012

 earn the right thing



If I want something I have to earn it right? Or left. Lame joke. Boo.

Let's say, aku nak sebiji iPhone, harga menatang dalam two thousand something. Aku kena la pulun habis-habisan jimat. That means, aku kena save duit gaji, elaun, duit tips tari tiang tiap-tiap weekend, just for this stupid thing. If you think that thing is stupid, which in this case, iPhone, in which I just take it as an example. Contoh! Go on. Aku kena limitkan perbelanjaan. Kesannya aku tak boleh nak berjimba-jimba dan hu ha hu ha sangat.

In the end, aku afford untuk beli bukan sebijik tapi dua bijik iPhone. See. Not that hard nak earn something yang digilak-gilakan. Kena korban sedikit nafsu serakah tu. Yang penting jangan malas. Macam aku tulis dalam entri sudah.

Jangan malas macam babi. Malasnya babi ni, sampai nak makan pun dia hadap je apa yang kat depan. Taik pun taik. Janji masuk perut. 

Kasar ke? Kalau kasar tukar perkataan tu jadi swine, khinzir takpun piggy. Kiut sikit.

Tapi itu teorinya. Praktikalnya belum tentu aku boleh buat. Memerlukan keazaman yang tinggi macam yang aku pernah belajar dalam Biologi Tingkatan 5 Bab 4.

Alangkah baiknya kalau benda yang digilak-gilakan itu bukan sekadar kebendaan saperti iPhone tetapi jauh lebih besar dan bermakna daripada itu, al-Jannah. Konsep dan filosofi yang sama tapi dugaan dan cabaran yang sangat berbeda. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itu lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuinya. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". itulah kemenangan yang besar 
  
(Surah al-Saff, ayat 10-12).


Better right your way right now.











 bila dia dah kata macam tu, macam tu la





"Ah ne'er so dire a Thirst of Glory boast,
Nor in the Critick let the Man be lost!
Good-Nature and Good-Sense must ever join;
To err is human, to forgive divine."



Aku tak berapa gemar kalau bercakap dengan orang yang straight-minded. Apatah lagi nak berdebat. Bila dia rasa satu tu yang betul, satu tu je la yang betul. Baginya. Dah tak boleh ubah. Belum lagi kalau dia nak menegakkan benang yang basah. 

Biasanya politician, aktivis politik, takpun pengikut-pengikut parti politik ataupun sosial. Orang kebanyakan pun  banyak sifat macam ni. Kalau pandangan dia, dia rasa betul, dia memang tak toleh kebelakang dah nak cari supporting facts. Berpendirian teguh tu bagus tapi biar kena dengan tempat.

Biasa menda macam ni banyak berlaku dalam politik. Parti lawan dituduhnya macam-macam. Dibayangkan macam parti tu la yang paling keji. Diceritakan seolah-olah parti tu la yang paling korup. Kalau parti sokongan dia ada yang buat salah, buat onar, dia pandang sebelah mata je. Buat tak tahu. Takkan nak bukak pekung didada sendiri. Ye dak? Vice versa. 

Kalau bertekak dengan orang macam ni, tujuh hari tujuh malam pun takkan menang. Memang sah kalah. Dia takkan nak faham. Salah orang sebesar cincin boleh nampak. Salah sendiri buat macam tahi hidung je. Blind spot katanya. Memang tak salah nak berpendapat sendiri, tapi jangan la bila kita berpegang pada pemikiran tu, yang lain ditolaknya ke tepi mentah-mentah. 

Kita hidup dalam universe ni kena la tengok semua sisi. We live as a whole, not a piece. Take into account all possible angles. Jangan jadi pak turut aje. Baca dari semua sumber, both sides. Read, think and digest it. Walk your God-given brain. Don't be so spoon-fed. Choose with facts not acts. Jangan malas macam babi. Malasnya babi ni, sampai nak makan pun dia hadap je apa yang kat depan. Taik pun taik. Janji masuk perut. Bon apetit!










Thursday, April 12, 2012

 Between A Rock and A Hard Place




Weekend hari tu aku pergi Ipoh. Ada together gather sikit ngan family. Mak aku la yang beria sangat nak jumpa aku kat Ipoh kononnya nak bagi aku jumpa ngan abang aku. Padahal dia rindu aku. Macam aku tak tahu. Muahahaha. Pagi Sabtu tu, we, the guys, aku, abang aku, ngan bapak aku pergi Jusco. Katanya nak beli kek resepi rahsia untuk birthday abang ipar aku. Kedai kek tu sebelah-menyebelah je dengan MPH. So, aku tarik adik aku, masuk dalam kedai buku. Kat sejam jugak duk membelek. 

Bajet nak cari buku Awang Goneng ngan buku Zaid Ibrahim. Takde. Last-last aku rembat je buku 127 Hours. Aku dah layan movie ni dulu tapi nak jugak baca dalam bentuk penulisan. Penceritaan dia sangat detail. Setakat ni aku dah masuk chapter 2. Nasib baik aku pernah tengok movie ni dulu. Senang sikit nak bayang permukaan bentuk geografi muka bumi tu.

Tapi yang sengalnya, buku tu aku tertinggal kat rumah lupa nak bawak gi Kuantan. So, for time being, persetankan dulu buku Awang ngan Zaid. Habiskan dulu buku ni. 









 bengap orang kita



kat mana-mana mesti jumpa orang yang bengap. bengap disini bererti spesis yang bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang punya spesis.

masa drive.

kalau kita hon bila dia masuk simpang tak bagi signal, kita plak kena jari tengah ngan dia.

nak overtake lori, kete lorong bertentangan dah siap-siap bagi high beam 4,5 kilometer depan. bukan nak slow, bagi laluan sikit.

bila kita angkat tangan, dia buat muka yo yo or. orang dah bagi jalan kot. tangan berat.

kentut sorang-sorang dalam lif. keluar je buat  muka puas. orang masuk lepas tu konfem, icu.

sekor lagi jenis kalau keluar lif tak sah kalau tak tekan sume butang. hidup nak menyusahkan orang lain je.

pasal menda kecik nak gaduh. ayam ke telur?

bila dia rasa dia betul, dia la yang betul. yang ni aku nak cite nanti. esok-esok je la.

kalau kita mesej tanya kaba cakap kita nak ngorat dia. hak tuih.

aku sakit hati.









Wednesday, April 11, 2012

 reminder.



Movie aku nak layan bulan ini.

1. Berani Punya Budak.
2. Marvel's The Avengers

Cite berani punya budak tengok trailer macam best, tapi tak boleh kira gak sebab dah dua kali aku kena tipu ngan trailer. Dua-dua kali aku tertido dalam panggung. Sucker punch dengan Hunger Game. Dua-dua hampeh. 

Ada yang nak teman?








 rabu rabak : korok mung!










Tuesday, April 10, 2012

 ABPBH



Anugerah yang aku tunggu tiap-tiap tahun. Bukan sebab nak julang sape menang, nak boo sape kalah. Tapi nak tengok spesis melayu tak sedar diri pakai baju lawa-lawa tunjuk aset. Pergh. Tang tu yang aku paling tak tahan. Sume nak jadi sasaran kamera kameramen yang tak bernafsu. Seronok tatkala mereka dipuji, "aww cantiknya u", padahal pujian bermaksud cantiknya barang u. Lain kali bukak banyak sikit taw. Dan seperti biasa mana-mana artis yang pakai eksesif tunjuk aset, tak menang award pun. Harap tunjuk body aja. Seperti tahun-tahun sudah. Puii

Tahun ni artis yang berjaya buat nafsu aku bergegar, tak lain tak bukan, Neelofa la. Siapa lagi. Maleh nak letak gambo. Google sendiri. Grrrrrr.




Friday, April 6, 2012

 power!



Time kecik-kecik dulu aku memang gila babi minat Power Rangers Mighty Morphin. Azri_suka_kucing pon layan jugak menda alah ni. Kalau  petang Sabtu tu memang tercongok depan tibi tunggu cerita tu. Kalau petang sabtu tu biasanya semua aktiviti budak hensem, memancing, menangguk ikan laga, main wau, sepak takraw, main gasing, kete dash, main basikal, mandi parit, lompat getah, tudung botol, kena hold jap takpun stop awal sebab memberi laluan pada cite ni. Penangan dia memang hebat baq hang. 

Kesiannya kat bapak aku la. Kalo pegi pasar malam, nampak topeng power rangers, memang silap besar la. Selagi tak dapat topeng, selagi tu duk berguling tengah jalan. Tapi bapak aku jenis hati kering, dia biar je aku macam orang gila meraung tengah jalan. Aku try si mak pulak. Dia bagi. Dua das kutilan kat perut. Senak. 

Mempengaruhi hampir semua budak-budak kecik besar zaman 90-an. Paling aku minat Power Rangers putih, Tommy. Stail wok. Aku masa kecik, jahil tukil dulu, aku bayangkan tuhan macam Zordon. Nampak muka je dalam tiub dalam gua. Si Alpha 5 tu la makhluk paling bangang aku rasa. Tapi kalau takde dia, robot tak gerak. Aiyaiyai. 

Watak antagonis paling menarik. Rita, 'menda' tajam. Sialan. Harassment jiwa budak kecik nak tengok. Tak pasal-pasal burung tak sembelih lagi terbang merata-rata. Mighty morphin power rangers dan power rangers dua tiga season lepas tu memang epik 90s! 



Saturday, March 31, 2012

 i can't brain this



tension tak dapat tengok arsenal kena bantai




Aku blur ngan Malaysia sekarang ni. Apa nak jadi, benda kecik nak diperbesarkan. Apa kes lagu kena ban sebab katanya ada unsur hasutan mendorong remaja lari rumah as if before the song  was released there were no any teenagers run away from home. Mature please. 

Aku bukan minat sangat lagu tu. Bagi aku lagu tu is another piece of shit in mainstream. Tapi banyak benda lain lagi patut di-up kan jadi priority. Contoh, isu pemakaian artis patut diberi perhatian. Makin lama makin kurang kain aku tengok. Kata Malaysia ni berbudaya ketimuran. Sekarang ni nampak sangat kebaratan dan keparatan.  Artis lelaki bukak baju, kena ban. Artis perempuan rilek je tonjol barang diorang. Ini tidak adil. 

Kalau budak nak lari dari rumah, diorang lari jugak walaupun tak dengar lagu tu. Kenapa nak disalahkan lagu tu? Maybe sebab sekarang ni banyak kes hilang, lari dari rumah? Bullshit. Baik ban lagu yang unsur memesongkan agama. It Will Rain? Realiti Dewi? Relaku Pujuk? Born This Way? dan berlambak lagi lagu yang ada unsur-unsur masonik kalau nak dikaji liriknya. Use brain la. Decide what action need to be done. Jot down which one need to be act as top. 

Lepas ni mesti takde kes lari rumah sebab lagu hasut lari dari rumah dah kena ban. 





Friday, March 30, 2012

 counting days


Hari ni 30 Mac. Esok 31, lusa 1 April, abang aku sampai Malaysia. Aku syak la kan, abang aku ni buat lawak kot balik 1 April. Dia nak buat April Fool gamaknya. Aku boleh detect aura jahat dia tu. Haha. 









Thursday, March 29, 2012

 law




Gila baq hang. Kalau camni ramai la nak jadi strippers. Malam-malam beratus-ratus dapat. Sekali kena cekup, masuk court, hulur je not dua puluh lima. Pe de hal. Pejam mata je bagi. Top up pon beli celcom tiga puluh. Makcik jual ketayap pun nak belajar main tiang ni. Pusing-pusing tiang je. Tak de la susah benor. 

Ingat kat UTM, kalau kantoi meniru dalam exam, hukuman dia kena buang universiti. Tapi kalau kantoi beromen, kena gantung bape sem entah. Law have speaks. Shuush. Just look and nod. Sometimes they fool us. Let us watch the battle. Syariah vs civil. 






 romantis




"Sudikah kamu jadi yang halal buat saya?"

Tak boleh blah ayat. Lepas tu duk uasap-usap rambut, kesat-kesat air mata. Selama ni duk usung ke hulu ke hilir sampai ke Bali. Memang romantis. Bak pinang di belah dua. Lagi romantis kalau propose kat depan bapak dia. Baru gentle+romantik+berani. Gua tabik lu. 




Tuesday, March 27, 2012

 crush rule



Tadi dalam kete dengar suria fm. Ada caller ni cite dia ada minat sorang mamat ni tapi dia taknak luahkan perasaan dia kat mamat tu.

Bagi aku, kalau minat tapi taknak luahkan ibarat nak makan tapi malas nak bukak mulut.





 if tomorrow never comes



So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes










Monday, March 26, 2012

 UTM Sekudai





Seperti dalam resume, aku ni graduan UTM. Tapi sejak dari zaman forecast, masuk first year sampai dah habis aku tak pernah serius belajar. Aku hanya serius main-main saje. Aku ingat lagi nasihat mak aku masa mula-mula masuk u, " Lu kalau nak main masa u, main betul-betul, jangan main-main. Masa main tak boleh main-main.". Tu la pesanan yang masuk dalam kepala hotak aku. Pesanan lain aku layan tak layan.

Seperti kebiasaan anak durhaka, pesanan tu aku ingkar gak. Aku main tapi still main-main. Aku rasa sumpahan aku sejak forecast lagi. Duk dalam UTM memang auto jadi pemalas. Nak bukak buku rasa macam berat gila vavi. Kalau bab berjalan, ringan je kaki gua melangkah. Sepanjang duk UTM takde menda pun yang serius. Semua main-main. Hatta dalam gua mimpi pun boleh masuk kelibat member-member yang semuanya syaiton-syaiton perangainya.

Tapi alhamdulillah, gua berjaya grad. Lepas grad, gua still rindu zaman main-main kat UTM. So, weekend haritu gua pergi main-main kat UTM. Thanks Amil, Capt, Najmee, Na Qa, Nina, Ema, Peah, Diana, budak-budak tenis, sebab sudi bermain-main dengan aku. Nanti aku dah kurus aku pergi lagi.










 blog updated!

Susulan permintaan member gua yang mereng. Gua update blog ini.

Thursday, March 22, 2012

 oh awekku


Wahai aweks. Pelis la jangan pakai legging depan aku. Stim dowh. Tolong la hormat aku gak. Aku pun nak jalan dengan tenang dan macho beb. Hang ingat hang sorang ja ka nak jalan bagi semua orang duk perati kat hang? Aku pun nak. 

Aku fetish la kalau tengok daging peha hang melekap sama kontur dengan seluar. Lagi-lagi hat yang jenis berisi. Pergh. Membulat baq hang. Tu belom yang jenis ber-lace. So please eh. Jangan pakai ketat-ketat. Namo. Namo. Tak shelesha taw. 




 motivasi




Belek facebook hari ni nampak post 3 orang member aku. Masing-masing tak nak kalah buat post ayat bermotivasi. Cayalah geng!

Friday, March 16, 2012

 Book: Dilema Melayu & The Spear and The Kerambit



Dah lama sebenarnya aku habiskan buku Dilema Melayu ngan The Spear and The Kerambit. Cuma tak sempat nak buat review. Malas sebenarnya. Bukan jenis aku yang tulis post yang berilmu gila-gila. Tak reti ah. Geli.





Kesimpulannya, Dilema Melayu hasil tangan Dr. Mahathir pada zaman tu sangat la terbaik. Dia kaitkan semua faktor tentang ketidakupayaan dan ketidakbolehmampuan bangsa Melayu untuk survive kat tanah tumpah sendiri. Banyak sisi yang Dr. M kaji, daripada segi keturunan, sikap dan perangai, adat dan sebagainya. Dia selitkan juga strategi bangsa pendatang pada zaman dulu bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka dan bagaimana mereka boleh berjaya especially Chinese. Buku ni adalah an eye-opener for Malays. As stepping stone for sure. 





The Spear and The Kerambit dedicated for the VAT69 squad in PDRM. VAT69 stand for Very Able Troopers 1969. Menceritakan tentang kewujudan pasukan komando polis bagi memerangi komunis pada zaman ubi kayu dan menghapuskan saki baki komunis. The Spear and The Kerambit is the symbol of VAT69. Spear, long and strong. Kerambit, small weapon yet deadly. Liku-liku, cabaran dan saat genting menghadapi komunis turut diceritakan dalam buku ni. Penulisan Bahasa Inggeris yang simple dan mudah difahami. Buku ni ditulis sendiri oleh bekas ketua VAT69, A. Navaratnam.

Dua buku ni bagi aku berbaloi la untuk dibaca. Coming soon, Saya Pun Melayu by Zaid Ibrahim, A Map of Terengganu by Awang Goneng. Insyaallah.