Thursday, September 29, 2011

 I'll make most of my days!


source: urbansavior

 P!nk - Perfect





The girl you just called fat? She is overdosing on diet pills. The girl you just called ugly? She spends hours putting makeup on hoping people will like her. The boy you just tripped? He is abused enough at home. See that man with the ugly scars? He fought for our country. That guy you just made fun of for crying? His mother is dying. I post this because I am against bullying and stereotyping. You never know what its like until you walk a mile in their shoes. Be in them.

Wednesday, September 28, 2011

 Alumni UTM

26.9.2011


I'm hereby announce that I am not having any real relationship with UTM no more. From now on, I am ex UTM bloggers or in Zaini Ujang's fancy words, ALUMNI UTM. Hahahahaha





Thursday, September 22, 2011

 RWC 2011: Namibia ditanduk Springbok kaw-kaw

87-0! Springbok memcahkan rekod score tertinggi All Blacks dalam RWC 2011. Kesian Namibia kena telur ngan Springbok. Kali ni team South Africa yang diketuai John Smit membuka pesta try dengan try oleh wingernya, Gio Aplon. Try kedua disumbang oleh Bryan Habana, 2007 IRB Player of the year. South Africa have equalled their record of tries for a Rugby World Cup match with 12 tries and equal a team record by winning their 10th successive World Cup match. Meanwhile, Namibia establish a Rugby World Cup record with their 14th successive defeat.







 Penjelasan Ustaz Azhar tentang isu filem Hantu Bonceng






Tabik spring untuk Zizan sebab tidak sombong untuk bertanya kepada yang alim rentetan isu menghina Raulullah dalam filem Hantu Bonceng. harap-harap dia tidak berniat untuk menghina Rasulullah SAW. Kesal dengan sikap tidak professional Ahmad Idham yang bagai menegakkan benang yang basah.

 Miss Tanza

Selepas berhempas pulas meeting kat office Kemaman semalam dari tengah hari sampai pukul 6, aku ngan owner jambatanbatu, Fakhrul gi la Kuantan sat sebab nak gi beli tiket bas gerak Johor. Lepas tensen ngan brader kaunter bas yang masyaallah slow gila tu, gerak pi Kompleks Teruntum, nak cari sandal. Pusing-pusing, tak jumpa gak. Gi Kuantan Parade plak. Pusing-pusing KP, tak jumpa lagi. Last-last turun kat ground floor, kira last kopek la ni. Masuk kedai Kickers, ada lak. Apa lagi sebat je la. Haha. Last pair, last customer that day. That salesman mind-fucked me. Shit.








p/s: kira hadiah graduasi aku la ni. Hadiah untuk diri sendiri. Kopak wallet. Haha. Pathetic!

Tuesday, September 20, 2011

 trend on-off

Sekarang ni aku tengok ramai yang dah kena jangkitan sindrom tudung on-off ni lagi-lagi geng-geng mangkuk artis ni. Ikut sedap hati dia je nak pakai tudung pastu bukak. Pakai, bukak, pakai bukak. Macam gampang. Dalam filem, drama berlakon pakai tudung litup. Jalan kepit. Kalau gelak tutup mulut. Hihihi je bunyinya. Kalau kat luar set, pergh, ngalahkan rimau perangainya. Bukak sana, bukak sini, tunjuk tu, tunjuk ni. Rasa macam nak bagi pelempang Jawa je.

"Biarlah. Tu hak dia."

Memang la hak dia ngok. Tapi kalau pakai macam orang gila tak cukup kain, pastu mengaku Islam. Kalau bercakap siap wat keluar ayat Quran lagi. Tapi diri sendiri tak sedar. Cakap pasal hukum la. Dah macam persendakan hukum kalau macam tu. Ada yang elok-elok pakai tudung pastu buang. Sayang wei. Time masa pakai tudung nampak sweet jek. Persis gadis melayu terakhir. Bila dia buang tudung, aku rasa macam nak tarik-tarik je rambut dia pastu nak tanya sakit ke tak. Kalau aku tarik pun ko dah sakit, kat akhirat nanti ko jawab la sendiri.





Ada gak yang jenis yang sebelum ni tak pakai tudung then dia pakai tudung. Pakai sebab insaf ke, sebab trend ke, gua tak tahu. Hanya tuan punya badan ngan Allah je yang tahu. Tapi yang tak sedapnya makin lama, makin terbukak pulak hijab tu. Tu yang aku rasa sedih sangat. Masa awal pakai tudung, litup je, paras dada lagi. Makin lama, bukak sikit. Pastu nampak leher sikit. Pastu nampa anak rambut pulak. Last-last pakai serkup rambut je instead of tudung. Masa susah, sengkek, sempit, pakai tudung, kononnya nak keredhaan Ilahi. Bila dah senang lenang, poket tebal, bukak sikit-sikit. Kononnya tuntutan pemodenan la. Ni lagi la aku nak bagi penendang.

Yang pakai tudung untuk stail aku malas nak cakap sangat. Konon-kononnya Hana Tajima melayu la diorang tu. Lilit shawl atas kepala, pastu sekali datang angin tiup berterabur pin ngan jarum. Baru menggelabah.

"Auww. Malu y'all orang tengok tudung I bersepah. Tak Hana Tajima la macam ni."

Pui. Tak boleh ke pakai proper tudung yang ikut syara'? Susah sangat eh? Kalau rasa susah, baik duk dalam rumah je, jangan keluar. Pakai tudung bawal yang simple, tak lilit-lilit tu pon da cukup sweet da. Tak payah nak pin sana sini bagai. Ni pakai tudung liplap ngalahkan Wardina. Tapi aurat kelaut. Aku bukan apa, aku ngarut kat sini pun sebab untuk korang, kaum Hawa, bakal bini aku jugak. Please obey the rules ok? Tak susah pun. Tutup apa yang patut. Behave and be nice. That's all. Jazakallah.


"eleh, macam la pompuan pakai tudung konfem masuk syurga!"

" memang la tak konfem tapi yang tak pakai tudung konfem masuk neraka!
"







p/s: penah tulis pasal menda ni. sini dan sini!

 says who?

Song that killing me right now. Always playing in my mind. She's so damn hot. Sluurrrpp.





Selena Gomez everybody!
Back off Bieber!
She's mine.





Monday, September 19, 2011

 penantian memang satu penyeksaan

Kata orang penantian satu penyeksaan. Apatah lagi menanti sesuatu yang tak pasti. Membuat hati seakan mati. Entah bila akan tiba. Mungkin esok. Mungkin lusa. Barangkali berhari-hari. Penat. Aku sudah penat. Letih. Aku memang letih. Bosan.




*****



Cilakak punya CGSO. Cakap nak datang melawat pukul 3 petang. Dah la datang time aku cuti. Potong betol. Sekarang ni dah pukul 4 da wei. Tak nampak batang idung pun. Sah, janji melayu. Dah siap hujan kali kedua dah. Tak sampai-sampai jugak. Bukan setakat batang hidung tak nampak. Bau pun takde. Diorang tak tahu ke penantian itu satu penyeksaan?











Menanti dengan penuh kesabaran!

Sunday, September 18, 2011

 weekend

Kalau kat pantai timur, cuti weekend hari jumaat sabtu. Kalau tempat lain, hari sabtu ahad. Weekend aku sekarang hari ahad isnin. I love Monday! Pelik ngalahkan setan gemok. Weekdays busy ngalahkan Bill Gates. Sumpah seranah tak lekang kat mulut. Hari cuti weekend ni la aku nak lepak release tension. Malam-malam stay up sampai pukul 3,4 pagi. Kalau kat UTM dulu stay up sampai subuh sebab blajaq. Sekarang ni, stay up sebab...






layan ps2. Ps2 pun ps2 la. Asalkan aku dapat main pastu jerit n gelak kuat-kuat. Main pastu gelak, sambung main, pastu mengilai plak. Good for me la sebab boleh bergumbira kejap. Duk tenyeh controller sampai kebas tangan baru masuk tidoq. Malam ni insyaallah main lagi. Haha.














p/s: permintaan kawan aku yang gila glamer. peminat setia chef zam n abang nara. haha

Saturday, September 17, 2011

 malas

member aku ada cakap;

kalau tak mabuk bukan india,
kalau tak menipu bukan cina,

kalau tak malas bukan melayu.

Betul ke?

So, start hari ni aku nak jadi pemalas sebab aku ni melayu!







p/s: Happy belated Malaysia Day!

Friday, September 16, 2011

 RWC 2011: Jepun dikuman-kumankan oleh All Blacks


Gergasi ragbi Asia kena titik dengan All Blacks!







83-7 full time score at Waikato Stadium, Hamilton. Jangkaan aku meleset sikit. Aku bajet All Blacks tak bagi Jepun can terus. Tapi terlepas jugak satu try. An awesome performance from All Blacks. Lepas balik keje terus pergi layan Rugby World Cup kat kedai. Hilang penat tengok All Blacks main. Memang terbaik. All Blacks hanya menurunkan first team yang rata-rata terdiri daripada pemain 2nd team. Satu persembahan yang sangat dahsyat daripada team All Blacks. 13 try berbalas 1 try as a consolation for Japan. Favorite aku, Sonny Bill Williams turut menyumbang 2 try untuk All Blacks. Ma'a Nonu, pemain yang paling menyerlah match ni, turut menyumbangkan 1 try. Good job guys. Try Jepun disumbangkan oleh Hirotoki Onozawa.




Thursday, September 15, 2011

 Movie : The Rum Diary



Sukkei!

Johnny Depp datang lagi. Kali ni dia tak bawa watak senget Jack Sparrow dah. Filem terbaru lakonannya; The Rum Diary. Filem ini merupakan adaptasi novel Hunter S. Thompson, The Rum Diary. Dalam filem Johnny Depp melakonkan watak Paul Kemp yang merupakan wartawan bebas yang bekerja untuk shabby newspaper company di Caribbean. Johnny Depp dengan kepulauan Caribbean memang tak boleh dipisahkan eh? Even so, he is so awesomely cool meh. Tak macam Captain Jack Sparrow yang gila babeng tu. Filem ni dijangka ditayangkan pada 28 Oktober 2011. Savvy?


Genre: Adventure | Drama
Cast: Johnny Depp, Amber Heard, Aaron Eckhart
Directors: Bruce Robinson
Writer: Bruce Robinson, Hunter S. Thompson
Studio: E1 Entertainment






Trailer pun dah cam gampang best





sumber: imdb

Wednesday, September 14, 2011

 Foto : Alaska's Ruth Glacier



Amazed! Gambar tempat pertama yang diambil oleh Ashley Adam untk pertandingan fotografi PDN Scenes of the Natural World. PDN (Photo District News) merupakan majalah penerbitan jurugamar professional yang berasal daripada Amerika Syarikat. Warna biru tu merupakan glasier yang berada di kawasan pergunungan Alaska. It is aerial photo taken by Ashley Adam. It's cool eh? Optical illusion.

 rutin


Bangun pagi-pagi, mengadap pc, bukak internet, log in facebook, tengok notifications, komen-komen jap, terus log out. Tak sampai 10 minit. 7 jam 50 minit yang selebihnya, kuar ofis, pergi amik data, lunch, balik ofis, key-in data, buat report, pasang video kat youtube, sambung report balik, solat, makan. Tengah hari kuar lagi, amik data, cuci mata tengok awek tepi jalan, balik ofis, dah petang. Malam pukul 11 lebih, terus membuta. Esoknya macam tu la juga. Different days, different whims.

Nice kan life aku sekarang. Haha. Alhamdulillah.

Tuesday, September 13, 2011

 seruling anak gembala




terbaik!

 untitled #3


my life right now? no tennis. no futsal. no jalan-jalan. no main-main. I'm so damn busy even nak lunch time terpaksa tarik sampai pukul 5.30. Tak sempat nak transfer gambar gi open house kat gambang, lepak kat kuantan, makan besar kat Tanjung Lumpur. Nasib baik ingatan aku tak lupa lagi blog tahek ni. Haha. Got to go. Nak lunch cracker jap.