Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

 sumpah melayu




Orang duk tanya mana kedudukan Melayu dalam Malaysia. Tumpah tanahnya sendiri. Try google image perkataan melayu. Mantap-mantap semuanya. Kalau search american ke, aussie ke, tak pulak keluar imej sehebat melayu. Tu dah cukup menandakan anak melayu ni hebat! Hebat bapak kau. 

Kalau dari sektor bisnes, bangsa bukan Melayu yang conquer. Pendidikan, terang lagi bersuluh ketinggalan. Boleh dikatakan nasib baik ada kuota untuk masuk pendidikan tertiari. Kalau guna sistem merit, tak ke melangut orang kita? Berapa ramai orang cina india duk mengetap bibir nak masuk IPTA? Berapa kerat pulak orang kita yang kebah bontot menonggek atas moto? Tak kira lagi yang duk gian macam orang gila bawah jambatan tu. Pikir la. Orang lain sibuk nak dapatkan kesamarataan, kita duk senang lenang bawah jambatan main lalalitaplom. Tu belum yang romen atas moto kat tepi kubur. Bila dah sedap-sedap, buang anak bawah jambatan. Sial! Jambantan lagi. 

Orang Melayu sekarang ni menang kat bab politik je. Tu pun dah ansur-ansur macam nak kena ngap. Malas cakap banyak la. Politik Melayu sama Melayu bergaduh, bertetak, bertekak sampai keluar anak tekak. Sampai ke kedai kopi dibawaknya. Alih-alih bergaduh sama sendiri. Politik Cina India, bergaduh tu memang bergaduh. Tapi sebab berbeza pemimpin, berlainan cara. Tapi, keistimewaan tetap untuk kaum masing-masing. Ada diorang kesah calon parti cina mana yang menang? Ini bukan rasis. Ini bukan hasutan perkauman. Ini realiti. Tak nampak ke?

Kita ni susah nak sedar. Daripada dulu lagi makan bersuap. Tak boleh sentuh sikit. Touching. Geletek je boleh, pastu berdekah-dekah gelak. Bila dah tak geli, senyap balik. Memang hakikat, keturunan kita macam tu. Cepat melatah. Bila dah melatah, jadilah eh-opocot-nenek-engkau-gigi-sumbing. Mula lah nak meroyan tak tentu hala. Berak basuh tak? Basuh. Habis, otak kenapa taknak basuh? Basuh la. Otak tak sama kotor dengan najis tapi pemikiran sama busuk macam taik!









Saturday, October 1, 2011

 Melayu boleh!





Gua Melayu. Mak bapak gua, adik beradik, sepupu sepapat gua semua Melayu. Gua sebenarnya bangga gila dilahirkan sebagai anak Melayu, bukan anak keling, cina, australia, portugal semua tu. Melayu beb! Pada pemikiran gua yang senteng ni, anak Melayu kita memang hebat. Kembang hidung gua guys.



Anak Melayu memang kretif bro. Moto standard kilang diorang tak main. Keluar kedai jer terus setting sana, setting sini. Katanya tak cukup power. Ekzos yang bunyi selow diorang tak heran. Tukar terus ekzos yang bunyi macam Kawasaki 1000cc. Baru gempak. Tayar guna tayar sotong je. Ada la besar tayar beskal. Rossi pun tak berani nak guna. Blok pe semua jadah dalam enjin diorang operate sendiri. Korek sana, korek sini. Kalau orang Jepun taw kerja diorang modified motor macam tu sekali, konfem, semua boleh jadi engineer kat company Honda. Kekurangan bajet nak beli Evo? Tak jadi masalah. Wira pun boleh transform jadi Evo. Small the pieces.

Anak Melayu memang stailo. Rambut asal hitam diorang tukar jadi merah, kuning, hijau, blonde bagai. Tak Amerika katanya kalau rambut itam. Sekali tengok macam Bob Marley. Dua kali tengok macam Brad Pitt pun ada gayanya. Stailo woo. Yang slacknye, rambut dah kaler, tapi kening still hitam lagi. Cacat gila. Rambut hijau kening hitam. Rambut taknak sikat rapat tepek, nak pacak mohawk, serong macam k-pop sebijik macam Daesung. Rambut tutup mata sebelah takde hal, mata satu lagi ada. Nak gaya punya pasal.

Anak Melayu memang subur. Kalau tak subur, takkan ada berlambak kes buang bayi. Subur la tu wei. Buat satu pastu buang. Buat yang lain pulak. Apadehal, subur kan. Baka baik punya. Takyah kawen lagi. Kita test performance dulu. Kalau puas hati baru kawen. Ye dak? Kalau sebelum kawen dah mengandung kita gugur la. Pas kawen baru kita bincang balik nak wat berapa banyak anak. Satu team bola ke. Takpun agak-agak satu team American Football. Kita kan subur.

Anak Melayu memang banyak duit. Tak percaya? Tengok la keje-keje pencacai semua suruh mat-mat minah-minah indon, bangla yang buat. Kita taknak kena panas, takut hitam kulit, taknak sentuh, siang ikan, hanyir katanya. Gaji la imigran buat keje kita. Banyak gila duit. Keje susah sikit, panggil bangla indon. Kita goyang kaki je. Like a boss. Duit banyak, buat isi minyak full tank tangki motor je. Pastu ronggeng kat dataran. Pusing-pusing sampai tangki kering. Kering tak kering la sampai kena bawak minyak spare dalam botol. Kontigensi kononnya.

Anak Melayu serius pandai. Tak payah masuk sekolah medik. Leceh. Belajar sendiri je. Jadi doktor bukannya susah sangat. Setakat nak mengubat diri sendiri tu tak jadi hal besar. Bagi jarum je. Pastu pandai-pandai la survive cucuk sana-sini. Sekali kena, pergh, letak besi panas kat lengan pun dia wat derk je. Tak rasa pape. Doktor yang bersekolah boleh wat camtu? Takleh. Tahun 2005 je dah beribu-ribu anak melayu jadi doktor swasta. Tak pandai lagi camtu?



Kesimpulannya, gua ni baka Melayu. Gua mengaku gua kreatif, stailo, subur, banyak duit, pandai. Pe lagi yang korang nak? Dah cukup bangga dah ni. Buntu.



Saturday, September 17, 2011

 malas

member aku ada cakap;

kalau tak mabuk bukan india,
kalau tak menipu bukan cina,

kalau tak malas bukan melayu.

Betul ke?

So, start hari ni aku nak jadi pemalas sebab aku ni melayu!







p/s: Happy belated Malaysia Day!