Monday, November 28, 2011

 Harimau Muda malukan Malaysia?

FAILOLOLOLL!







Serius bangang akhar tabloid Kosmo ni. Macam dah takde modal nak buat tajuk berita. Player punya la berpeluh gila vavi kejar bola sana sini bagai nak rak, boleh pulak kata malukan negara. Standard la tu kalah. Adat permainan. kalau tulis tajuk " Malaysia kalah, Bahrain comeback" ke, "Bahrain malukan Malaysia" ke, boleh tahan lagi. Tu pun kalau nak letak sangat la perkataan malu tu. Bengong! American Samoa kalah ngan Australia 31-0 pon Samoa tak bising. Kalah tipis je tu. Alahai. Gagal sungguh.








Dah la semalam gi tengok kat Coffee Street dapat tengok setengah skrin je. Kena blok ngan tiang. Nasib aku ok lagi la. Member aku sorang lagi dapat tengok suku skrin je. Kira aku tengok setengah, dia tengok suku, pastu cantum la. Dia citer suku yang dia tengok, aku citer setengah yang aku tengok. Dapat la 3 suku. Ok la tuh, cun. Kalau tengok satu skrin pon wat sakit hati je. Pincang sana sini.

Apa-apapon, good play la Malaysia. First half, permainan memang terbaek. Second half, hancuss. Hahaha. Takpe la. Menang kalah adat pertandingan. *Ayat cliche kalau kalah.

Sunday, November 27, 2011

 mimpi

Aku tak boleh lupa lagi la kejadian mimpi semalam. Rasa macam terngiang-ngiang dalam kepala hotak. Aku, Amil kena marah ngan dak gemok pasal kutuk balak dia? Defak. Ada menda yang tersirat kot. Uncle, sila tafsir mimpi gua. Lu kan pandai bab ramal-ramal mimpi ni. Lu ramal tuk gua eh? LOL




 1 Muharram detik permulaan...




1 Muharram 1433H. Tahun baru. Azam aku tahun ini; Mana boleh bagitau. Siot!





p/s: semalam mimpi aku, Amil, ngan Timan. Serius lawak woi. Timan nangis-nangis marah aku ngan Amil pasal laki dia. Hahahaha. Guling-guling aku gelak. Ni aku tulis cepat-cepat takut nanti lupa. Hahahahaha

Friday, November 25, 2011

 teraju utama

Aku terfikir.




Hidup ni ibarat dalam filem. Plot sudah ditetapkan oleh director sebelum shooting yakni sejak azali lagi. Kita ni teraju utama filem. Semua jatuh bangkit, naik turun berjayanya filem ni bergantung pada watak utama. kalau kayu pelakonnya, kayulah hasil filem tersebut.

Pasti ada anasir atau watak antagonis yang konsistennya akan memberi tekanan, cabaran, sialan dalam hidup kita. Sikit-sikit ada je yang tak kena. Walau sekecik mana pun hal kita, pasti ada ralat. Ralat sebesar mana pun, cabaran sesusah mana pun, tekanan sekuat mana pun, benda-benda macam tu lah yang membuat plot kita hidup. Membuatkan jalan cerita tu menarik. Contohnya, dalam hidup aku sekarang ni ada la sorang watak jahat. Siapa lagi kalau bukan Azri Batu. Ada je idea jahat dia nak share ngan aku.

Cuba bayangkan cerita tanpa masalah? Bayangkan cerita Adnan Sempit tanpa Zack, konfem tak berapa nak lawak kan? Filem Harry Potter tanpa Lord Voldermort? Sah-sah J.K. Rowling tak kaya kan. Sama jugak dalam hidup. Straight je hidup. Takde liku-liku langsung. Bosan. Dull.

So, jangan merungut sangat la kalau ada masalah. Find ways. Counter it. In the end, good things sure shall rise. Hidup kita, kita yang control. Tak susah mana pun. Tak sepayah nak lekat sugar paper atas polysterine. Jangan lupa. Allah maha adil. Dia ambik sikit daripada kita, Dia pulangkan yang lagi besar kepada kita. Jadi la hamba yang bersyukur. Insyaallah.









p/s: tumblr gua, akubukandea.tumblr.com

Wednesday, November 23, 2011

Monday, November 21, 2011

 Harimau terlepas di Gelora Bung Karno


Peluh jantan aku menglir menunggu penalti. Keputusan yang amat positif. Nasib tak nasib. Menang tetap menang.




Walaupun Garuda main macam pondan namun Harimau tetap gah memanfaatkan peluang.
Walaupun Garuda dibayangi referee namun Harimau tetap bangkit macam pejuang.
Walaupun Garuda terbang di tempat sendiri namun Harimau kental bukan petualang.
Walaupun Garuda mengekek kesakitan namun Harimau mengaum mengamuk sampai menang!




Tahniah Harimau Muda!









p/s: man of the match goes to Khairul Fahmi Che Mat

 selalu begini

Selalu ke begini? Setiap kali aku nak cari kedai apa-apa mesti susah gila nak jumpa. Kalau taknak cari, tersengih -sengih bak kupang basi tepi jalan. Petang tadi, aku ngan Azri Batu pergi cari kedai printing nak print poster saiz A1. Lima bijik kedai semua cakap takde print colour. Suwei. Last sekali tanya ahmoi chantek itu kat mana kedai printing. Chomel rasa cam nak gigt je. Aumm. Lepas letak file untuk print, 2,3 kedai on the way balik sengih-sengih tepi jalan. Malang.

Good luck Harimau Muda A! Terkam sayap garuda sampai lunyai. Kasi garuda kenal tinggi langit dan bumi. Aumm!



Sunday, November 20, 2011

 carutan harian

Bodoh berlapis-lapis. Bengong bertingkat-tingkat. memang bangang tahap tapir. Bengap bertalu-talu. Bingai berganda-ganda. Ganda 23. Kebaboom! Sial. Tak nampak ke ada lima kot sign dilarang merokok dalam bas tu? Aku kira. Ker memang tak pandai membaca? Kalau tak reti mengeja takkan buta tak nampak gambar rokok kuuar asap kena silang? Pakai ray ban, dah macam Eric Wong, tapi sign sebesar-besar alam tu pon tak tengok.

Pakai sivik la der. Dalam bas kot. Bukan lori ko nak hembus-hembus sip-sip asap Dunhill 20's ko tu. Aircond bai bukan kipas bot paya. Akal letak kat mana tak tau. Kat groin ke? Orang lain da nazak tahan nafas. Ko boleh selamba sengih-sengih. Perokok sendiri pun tak suka bau rokok sial. Macam lahanat. Ko ngan member ko si driver bas tu dua-dua sama gampang. Sebab tu makin lama makin chelaka. Makan sumpah seranah orang. Melayu. Bodoh tak boleh diajar. Cerdik tak boleh ditumpang.

Aku sound depan-depan kang takut kena halau tepi highway. Mencarut dalam hati je la sepanjang perjalanan Sri Putri sampai Segamat. Jahanam.








Friday, November 18, 2011

 which one is cooler?






Sometimes to show off is look cool. Sometimes it doesn't. Seriously. Showing off is like put kick-me-on-my-face-real-hard sign at the back. It is not cool beans man. A common scenario in Malay drama.

"Wah lawa sial kasut ko. Bling-bling lagi. Brape angkat ni?"

"Lawa kan. Lawa kan. An an an. Bapak aku beli semalam. 2.75 juta dolar Amarika Syarikat sebelah. Kaya tak aku? Kaya kan. An an an. Hahahaha".

Faken show off right. If this ever happen to me, in split second my giant footprint nicely stamped on faggy face of hers. Slap a biatch like a boss bebeh. For me la, being modest and not cocky, is the most beautiful, cool thing you can do. It is like you bring peace to this bitter world.

People will respect you and eventually you will gain trust from them. And then you can rule the world with darkness, evil plan to destroy all good forces. Ultraman, Superman, Batman, Nunja Boy, Power Rangers etc, will vanished. Godzilla, Lord Voldermort, The Joker, Hagemaru, they all will be ruled under you. The one and only. Absolute power. Hahahahahaha.

Enough of this superhero world vanishing evil plan. I've carried away. Sorry. But it's true though. Well, America do this. Act nice with Arabs' countries, supply them with weapon, help a lil bit. Poison the people's mind. In the end, we all can see what they have done to the cocky arabs and their real intention, bring chaos. Iraq, Afghanistan and many countries have fell to their jurisdiction.

Back to the topic. As I said earlier, to not show off is way cooler than to show off. I remember my sister told me once about her schoolmate. One day, a teacher asked every one of her students about their parent's job. The teacher asked my sister's friend.



"Hey Salmiah, (bukan nama sebenar) bapak ko kerja apa ek?"

"Keje biasa je cikgu. Drebar je cikgu."

"Oow. Drebar. Drebar apa?"

"Drebar helikopter cikgu."

"......"


See the difference? This one is ice cool babe. Don't act cool. You're already cool since the first the day. Otherwise you will end up in longkang like me. Damn malu sial.





Wednesday, November 16, 2011

 pay or passion?


Kerja. Antara minat atau duit. Aku rasa aku ni hipokrit. Tak bersyukur pun ada. Kerja dah dapat. Alhamdulillah. Tapi, kalau kerja benda yang kita tak minat, tak ada kepuasan. Right? Ibarat minat makan sambal belacan tapi makan sambal daging. Tak puas!

Kerja yang aku minat, ada. Memang ada. Tapi boleh ke tampung hidup aku? Kalau aku macam dalam cite 3 Idiots, memang aku dah buat ikut kepala lutut aku dah. Tapi tak la realitinya. kalau ada duit ciput, mana nak makan? Mana nak buat belanja? Mana nak tanggung anak-anak bini-bini? Aku ni manusia. Bukan beruk dalam zoo main sebat je apa yang orang baling. Kalau orang baling pisang, cekik. Orang baling pizza, cekik jugak. Orang baling bunga, pun cekik. Dasar beruk!

Orang kata, ada gaji besar best. Kalau aku la kan, bagi la gaji aku tigapuluhtiga ribu sebulan sekalipun, tetap akan habis hujung bulan. Bukan aku sorang la rasanya. Benda macam ni terjadi kat semua orang. Makin besar gaji ko, makin besar selera ko. Macam setan. Kalau gaji sikit, buat cara gaji sikit. Kereta ada empat tayar, satu stereng, satu bumbung. Perodua Kancil sama je dengan Toyota Camry. Kalau gaji sikit jangan gatal tangan nak beli kereta besar. Gitu je sifir dia.

Orang duit sikit survive dengan duit sikit. Orang duit banyak, survive dengan duit Banyak. At the end of the day, masing-masing habis duit. Duit tak pernah cukup. Pokok pangkalnya sekarang, mana anak pilih antara minat atau duit? Arghh. Stress.





 rabu rabak : new radiation symbol

Radiasi. Mati. Lari.








Baru tak baru sangat la. Launched 15 February 2007. Hahaha



sumber: IAEA

Sunday, November 13, 2011

 1001 FACES of SSZians

We're nakama!



Video dah siap bebeh. Dedicated to all my colleague. Enjoice. Sorry kalau tak best. Hahaha




Trimas kepada Abang Azri Batu kerana memberi bantuan logistik dan moral. Aku buat video ni sampai keje yang sepatutnya aku buat tak siap-siap. Haha. Ampun Abang Batu. =) Sila lawat blog jambatanbatu untuk info-info yang menarik. Adios.

Saturday, November 12, 2011

 teaser video 1001 Faces

Finally!



I can have good night sleep malam ni. Video dah siap. Tapi aku nak upload esok. Taknak malam ni. Tak ong. Hahaha. Just a trash promo video. Sabar ye. Esok baru gua upload yang betol-betol pada 1311 hour. Be patience. Nite y'all!



 Liu Bolin : The Invisible One

Time kecik-kecik dulu aku suka tengok cerita Invisible Man. Mungkin sebab cerita tu ada unsur 18SX kot. Aku pun tak pasti. Tapi yang aku pasti, aku nak sangat jadi orang halimunan. Senang nak skodeng orang. Tu imaginasi liar aku masa kecik-kecik la. Sekarang tak dah. Insaf.






Liu Bolin, 38, seorang artis dari China digelar artis halimunan kerana kepakarannya menghasilkan karya yang senggama minda dengan mengecat badannya bagi menyatukan dirinya dengan pelbagai background. Dengan kata lain, camouflage la tu. Tapi serius, karya Liu Bolin memang terbaek. Kalau ikut nafsu serakah aku ni, memang aku cat dah badan aku macam toilet wanita. Hahahaha.

Kalau sebelum ni dalam facebook ada gambar ilusi optik cari kucing dalam semak. Sekarang ni try cari Liu Bolin dalam gambar-gambar ni. Serius stail!












 Bila orang Jepun kawad. Gilak! Gilak! Gilak!

SALUTE!

Seingat aku, dulu aku penah tulis pasal disiplin orang Jepang. Dalam semua bucu segi diorang disiplin. Nak amik makanan masa bencana pun masih sanggup beratur panjang. Hari ni aku ada tertengok video ni. Gilak woo. Memang terbaik la. Kalau disiplin takat budak tadika, takyah mimpi la nak buat macam ni. Snitt!!!







The west parades its military. The east parades its businessmen.

 Kamasutra Laptop

So true!




Aku ni boleh dikelaskan sebagai gila komputer. Kalau aku ada nak buat design ke, video ke, aku memang duk mengadap laptop sampai lebam mata, lenguh-lenguh badan. Macam 2,3 hari ni la. Nak siapkan video untuk SSZ. Sampai subuh pun still ngadap laptop lagi. Macam-macam position aku guna. Meniarap, baring, terlentang, menonggeng sampai tertido. Sebijik macam Kamasutralap ni. Hahahahaha.






Friday, November 11, 2011

 member-member aku gila!


Hari ni aku duk belek-belek gambar masa muda mudi kat UTM dulu. Nostalgia beb. Kalau aku pompuan memang meleleh dah air mata duyungaku ni. 3 tahun. Apa sangat la 3 tahun tu. Pejam celik dah grad. Rasa macam semalam je daftar. Ayat cliche kan. Tapi betul woo. Kejap je rasa. Tengok video kat Korea dalam bilik pastu gelak sorang-sorang macam orang gila. Memang gila sebab aku dah terdidik dengan perangai gila member-member UTM yang gila dalam semua bab. Gila tak gila la tapi kalau duk ngan diorang, sejam cukup la, konfem kepala otak jadi majnun! Wrapped, my friends are all INSANE!


But if the while I think on thee, dear friend,
All losses are restored and sorrows end.
~William Shakespeare









p/s: on my way to publish video for SSZians. need some breathing space.

 11.11.11



damn right!

Wednesday, November 9, 2011

 cari keje



Ni cerita lima, enam hari lepas.

Hari tu aku tension ngan bos aku. Dia suruh wat keje yang tak masuk dek akal aku. Akal dia masuk kot, sebab tu dia suruh. Aku rasa meletup gila hari tu. Panas beb. So aku pun plan nak usha kerja lain. Tengah duk syok-syok belek portal cari keje, ada la ternampak satu iklan kerja ni. Menarik gila. Kerja kat conservation harimau. Menarik, aku bermonolog.

Apa lagi. Aku pon terus readykan resume, letak apa yang patot. Setel. Tengok balik detail permohonan, kena buat esei 300 words kenapa nak join conservation harimau ni. Ah sudah. Masak gua. Bantai je la member aku hasut kat tepi telinga. Aku men tulis je. Duk ulang-ulang saya suka harimau, saya sayang harimau, saya nak jaga harimau.

Aku cite kat mak aku. Terus kena luku. Tanpa soal siasat. Kejam.







Kalau sape nak keje jaga harimau boleh usha kat sini. The Malayan Tiger

 hangin



Aku hangin gila bila menda yang aku jaga betul-betul bagai menatang minyak yang penuh tiba-tiba rosak, hilang. Kalau menda yang aku tak amik port, buat endah tak endah, elok pulak dia jaga diri sendiri. Tak rosak pun. Realiti. Sial.




 rabu rabak: sarcasm kills!




Y'all know well which country.

Wednesday, November 2, 2011

 rabu rabak: silence!




Enjoying the silence here before transferring to ear-splitting continent. *sigh

Tuesday, November 1, 2011

 1.11.11


Update first untuk bulan November ni. Walaupon kepala aku pecah sampai berdarah-darah sebab lawan bucu almari, kerja berlambak-lambak kat ofis, tapi aku tetap ada rasa nak update blog sampah ni. Tak kira la short entry pon. Dulik hape. Hahahaha.


Anyway, selamat menempuhi bulan November. Que le meilleur viendra à vous!