Wednesday, November 9, 2011

cari keje



Ni cerita lima, enam hari lepas.

Hari tu aku tension ngan bos aku. Dia suruh wat keje yang tak masuk dek akal aku. Akal dia masuk kot, sebab tu dia suruh. Aku rasa meletup gila hari tu. Panas beb. So aku pun plan nak usha kerja lain. Tengah duk syok-syok belek portal cari keje, ada la ternampak satu iklan kerja ni. Menarik gila. Kerja kat conservation harimau. Menarik, aku bermonolog.

Apa lagi. Aku pon terus readykan resume, letak apa yang patot. Setel. Tengok balik detail permohonan, kena buat esei 300 words kenapa nak join conservation harimau ni. Ah sudah. Masak gua. Bantai je la member aku hasut kat tepi telinga. Aku men tulis je. Duk ulang-ulang saya suka harimau, saya sayang harimau, saya nak jaga harimau.

Aku cite kat mak aku. Terus kena luku. Tanpa soal siasat. Kejam.







Kalau sape nak keje jaga harimau boleh usha kat sini. The Malayan Tiger

1 comment:

azri_batu said...

mak mu oyak, jaga mu tu lebih susah drpd jaga rimau sekandang..