Wednesday, November 16, 2011

pay or passion?


Kerja. Antara minat atau duit. Aku rasa aku ni hipokrit. Tak bersyukur pun ada. Kerja dah dapat. Alhamdulillah. Tapi, kalau kerja benda yang kita tak minat, tak ada kepuasan. Right? Ibarat minat makan sambal belacan tapi makan sambal daging. Tak puas!

Kerja yang aku minat, ada. Memang ada. Tapi boleh ke tampung hidup aku? Kalau aku macam dalam cite 3 Idiots, memang aku dah buat ikut kepala lutut aku dah. Tapi tak la realitinya. kalau ada duit ciput, mana nak makan? Mana nak buat belanja? Mana nak tanggung anak-anak bini-bini? Aku ni manusia. Bukan beruk dalam zoo main sebat je apa yang orang baling. Kalau orang baling pisang, cekik. Orang baling pizza, cekik jugak. Orang baling bunga, pun cekik. Dasar beruk!

Orang kata, ada gaji besar best. Kalau aku la kan, bagi la gaji aku tigapuluhtiga ribu sebulan sekalipun, tetap akan habis hujung bulan. Bukan aku sorang la rasanya. Benda macam ni terjadi kat semua orang. Makin besar gaji ko, makin besar selera ko. Macam setan. Kalau gaji sikit, buat cara gaji sikit. Kereta ada empat tayar, satu stereng, satu bumbung. Perodua Kancil sama je dengan Toyota Camry. Kalau gaji sikit jangan gatal tangan nak beli kereta besar. Gitu je sifir dia.

Orang duit sikit survive dengan duit sikit. Orang duit banyak, survive dengan duit Banyak. At the end of the day, masing-masing habis duit. Duit tak pernah cukup. Pokok pangkalnya sekarang, mana anak pilih antara minat atau duit? Arghh. Stress.





6 comments:

azri_batu said...

nice blog..folo me plz

Nina said...

asik promote blog dye jerk.. ahha..eyh aku post kat FB k

Anonymous said...

gaji yg byk xguna kalau ko stress, sakit kepala hari2 and the most important, ko x happy dgn kerja ko sama ada dgn tugasan atau environment ko. cth mcm kawan aku. die lepasan SPM je. skrg keje kat PD sbg chef. gaji basic 3500. bln2 leh dpt dekat 4k.hebat x? mestila hebat sebab die xda apa2 sijil kulinari or pglmn kerja yg bagus tp die leh dpt gaji bsr! tp die stress..ssh nk komunikasi pasal chef lain ckp BI die xreti ckp BI. pastu masak xberhenti2. stress. keje kat laut..xleh nak balik umah, xda life. stress. dan mcm2 lg. at last, die thn 2bln je. die kata baikla die keje chef kat kl gaji 2.5k tapi die ada life, masak ada berhenti rehat, blh ckp melayu and skrg die happy dgn keje yg die wat. apa gunanyer gaji bsr tp ko sakit kepala, stress, xminat & mcm2 lg? sekadar seposen aku..bg aku, bile aku happy dgn keje aku, aku lg perform, aku lg komited etc. tp terpulang pd ko. make your own choice brada! may the force be with u! - azwan

Anonymous said...

lupe nak ckp kat ko..tp gaji tu penting gak taw..try la cari keje yg org kata paid off la ngn ape yg ko wat..mcm aku dlu keje nasi briani tu x berbaloi..

aku baca balik kat atas tu, aku silap tulis..yg die keje PD tu beberapa bln lepas yg aku kata "sekarang" tu..huhu..sorry

naqib faiz said...

thanks wan. yang penting kita enjoy apa2 keje yang kita wat. thanks again brah!

yo said...

jd driver ak jah la hahaha