Tuesday, January 31, 2012

 Genting Highlands: Real Story Unveiled


Full story.

Kisahnya bermula apabila aku yang jakun tak penah jejak ke Genting ni buat usul kat si gemok Timan ajak gi Genting Highlands sebelum aku kena out-station di Gebeng. So, aku bagi mandat kat dia suruh buat kad jemputan and calling-calling semua member yang boleh ikut. Kiranya dia setiausaha program la. Tapi lebih kepada kuli aku sebenarnya. Hahaha. Bila dihitung balik, berapa kerat je yang dapat pergi. Aku, Timan, Tishim, Ema, Peah. Yang lain semua ada hal. Si Nikna sombong taknak ikut. Si Amil da balik, Zes ada hal lain, Capt pun sama, dah ada program lain, si Wan pulak gedik-gedik suruh pujuk dia. Memang tak la. So, yang pergi ngam-ngam satu kerete. Bagus la tu. Aku da macam kawen 4 pulak. Haha. 

Jumaat petang, Ema call cakap dia dah ada kat Putrajaya, lepak ngan Wan. Peah pun ada sekali. Kitorang set jumpa malam sikit sebab aku ada hal nak bertumbuk ngan tuan rumah. Lepas setel semua tu, baru aku jumpa diorang. Dalam pukul 10 lebih gak la. Sampai-sampai kat depan Masjid Putra, baru letak bontot, diorang cakap da nak balik. Perghh. Aku diperkotak-katikkan. Siot! Tapi diorang pun dah tunggu aku dari petang lagi. Masing-masing muka macam belacan basi je aku tengok. Letih kot. 

Sabtu, 8.05 pagi.  

Semalam janji jumpa kat depan LPTA punya HQ pukul 8. Aku duk tercongok situ lepak ngan pak gad. Tungu punya tunggu, tak datang-datang. Ciss. Aku kena tipu lagi. Pukul 9.30 baru diorang sampai. Dalam jangka masa tu aku da siap ajar pakcik-pakcik gad tu guna Facebook ngan Microsoft Word 2010 dah. Alasan diorang lewat tu yang aku paling takleh blah. Sebab nak balas dendam kat aku sebab semalam aku buat diorang tunggu aku lama depan masjid. 3 jam lebih je kot. Bukan lama sangat!

Gerak pergi umah Tishim kat Muzium Negara. Before sampai umah dia, sempat lagi pusing-pusing Cheras, BTS, KL Sentral. Tishim tercegat betul-betul kat atas divider kat simpang. Nasib baik tak pegang penyapu je. Kalau tak, lauk la dia hari tu. Lepak umah dia jap, sempat main bola ngan Adam jap. Berpeluh-peluh gua. Lama tak exercise. Paling takleh blah, main Angry Bird siak. " Ni menda pe ni kaler hijau?" tanya gua kat Adam. "Babi." jawab dia ringkas, padat, tepat dan padu. Budak sekarang dah berubah kan. Haha.

Perjalanan naik Genting, macam shit jek. Kereta Ema merangkak je naik bukit. Nasib baik tak kalah ngan bas. Sorang-sorang berat yang amat, lagi-lagi budak tuh. Kesian kat driver. Dah la hensem. Macho lak tu. Sampai atas, puas! Sejuk gile. Air mineral dalam kete, terus beku. Tiba-tiba je. Salji pun ada. Si Peah tunggu balak dia, Ajim. Lepas tu terus gerak beratur naik skyway. Pack gila. Beratur lama gak la. Setengah jam. Nasib baik ada jodoh kat sebelah aku. Siap dia bawak mak bapak, nenek, sedara, bibik. Jeling je dia tengok aku. Dalam hati aku, konfem dia nak goda aku ni. Aku steady jer. Dah biasa da kena jelingan manja macam tu.

Perghh. Letih la menaip. Nanti la aku sambung lagi. Bulan depan pulak. Nak layan movie lak. Babai. 


 best damn weekend?




Hari tu member-member masuk air gua datang KL, planning nak gi Genting. Gua teruja! Serius lama tak lepak ngan dorang. Semua masuk air, yang sorang lagi tu betul-betul "masuk air". Hahahahaha

Masuk lepas kul 7, guna evening pass punya. So, kitorang lepak-lepak je la pusing kawasan tu. Pi kasino jap. Dah dapat 5,6 juta gua blah la. Hari tu, ada 2 orang member aku "mengandung" lepas main. Memang kena bahan kaw-kaw la. Aku ngan Ema je steady. Hahaha. Kan Ema kan. Turun guna skyway, masa dalam gondola tu, si Tishim ni tafsir satu sign ni. Sign ular takleh makan katak katanya. Macam siot jek. Malam tu stay hotel. Lepak kat mamak sampai kul 2 pagi, pastu kena kejar hanjing. Sial. Laju je aku pecut tinggal Ema ngan Tishim. Bukan lari sebab takut, tapi sebab nak amik kayu nak pukul hanjing tu. 

Lepas lepas Genting, nak gerak gi Sungai Gabai, tapi tak dapet sebab ada emergency si gemok tu, tapi kena pick-up Farah dulu. Adoyaii.. Orang suruh tunggu kat Zoo Negara, dia bantai jalan sampai OU. Orang suruh stop, dia tak stop. Nak jugak cari Petronas. Makin lama makin jauh la. Wan dah maki-maki dalam kete. Aku, macam biasa la. Cool. 

Sampai Banting, naik Bukit Jugra. Lepak-lepak macam kat balai cerap je. Cuma nampak laut je la, rumah sikit, awek MU tudung merah pun ada. Pegh. Mengancam. Tapi gua steady. Tak macam Wan, dah menggigil-gigil sawan tengok awek cun. Hamsab gila perangai. 

Tumpang maghrib kat rumah si gemok, sekor-sekor terus kepit. Takde dah mulut luas, bising-bising macam dalam kete. Gud-gud je. Hahahaha.

Kitorang gerak pi Putrajaya lepas tu, tinggal si gemok tu kat rumah sebab dia taknak tinggal AJL katanya. Apa nak buat kalau dah suara sumbang takleh jadi penyanyi, setakat tengok dalam tv je la pastu bajet diri sendiri masuk AJL. Macam tu la perangai si gemok tu. Kitorang pusing-pusing Putrajaya pastu lepak kat mamak. Farah belanja sebab ganti rugi untuk kes petang tadi katanya. Sengal jek nak pow Farah. Dah la muka dia innocent jek aku tengok.

Kesimpulannya, aku letih nak serita semua yang jadi masa trip nih. Banyak sangat. So, sikit-sikit macam ni jek aku dapat cite. Khas untuk Nikna. Tak jeles ke? Hahahahaha

 kata-kata kesat untuk Anonymous

Due to extremely disturbing content in this post, please jump inside. Parental discretion is advised.



Friday, January 27, 2012

 ringankan tangan, kurangkan bebal

Kenapa orang sekarang ni ringan sangat tangan nak sapu barang orang lain? Dah takde fulus ke nak beli? Kok ye pun tak ada duit, jangan la main sebat aje. Orang lain tertinggal barang, kalau jumpa, letak la kat lost & found. Kalau dah malas sangat tapi hati putih, buat la notis. Kalau malas lagi tapi hati putih jugak, pesan la kat sapesape yang rajin dan berhati putih buat notis.

Tapi kalau dah terbiasa buat, tak putih sangat la jadinya. Mula-mula pow pen, pastu pow stapler, bila da selalu buat, pow kabinet fail pulak. Lepas ni apa? Enjin jet? Kontena 40 kaki? Kasut getah? Mesin fotostat? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit der. Haram tau.

Tau tak hukum luqatah? Hukum luqatah tu hukum jumpa barang orang lain. Jika jumpa sesuatu barang bukan milik kita, hendaklah dihebahkan selama setahun, pada minggu-minggu awal, perlu dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya perlu dihebahkan mengikut kesesuaian. Lepas setahun tidak dituntut, baru la boleh ambik jadi hak milik sendiri. Ni bukan setahun, baru je semalam. Hebahan pun takde.

Hmm...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang kaya bukanlah orang yang banyak hartanya, akan tetapi hakikat orang kaya adalah orang yang kaya hatinya.

(Riwayat al-Bukhari)


Sekadar berkongsi. Jazakallah khairan.


Hukum Luqatah



Thursday, January 26, 2012

 akak

Akak, pelis la. Kita duk bawah satu bumbung bas. Kita sama-sama berteduh dari hujan panas sebelum sampai destinasi masing-masing. Kita sebelah menyebelah aje. Bukan ber-ela ela. Tolong la jaga orang lain punya comfort jugak. Saya mau tido. Bukan mau gado. Agak-agak la. Cuaca elok je panas, hati saya lagi mau bikin lagi panas ke.

Akak, jangan la pikir akak sorang je bayar tiket bas. Orang lain bukan lompat naik. Bapak saya beli tau tiket bas tu. Jangan buat macam tu. Kita kan satu malaysia. Mau hormat menghormati maa. Akak tak nampak ke orang lain bernanah je tengok akak? Kalau tak nampak orang lain, takkan saya pun akak tak pandang? Saya tau saya manis, tapi terang benderang ni.

Akak, pelis la. Saya tak tahan da ni. Da macam dalam konsert dangdut ni. Tutup la lagu tu. Bising la mangkok! Please la buy some cheap earphone for others' sake!

Thursday, January 12, 2012

 gua marah

Rageeee



Semalam Rabu. Hari ni Khamis. Aku dah terlepas raburabak. Oh man! Ni semua kerja punya pasal. Komitmen aku dah teralih serta merta kearah kerja. Masa nak bermain pun singkat. Kerja dari pukul 8.30 sampai 5.30. Pung pang pung pang dalam dekat-dekat pukul 6 jugak la aku balik. Sampai rumah dah dalam 6 setengah. Lepak-lepak kejap dah maghrib. Malam-malam tido awal. Sebelum pukul 12 dah lentok. Ni baru kerja kat hq. Kalau outstation kat Gebeng lagi haru. Kerja sepatutnya 5 hari seminggu, tapi arahan macam suruh kerja 7 hari seminggu. Pandai-pandai la cuti.

Ini la jadi kalau management campur dengan birokrasi yang sangat, amat, terlalu, terlampau, ekstrem, super, bukan alang kepalang bangang. Aku dibawah, dihantar kesana sini lebih teruk daripada anjing kena sepak. At least anjing kalau kena sepak, boleh dia kokak je betis tu. Tapi ni dah macam lembu kena cucuk hidung. Kalau bersuara, bantah arahan, kena sound. Kalau tak boleh ikut arahan, berhenti kerja je la. Macam hantu mulut.

Aku tak tido pun dia kata aku tido. Sengal punya makhluk. Dia siap pesan kat orang lain suruh sampaikan amaran dia kat aku. Nak cakap depan-depan tak berani. Tau takut ngan aku. Kalau aku tido sekalipun, suka hati aku la. Waktu lunch kot. Nak rehat jap pun tak boleh ke? Takut sangat apa orang lain kata. Macam lalang je. Kiri kanan kena tiup. Patut la orang lain tak berapa nak senang dengan dia.

Macam-macam hal jadi minggu ni. Semuanya menda kecik nak diperbesarkan. Memang la bos. Bos tak bos. Sape buat taik ngan aku, aku biar je la. Aku kan melayu. Melayu kan memang dah diturunkan setiap generasi sikap laissez-faire. Terbukti dalam buku Dilema Melayu tulisan Tun M. Buku tu memang eye-opener la. Sangat detail tentang kemunduran dan sebab terbelakangnya melayu. Insyaallah aku akan tulis pasal buku tu. Haha. Pasal kerja, persetankan dulu, arah la pape yang rasa patut. Aku ikut je. Tapi kalau weekend ni suruh aku kerja jugak, memang aku bakar pejabat ni!





Tuesday, January 10, 2012

 student power?

Quoted Badrul Hisham,

" Ramai budak-budak yang lantang, berkobar-kobar berteriak fasal student power, kebebasan akademik, bla bla bla, masa jadi student je tu. Bila dah kerja, semua senyap jadi tikus. Masing-masing tak berapa nak bersuara. Takut hilang kerja punya pasal. "

Aku rasa, pretty damn right. Masa belajar, semua jadi singa, nak tegakkan hak mahasiswa. Bila dah kerja, menikus dalam lubang je.

Nasihat kepada brader-brader, aweks-aweks yang duk berteriak nak bebas. Habiskan study dulu. Dah grad, pulun la nak pulun gila-gila hak kebebasan, politik bagai. Kalau study tak habis macam mana lu orang nak survive? Dah kena tendang u, jangan harap la nak masuk balik. Kalau diri sendiri tak boleh nak survived, macam mana ko nak tegakkan hak orang lain.

Lagipun aku rasa, tak rasa terkongkong sangat pun dalam universiti sekarang. Bebas je. Mungkin aku tak faham. Mungkin aku bodoh dalam hak kebebasan. Tapi aku tak silap step. Jangan obses sangat. Apa-apapun belajar dulu. Strategi mesti ada. Jangan act guna kepala otak. Guna kepala lutut lain kali. Hahaha.



style dia best. guna kepala lutut.

Sunday, January 8, 2012

 life cycle


Sambil gua duk baring gua pikir apa nak buat untuk esok. Gua pikir. Pikir dan pikir. Gua terlelap. Laptop terpasang lagi citer The Proposal. Esoknya gua bangun, dah pagi. Bancuh kopi, bakar roti, rebus telur. Lepak kat meja kopi, kaki silang panggung sambil baca surat khabar. Nikmati udara pagi. Seronok.

Sesudah baca paper, gua on pc, check email, layan 9gag, blogserius, blog khalis, beautifulnara, blackmikimiki, update facebook, twitter. Tagged gua tak main sebab gua tak miang. Tepat pukul 11 gua stop luncur alam maya. Gua bosan.

Gua sauk selipar Clarks hadiah awek gua, gua tak pakai fipper dan adik beradik nya sebab kaki gua lembut sangat. Lembut-lembut fipper pon kaki gua rasa keras lagi. Tak selesa. Sebab tu kalau gua menapak kat muka orang lain, diorang tak sakit. Gua jalan-jalan keliling rumah, tengok cacat cela, apa yang cela, gua betulkan, apa yang dah elok, lantak la.

Sedar-sedar dah tengah hari. Panas. Tak boleh kena panas sangat. Cair nanti. Gua masuk dalam, bukak buletin 1.30. Sambung terus ngan Melodi. Takde input langsung. Bagi gua, tu rancangan sampah. Sibuk nak bukak kain orang lain. Kang dah carik, nampak betis gebu takpe lagi. Kalau sampai nampak itu ini. Haru.

Lunch lepas solat. Makan ringan-ringan je. Jaga body. Paling berat pun makan nasi. Nasi impit. Petang gua penuh dengan aktiviti. Gua dah tekad taknak jadi macam dulu lagi. Berat naik berganda, lemak penuh berjela. Sekarang ni hidup gua hidup sihat. Gua taknak pisang berbuah dua kali. Rugi.

Malam lepas dinner terus masuk bilik. Gua baring atas katil tilam Vono. Sambil gua duk baring gua pikir apa nak buat untuk esok. Gua pikir. Pikir dan pikir. Gua terlelap.



*****


Fantasi hidup lepas bersara nanti. Haha.

Ni gua qada 2,3,4 hari tak update blog. Takde modal. Si Nikna beria sangat suruh update. Gua update dah ni sambil jaga dokumen sulit, sebijik macam jaga exam. Bosan. Gua ngantuk, memerlukan peraduan yang efektif.



current desktop wallpaper


Sunday, January 1, 2012

 awal-awal dah spoil

1 Januari 2012.

Baru sehari dalam 2012. Dah macam-macam jadi. Dari kisah dalam negara sampai luar negara. Hidup ni penuh dengan kepelbagaian. Satu hari je, dah macam-macam kaler ada. Tak tahu la baki 365 hari lagi macam mana. Tahun ni tahun lompat. Spesel kot.

Aku tak tahu apa kesah mahsiswa UPSI ni. Motif? Si FRU pun bangkek gak. Ada yang cakap bukan FRU, tapi LSF. Tak kira la. Polis jugak. Bukannya budak-budak tu bawak parang, pisau rambo bagai, apatah lagi mesin gan. Kenapa mesti guna kekerasan cota, baton dan shield korang? Diorang pakai t-shirt, yang abis hensem pakai kemeja. Korang, pakai helmet, shinpad semua tu. Kenapa mesti sampai nazak budak tu korang tapau? Tak tahu mana betul, polis atau mahasiswa.

Jam 2.28 petang waktu doraemon, Jepun lagi sekali dilanda gempa bumi. Kita di Malaysia senang lenang melepak di dataran, tengok MU kalah. Ada yang pergi countdown sama ngan Ustaz Azhar and the gang. Jauh lagi ok daripada duk melalak, melaung kat dataran tu. Paginya bersepah kondom. Ada pesta tiup belon barangkali. Tu pon ada makhluk cakap Ustaz Azhar melaghakan. Aku di sini macam bangang dalam site. Orang lain cuti. Kami kena kerja. Mana keadilan nya ni. Ni nak demo gak ni.

#PrayForJapan

 penghujung 2011 awal 2012

Aku tension. Fabrik baju makin lama makin teruk kualitinya. Zaman dah maju, tapi pengeluar fabrik tak pandai nak tingkatkan kualiti. Baju ni makin lama makin kecik pulak. Pantang lama tak pakai, cepat benor kecut eh. Dah macam balut nangka. Mencik taw.

Aku tension. Kenapa kalau kedai pakaian kecik pompuan, pompuan yang jaga. Kedai pakaian kecik lelaki pun pompuan yang jaga. Sexist ni. Kenapa tak letak lelaki yang jaga kat bahagian pakaian kecik pompuan. Baru fair and square. Ni tak, dua-dua bahagian kaum awek nak bolot. Malu tau. Haha.

Yang paling tension, ape pasal MU boleh kalah semalam? Ada tiga teori. Teori pertama, kaki Nani baru lepas bekam, efek kat dia punya tendangan. Yang tu melencong entah kemana-mana tu. Teori kedua, Nani baru lepas kena injek kat otak dengan adamantium. Sebab tu main macam taik, selfish bajet star, taknak pass kat orang lain, keras kepala, Nani memang bangang. Teori ketiga yakni yang penghabisan, Nani benci Ferguson. Dia taknak Ferguson hepi sambut birthday. Dia nak Ferguson meratap merayu dengan dia supaya score gol. Tapi apa Fergie kesah. Konklusinya, Nani bangang. Tak pasal-pasal aku kena bahan ngan budak pendek tu. Semangat je dia anta mesej. Time MU menang besar aitu tak pulak dia nak bahan. Dasar.

Anyway, selamat tahun baru 2012. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan yang paling penting, ditetapkan iman. Hidup sampai new year 2058 pun tak guna kalau iman takde. Selamat~




masih ingat lagi?