Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

 penghujung 2011 awal 2012

Aku tension. Fabrik baju makin lama makin teruk kualitinya. Zaman dah maju, tapi pengeluar fabrik tak pandai nak tingkatkan kualiti. Baju ni makin lama makin kecik pulak. Pantang lama tak pakai, cepat benor kecut eh. Dah macam balut nangka. Mencik taw.

Aku tension. Kenapa kalau kedai pakaian kecik pompuan, pompuan yang jaga. Kedai pakaian kecik lelaki pun pompuan yang jaga. Sexist ni. Kenapa tak letak lelaki yang jaga kat bahagian pakaian kecik pompuan. Baru fair and square. Ni tak, dua-dua bahagian kaum awek nak bolot. Malu tau. Haha.

Yang paling tension, ape pasal MU boleh kalah semalam? Ada tiga teori. Teori pertama, kaki Nani baru lepas bekam, efek kat dia punya tendangan. Yang tu melencong entah kemana-mana tu. Teori kedua, Nani baru lepas kena injek kat otak dengan adamantium. Sebab tu main macam taik, selfish bajet star, taknak pass kat orang lain, keras kepala, Nani memang bangang. Teori ketiga yakni yang penghabisan, Nani benci Ferguson. Dia taknak Ferguson hepi sambut birthday. Dia nak Ferguson meratap merayu dengan dia supaya score gol. Tapi apa Fergie kesah. Konklusinya, Nani bangang. Tak pasal-pasal aku kena bahan ngan budak pendek tu. Semangat je dia anta mesej. Time MU menang besar aitu tak pulak dia nak bahan. Dasar.

Anyway, selamat tahun baru 2012. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan yang paling penting, ditetapkan iman. Hidup sampai new year 2058 pun tak guna kalau iman takde. Selamat~




masih ingat lagi?

Saturday, December 31, 2011

 sorotan 2011

2011. Sama seperti tahun-tahun yang sudah. Cepat berlalu. Macam tak nyempat nak tunggu aku yang lembap dalam bab kejar mengejar ni.

Daripada Anas bin Malik R.A. berkata : Rasulullah S.A.W bersabda; “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api”.

Tahun yang 1001 makna dalam hidup aku.

Januari : Entah den dah lupa pe yang terjadi. Konkusi teruk bulan 1 sampai blackout semua ingatan. Wakaka

Februari : Trip ke Korea. Blog ni diberanakkan.

Mac : Train trip + wedding kakak aku. Thanks Nina, Capt & Ain.

April : Tanjung Balau revisit. Naik basikal keliling UTM dari pukul 2 sampai 11. Keje gila ngan nina & timok masa study week.

Mei : Menghabiskan sisa sisa terakhir nak hadap final exam and viva PSM.

Jun : Dream came true. MASUM 2011. Korang memang terbaek!

Julai : Hibernate di rumah. Menghabiskan bekalan makanan untuk setahun. Kesannya; jadi snorlex. Perhentian and Kenyir trip.

Ogos : Lapor diri kerja. Bermulalah sengsara berpanjangan.

September : Raya di perantauan. Gua konvo dowh!

Oktober : Nothing interesting. Rot at Gebeng. Spend my days dengan blog.

November : Reunion (?) kat UTM. Teringat kat depa. 1001 faces of SSZians.

Disember : Here I am. Masih dipanjangkan umur. Banyak menghabiskan masa di Putrajaya, Bangi dan Kajang.

2011 gonna end. Gonna stop what I should stop.

2012, I welcome you with hugs and kisses. Be nice to me eh.

BTW, ni post ke 150. Hahaha