Monday, June 25, 2012

 she





‎"If a girl is stupid enough to love you after you broke her heart, I guarantee you, she is the one."

-Facebook Amil












Thursday, June 21, 2012

 dalam tekanan




Ko tau tak perasaan kena tinggal dalam lubang najis sekor sekor tengah malam buta? Maca tu la perasaan aku sekarang ni. Geli geleman. 

Aku tak pernah lagi syial jumpa manusia gampang gila macam dia ni. Nak cakap rasis, memang rasis. Nampak sangat. Terang. Bodoh macam keladi pun iye. Satu lagi sifat dia ni yang boleh dikatakan paling busuk, suka mendengki. Bila elemen ni campur gaul sekali, memang jadi la manusia terrifically paling annoying. Kalah Sheldon. Aku tak pernah jumpa manusia pendengki macam ni sekali. Bingai macam sial. 

Betul apa mak aku pesan masa aku mula-mula kerja dulu, bulan lapan tahun lepas, aku akan jumpa macam-macam jenis keranah manusia dan buat masa ni dia berpotensi dan berkebolehan buat aku migrain.

I'm in really really deep stress right now. Bukan aku sorang, ramai lagi. Kalau nak uji mental tahan ke tak, sila lah keje kat tempat aku. Aku cukup 3 bulan probation, memang lepas confirm, memang straight masuk tanjung mokte. 

Member aku asyik pesan; Rezeki ada kat mana-mana. Jangan risau. Kalau takde kat sini, tempat lain  ada. Sabar der.

Aku percaya.   




Friday, June 8, 2012

 kuli

Sape suka jadi kuli? Aku tak suka. Pi mampos la kalau ada orang yang suka. Tapi satu jenis kuli je yang aku sanggup. Macam mamat kat bawah ni. Nama dia Xavi Garcia, official stringer untuk Nadal kat Babolab. Keje senang, gaji masyuk. 







Bila da cukup duit nanti, aku berenti keje, aku buat bisnes. Jual kerepek pun jadi. Joint venture bukak bakery ngan akak aku ke. Masa flexible, biarla ada turun naik kewangan pun. Duit penting, tapi aku rasa masa aku untuk lepak lagi penting. Ni bukan definisi untuk pemalas. Jangan salah faham. 

Tensen. Sabtu Ahad keje. Tak remaja la gini. 






Thursday, June 7, 2012

 bodoh piang




Kena marah dah jadi makanan kat kilang ni. Kalau tak kena marah macam tak lengkap hidup kilang ko. Tak de pasal pun kena marah gak. Memang fuck-up abes la life kat sini.

Tadi bos QC duk ribut-ribut marah-marah aku. Padahal anak buah dia yang tak tau nak jawab apa aku tanya. Aku pulak kena marah ngan dia sebab aku tanya macam-macam. Tanya salah, tak tanya lagi la salah. Fuck. Dia menuyumpah macam gampang dah, sekali dia pandang aku, aku pandang dia, aku sengih je. Serius aku buat muka macam hepi gila babi. Automatik dia stop membebel. 

Padan muka ko pendek, ko marah aku ko ingat aku nak tunjuk muka hangin aku depan ko. Aku sengih, terus ko psycho. Tu baru sengih buat muka hepi, kalau aku sengih macam muka perogol bersiri? Lagi haru ko. 







Wednesday, June 6, 2012

 kawan kawen


Alhamdulillah. Selamat sudah sorang SSZians. Dah jadi bini orang dah. Fuhh. Takleh da nak bergelak ketawa lebih-lebih. Nanti kena cepuk ngan laki. Takleh dah nak lepak dengar petua dia. Takleh dah nak bahan-bahan. Takleh dah nak gurau lebih-lebih. Takleh dah nak gelak-gelak macam dulu. Sekarang dah lain. 

Aku tunggu kenduri SSZians lain pulak sebab masa tu la nak gather sume balik. Syok siak. Hepi sebab member kawen, hepi sebab dapat lepak sama-sama ramai-ramai lagi. Sengaja siak balik lewat ari tu sebab nak lepak ngan member. Sempat gi OU, makan kek, gelak sama-sama, siap jumpa Rita Rudaini bawak anak dia lagi. Last-last pukul 10 jugak naik bas. Takpe, member punya pasal. Manly tears syiak. Thanks a lot guys, gurls.

Tahniah Iju&Pojie!



















p/s: betting officially done. i won! booooo... HAHAHAHAHAHHAHA





Friday, June 1, 2012

 kisah dongeng - alyah



Long long time ago, in a kingdom far far away...


Pada zaman tu, dalam sebuah negara, ada satu rejim yang boleh dikatakan kejam, tak berperikemanusiaan dan berhati lembu. Sengal pun ada la sikit. Rakyat yang diperintah berada dalam kesengsaraan, ketidakpuasan hati dengan sistem kerajaan pada masa itu. Belum dikira kemunduran dari segi ekonomi, ketidak-efisyen-an sistem pelajaran, kekurangan peluang pekerjaan, korupsi berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dihitung secara teliti menggunakan prinsip nisbah, jumlah yang kerajaan bagi dan jumlah yang kerajaan kaut balik memang tidak setimpal, langsung. Rakyat jelata pada zaman itu bukan jenis tidak tahu bersyukur,bukan ibarat pepatah melepaskan anjing tersepit, malah bersifat kacang lupakan kulit jauh sekali. 

Rakyat cuma mahukan keadilan daripada pemimpin yang dilantik oleh titik peluh mereka pergi beratur di pos undi. Ya, pada zaman tu wujud konsep demokrasi tapi istilahnya lain, Berakrasi. Titik pulang modal rakyat mengayuh basikal, tendang starter moto yang tak mau-mau idup, menumpang lori semata-mata nak mengundi pemimpin kesayangan mereka. Malangnya, selepas hampir sepenggal pemerintahan, perubahan yang diharapkan masih belum tercapai. Apa yang pemimpin tertinggi mampu buat hanyalah sengih dan sengih dan sengih macam kerang kena kopek. 

Ini tak boleh jadi, kata beberapa puak yang tidak berpuas hati. Jadi dengan berbekalkan perasaan marah dan rage yang membuak-buak, mereka melancarkan beberapa kempen dan mengadakan demonstrasi di jalanan untuk menyedarkan rakyat. Pemerintah pada masa itu terus menggelabah dan melatah dengan mengerahkan balaci-balaci agensi penguatkuasaan menunjukkan kekuatan dan keperkasaan masing-masing. Dengan menggunakan konsem tag 'em and bag 'em, ramai rakyat jelata yang lantang menentang pemimpin dikeronyok bagai kertas surih 20gsm. 

Namun, kebangkitan rakyat bagai tidak dapat dibendung lagi. Api perang di atas talian yang sekian lama telah membara menjadi semakin besar, ibarat dicurahkan minyak petrol RON95 bersubsidi kerajaan. Ya, zaman tu dah ada internet dan ya, zaman tu juga dah dijumpai sumber tenaga menggunakan petrol, namun diesel belum. Sekali lagi, kerajaan pada zaman tu tidak meng-expect menda seumpama ini akan berlaku. Iklan mengampu kerajaan semakin giat di tayang di tiub-tiub media kerajaan. Tokey-tokey saluran tebesyen pada masa tu boleh dikatakan tido berbantal dan berselimutkan not-not hijau. 

Tapi rakyat tidak buta pada zaman tu, sudah celik. Mereka kepingin sumber berita yang sahih dan tidak bercampur aduk dengan dakyah mengarut dan pembohongan para pemimpin mereka lagi. Mereka mempunyai berita atas talian yang ternyata jauh lebih tulus daripada berita jam 8.

Seperti filem-filem yang berkisahkan kekejaman pemimpin, kebebasan rakyat untuk bersuara dan mengkritik kekurangan kerajaan lambat laun pasti akan disekat. Dan itulah yang terjadi pada zaman itu, apabila kerajaan mengumumkan penggubalan satu akta khas bagi mempertanggungjawabkan sesiapa sahaja yang bersuara mengkritik, membahan dan mengeji pemimpin atasan di atas talian, akan dikenakan hukuman. Tidak lama lagi mungkin akan timbul akta pengharaman media cetak anti-kerajaan. Yang tinggal untuk dibaca dan dihadam oleh rakyat hanyalah akhbar dan media yang mengampu, menabur janji manis dan menjilat bontot pemimpin mereka.

Ini cerita berlaku pada zaman dinasour dulu kala. Masa tu masing masing masih bercawat lagi, namun pemikiran mereka melangkaui zaman. Siap ada internet bagai.