Friday, June 1, 2012

kisah dongeng - alyah



Long long time ago, in a kingdom far far away...


Pada zaman tu, dalam sebuah negara, ada satu rejim yang boleh dikatakan kejam, tak berperikemanusiaan dan berhati lembu. Sengal pun ada la sikit. Rakyat yang diperintah berada dalam kesengsaraan, ketidakpuasan hati dengan sistem kerajaan pada masa itu. Belum dikira kemunduran dari segi ekonomi, ketidak-efisyen-an sistem pelajaran, kekurangan peluang pekerjaan, korupsi berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dihitung secara teliti menggunakan prinsip nisbah, jumlah yang kerajaan bagi dan jumlah yang kerajaan kaut balik memang tidak setimpal, langsung. Rakyat jelata pada zaman itu bukan jenis tidak tahu bersyukur,bukan ibarat pepatah melepaskan anjing tersepit, malah bersifat kacang lupakan kulit jauh sekali. 

Rakyat cuma mahukan keadilan daripada pemimpin yang dilantik oleh titik peluh mereka pergi beratur di pos undi. Ya, pada zaman tu wujud konsep demokrasi tapi istilahnya lain, Berakrasi. Titik pulang modal rakyat mengayuh basikal, tendang starter moto yang tak mau-mau idup, menumpang lori semata-mata nak mengundi pemimpin kesayangan mereka. Malangnya, selepas hampir sepenggal pemerintahan, perubahan yang diharapkan masih belum tercapai. Apa yang pemimpin tertinggi mampu buat hanyalah sengih dan sengih dan sengih macam kerang kena kopek. 

Ini tak boleh jadi, kata beberapa puak yang tidak berpuas hati. Jadi dengan berbekalkan perasaan marah dan rage yang membuak-buak, mereka melancarkan beberapa kempen dan mengadakan demonstrasi di jalanan untuk menyedarkan rakyat. Pemerintah pada masa itu terus menggelabah dan melatah dengan mengerahkan balaci-balaci agensi penguatkuasaan menunjukkan kekuatan dan keperkasaan masing-masing. Dengan menggunakan konsem tag 'em and bag 'em, ramai rakyat jelata yang lantang menentang pemimpin dikeronyok bagai kertas surih 20gsm. 

Namun, kebangkitan rakyat bagai tidak dapat dibendung lagi. Api perang di atas talian yang sekian lama telah membara menjadi semakin besar, ibarat dicurahkan minyak petrol RON95 bersubsidi kerajaan. Ya, zaman tu dah ada internet dan ya, zaman tu juga dah dijumpai sumber tenaga menggunakan petrol, namun diesel belum. Sekali lagi, kerajaan pada zaman tu tidak meng-expect menda seumpama ini akan berlaku. Iklan mengampu kerajaan semakin giat di tayang di tiub-tiub media kerajaan. Tokey-tokey saluran tebesyen pada masa tu boleh dikatakan tido berbantal dan berselimutkan not-not hijau. 

Tapi rakyat tidak buta pada zaman tu, sudah celik. Mereka kepingin sumber berita yang sahih dan tidak bercampur aduk dengan dakyah mengarut dan pembohongan para pemimpin mereka lagi. Mereka mempunyai berita atas talian yang ternyata jauh lebih tulus daripada berita jam 8.

Seperti filem-filem yang berkisahkan kekejaman pemimpin, kebebasan rakyat untuk bersuara dan mengkritik kekurangan kerajaan lambat laun pasti akan disekat. Dan itulah yang terjadi pada zaman itu, apabila kerajaan mengumumkan penggubalan satu akta khas bagi mempertanggungjawabkan sesiapa sahaja yang bersuara mengkritik, membahan dan mengeji pemimpin atasan di atas talian, akan dikenakan hukuman. Tidak lama lagi mungkin akan timbul akta pengharaman media cetak anti-kerajaan. Yang tinggal untuk dibaca dan dihadam oleh rakyat hanyalah akhbar dan media yang mengampu, menabur janji manis dan menjilat bontot pemimpin mereka.

Ini cerita berlaku pada zaman dinasour dulu kala. Masa tu masing masing masih bercawat lagi, namun pemikiran mereka melangkaui zaman. Siap ada internet bagai.        




3 comments:

SM said...

tolong tarik aku keluar dari zaman dinasour ni!

naqib faiz said...

hahahah.. aku pon xnak idup zaman dinosor. kena ngap sng2 je

azri_malaya said...

ape kau merepek ni labu