If I want something I have to earn it right? Or left. Lame joke. Boo.
Let's say, aku nak sebiji iPhone, harga menatang dalam two thousand something. Aku kena la pulun habis-habisan jimat. That means, aku kena save duit gaji, elaun, duit tips tari tiang tiap-tiap weekend, just for this stupid thing. If you think that thing is stupid, which in this case, iPhone, in which I just take it as an example. Contoh! Go on. Aku kena limitkan perbelanjaan. Kesannya aku tak boleh nak berjimba-jimba dan hu ha hu ha sangat.
In the end, aku afford untuk beli bukan sebijik tapi dua bijik iPhone. See. Not that hard nak earn something yang digilak-gilakan. Kena korban sedikit nafsu serakah tu. Yang penting jangan malas. Macam aku tulis dalam entri sudah.
Jangan malas macam babi. Malasnya babi ni, sampai nak makan pun dia hadap je apa yang kat depan. Taik pun taik. Janji masuk perut.
Kasar ke? Kalau kasar tukar perkataan tu jadi swine, khinzir takpun piggy. Kiut sikit.
Tapi itu teorinya. Praktikalnya belum tentu aku boleh buat. Memerlukan keazaman yang tinggi macam yang aku pernah belajar dalam Biologi Tingkatan 5 Bab 4.
Alangkah baiknya kalau benda yang digilak-gilakan itu bukan sekadar kebendaan saperti iPhone tetapi jauh lebih besar dan bermakna daripada itu, al-Jannah. Konsep dan filosofi yang sama tapi dugaan dan cabaran yang sangat berbeda.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itu lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuinya. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". itulah kemenangan yang besar
(Surah al-Saff, ayat 10-12).
Better right your way right now.