Friday, February 3, 2012

salam jumaat


Gua nak dengar something yang gua rasa something tu awesome. Setakat ni gua tak dengar lagi. Yang agak awesomenya, heboh pasal Safee Sali dapat gaji 30 ribu seminggu. Tu pun tak berapa nak awesome. Geng-geng LHDN barangkali tengah syok duk buat kira-kira. Ada lagi sorang mangsa katanya. Memang kaw la kena bayar cukai nanti. Haha. 

Cam syok je dapat gaji 30 riban seminggu. Orang cakap tak abis nak guna. Aku cakap, ye ke tak abis. Kalau dapat kat aku, try tengok. Kejap je abis. Bantai beli tanah 3,4 bidang, kereta dua cukup, Ferarri ngan Aston Martin, pastu buat amal jariah sikit. Sedekah kat masjid, rumah anak yatim. Kejap je habis not dalam bank. Silap-silap, 2 bulan gua dah muflis. Hahaha. Tapi rezeki lu la bro. Semoga duit tu digunakan jalan yang sepatutnya. Gua respek lu. Lu main hebat. 

Duit banyak syok, tapi duit melebih-lebih gua taknak. Bontot besar nanti. Syukurlah rezeki apa yang ada. Selagi gua tak kebulur makan pasir, gua hepi. Walaupun kekangan hidup, gua tetap hepi. Kadang-kadang pikir balik, masalah yang bertimpa-timpa datang, bila dah boleh setelkan semua, gua rasa bangga sebab gua berkemampuan mengatasi semua cabaran tu. Pergh. Ayat macam iklan 100 plus. Tapi betul la. Susah kot nak setel certain problems. Tapi, at the end of the day, you walk home as happy as a dolphin can be. Oink oink. 

Selamat ber-jumaat!




No comments: