Saturday, February 25, 2012

muka gua muka longkang ke?


kechelakaan kali ketiga



Aku ni memang alergik ngan longkang. Kalau ada orang kata muka aku muka longkang memang aku lempang laju-laju. Dah dua kali kejadian longkang dalam idup aku. Nak dijadikkan cerita, ari tu aku gi pool kat Danau. Bajet nak lepak-lepak dalam pool. Kata orang swimming baik kalau nak rehab, takpun nak legakan muscle. 

Hari tu, aku tanpa banyak bunyik terus menghala ke swimming pool dalam UKM. Dah la dalam perjalanan pergi moto aku buat hal. Minyak abis. Terpaksa wat muka market mintak minyak ngan ada sorang pakcik ni. Lepas tu pecut gi kolam. Renang punya renang, dah kat pukul 7.

Cepat tol masa berlalu. Tak sempat nak sambung kuak lentang 5 round. Tepat je pukul 7, si mamat pakai rayban buat muka poyo bajet gudgud sambil tiup wisel suruh semua orang naik. Hangin doh aku. Aku tak boleh kalau ada orang kacau aku beriadah. Aku buat bodoh jek. Last-last dia guna taktik kotor nak halau aku. Dia masukkannya klorin banyak-banyak.

Sial aku cakap. Nasib aku ni bukan ikan. Kalau tak memang berbuih la aku. Sebagai balasan, aku tinggalkan cecair kuning panas dalam kolam tu. Terus menapak ke bilik persalinan. Bilas badan lebih kurang je. Kat rumah boleh mandi lagi. 

Masa nak balik tu, aku pakai selipar jalan atas simen. Member aku pulak banyak bunyi, sound aku jangan jalan atas simen pakai selipar. Aku sebagai menghormati sound dia, aku nak beralih arah la. Elok je aku pijak penutup longkang kaler plastik putih tu, tiba-tiba bunyi peraappp. Dalam hati aku, ahhh sudah. Tak semena-mena kaki aku terjerumus dalam longkang tu. 

Perghh. Menda alah penutup longkang tu pecah pulak. Kaki aku terperosok jauh kedalam longkang. Spontan reaksi aku tak mempedulikan orang-orang belakang. Telinga aku pantas menangkap kedengaran orang mengekek. Sial. Cepat-cepat aku tarik kaki, pecut lari. Malu woi. Sakit pon dapat. Kesannya, kaki aku berbelang harimau malaya sampai betis. Aku tak salahkan berat badan aku. Aku salahkan penutup longkang tu yang tak boleh tampung berat 65kg macam aku ni.


6 comments:

ae said...

haha..bajet kurus ke?haha 65kg.wlhal 85kg....

Hadi Hamzah said...

babi, kencing dalam kolam.

Nina said...

hahha... ko ngan longkang memang ada jodoh baek punye kan.. ahhaks

naqib faiz said...

ae: suke ati la....

hadi hamzah: gua memang camtu.. hobi tuu

nina: tak jodoh sangat laa

Anonymous said...

babi. kencing dlm kolam

azri_batu said...

macam ekzos vespa perangai ko.. preng preng preng preng