Wednesday, February 1, 2012

Genting Highlands: Real Story Unveiled (Part 2)

Final destination.

Punyalah sakai kitorang, masa naik skyway tu masing-masing jerit macam histeria kena rasuk ngan setan. Macam tak pernah naik kete kabel je. Padahal tiap-tiap hari naik ulang alik gi kelas. Tapi view dia, memang terbaik. Siap nampak pokok bonsai gergasi, Ema pulak sibuk nak tunjuk rafflesia gergasi kononnya. Tapi, haghamm. Sorang lagi sibuk duk interpret sign dalam gondola tu. Ular tak boleh makan dalam gondola katanya. Si sengal sorang lagi duk nyanyi sorang-sorang bajet Yuna la kan. Entah pape. Lama jugak la hidup dalam ketakutan dalam gondola tu. 





Disebabkan kelewatan dan kelembapan yang melanda dituruti ribut salji yang kuat serta perut yang menendang-nendang tanda protes, kitorang decide makan dulu baru masuk. Sekali bantai Marrybrown daa. Lepak-lepak jap, taknak rush sangat, nanti heart attack, kitorang menuju ke First World, solat dan buang-membuang apa yang patut. Menarik gak la dapat tengok orang dalam Sky Venture tu. Tengok macam simple, bodoh je formasi dia, tapi susah kot nak buat menda tu. Yang dah biasa buat formasi tu macam tak ada menda, macam senang gila. 


Pukul 7 baru masuk outdoor park, main Pirate Ship. Peah ngan Ajim, kami tinggalkan dengan kejam sebab diorang nak makan jap. Lepas naik sampan lanun tu, mangsa pertama dah mendapat. Turun-turun je terus loya mabuk todi. Duk kejap, muntah. Aku tak boleh berkata apa-apa. Hanya mampu gelak je. HAHAHAHAHAHA. Lepas tu kitorang rilek-rilek je. Main biasa-biasa je. Masa main cawan pusing, bini pertama tak main sebab da loya, lugai perut, aku dapat pulak berita baik, bini kedua pulak loya-loya lepas main cawan tu. Murah rezeki kot hari tu. Muntah jugak akhirnya. Seperti biasa, aku hanya mampu gelak. HAHAHAHAHAHA.








Pastu si gemok tu bajet power cabar aku naik buai Spinner tu. Dia ingat aku tak cukup jantan ke. Last-last dia gak yang tobat tak nak naik dah. "Aku dah serik.. Aku dah taknak naik dah.." lebih kurang macam tu la ratapan dia sambil melutut kat tanah, pukul-pukul kepala tanda menyesal. Buat malu jek. Pengajarannya, janganlah kita angkuh, bongkak, riak dan sewaktu dengannya. 

Ema nak sangat naik roller coster, duk depan sekali. Ada la sorang budak ni, kejap duduk, kejap bangun macam taknak duduk, pastu duduk lagi, pastu bangun tukar seat sebelah pulak. Berbulu je hati aku tengok dia. Hoi! Gua tension. Dia pandang, aku tenung mata dia dalam-dalam. Terpelanting ke belakang dibuatnya. Sengal sangat perangai. Buat macam roller coster mak pak dia punya. Member-member dah pandang aku pelik sebab aku marah budak tu. Aku buat-buat tak tahu, siap bersiul lagi nak tunjuk betapa cool nya hati aku time tu. Last-last, berkat kesabaran aku, dapat jugak la duk kat depan sekali. Syiok woo. Kali ni takde yang jadi mangsa. Alhamdulillah.

Nightmare aku bermula masa nak main Bumper Boat. Kalau ikut ketinggian aku dah lepas banyak dah. Tapi bab berat tu yang aku tak berapa nak lepas. "Maaf, anda tidak berjaya. Berat berlebihan. Sila cuba lagi." Sebijik macam tu la brader jaga bumper boat tu bagitau aku. Jantung aku luruh, hati aku pecah berderai. Siot. Aku kena rejek.Sialan. Konfem kena bahan kaw-kaw pasni ngan dak-dak ni. Monolog aku dalam hati. Tengok-tengok, betul-betul kena bahan ngan si gemok tu. Memang dia takleh tengok aku hepi kot. Ciss. Terus hilang keyakinan diri.




Habis main semua menda, kitorang lepak pusing-pusing kat luar. Ambik feel Korea konon. Tengok persembahan gendang cina, gi kat Doraemon, masuk keluar tandas. Best betul kan. Pukul 12 lebih camtu baru menggelabah nak balik, cari hotel lagi. Nasib baik ada lagi bilik kosong, kalau tak memang tido dalam kete la. Lepak mamak sampai kul 2 dengan Ema ngan Tishim.

Ahad, 10.41 pagi. 

Lepas hantar Peah ngan Ajim kat stesen bas, kitorang gerak ke Ampang Point. Nak jumpa Wan. Pick-up Wan, pastu gerak cari tempat makan. Sampai la kat Kg. Baru. Mam jap, terus gerak ke Zoo Negara janji ngan Farah nak jumpa kat sana. Sampai-sampai je, Farah takde lagi. Rupanya dia sesat sampai ke Damansara mana entah. Nasib baik Wan ada, tunjuk jalan. Lepas tol Penchala baru jumpa dia. Sengal. Orang suruh berhenti, dia terus je. Taknak tunggu. Nak jugak cari jalan sendiri. Haish.

Jalan, jalan, sampai la Banting. Naik Bukit Jugra jap. Tengok view. Stail gak la. Men ketam. Snap-snap gambar, terus turun pergi rumah Timan. Tumpang solat maghrib. Semua behave gila. Menantu pilihan la kononnya. Wan kepit je. Makan pun tak berapa nak bukak mulut. Tishim tak kunyah pon kopok. Main telan je. Pastu buat muka. Kitorang plan lepas solat, nak gi Putrajaya, tapi Timan taknak ikut. Dia tak layan Putrajaya ni. Dah bosan katanya. Padahal nak tengok AJL. Sanggup dia tinggalkan member semata-mata nak tengok hiburan yang melalaikan tu. Ish. Tak patut.




Bukan buat apa sangat pun malam tu. Lepak mamak, sebab Farah nak belanja. Makan la sampai kembong. Dalam kul 12 baru balik. Kena gi Ampang dulu ambik moto Wan, pastu hantar Ema ngan Tishim kat stesesn KTM. Farah pun nak kena ditunjuk jalan yang benar jugak. Dia tu bukan boleh kira sangat. Silap-silap sampai Seremban sesatnya. Lepas tu aku merempit balik ngan Wan. Patah pinggang.

Pengakhirannya, aku sampai rumah kat-kat pukul 3 pagi. Pagi esok tu tak larat nak bangun gi keje. Sampai demam gua. Tapi takpe, peluang berseronok ngan member-member jauh lagi berharga. Fun gila weh..








p/s: BTW, nina ko mesti tak jeles kan? HAHAHAHAHAHA

3 comments:

Hadi Hamzah said...

Babi. Gempak giler program korang. Gua salute lah organizer.


Sapa organizer? Sapa?

naqib faiz said...

ofkos la gua.. hahahahhaha.. nganjing siak

puteri bunian said...

teroro lah paehh.. sampai blh muntah2 terus.. muahaha