Friday, February 10, 2012

gila babi


Masa kecik dulu aku gila main pistol buluh yang guna buah cenerai tu, takpun guna kertas surat khabar basah. Syok. Kalau musim wau, gasing, masing-masing automatik jadi gila dengan sendirinya. Ada yang siap tidur ngan gasing kononnya nak bagi serasi, sebati. Masuk hutan cari buluh nak buat wau, tengok wau sape paling hebat. Tangkap ikan laga, ikan gupi dah jadi darah daging. Yang paling aku gila sekali time berkubang dalam bendang cari ikan haruan, keli, sepat. Memang gila.

Masuk sekolah menengah, dah agak-agak baru nak naik, aku gila main sukan. Tiap-tiap hari main, kalau tak main, tak lengkap cycle. Selalunya tenis, kadang-kadang bola, jarang-jarang je ragbi. Gila tak gila la sampai sanggup bersakit, gadai tubuh semata-mata nak main. Gua pernah kena smash kat muka masa main tenis ngan cikgu gua. Tapi gila punya pasal, gua tak amik port. Alhamdulillah aku tak berapa gila pompuan lagi time tu. Gatal-gatal sikit tu ada la. Tak gila lagi.

Zaman universiti, aku still lagi gila tenis tapi game lain tak berapa nak layan. Kenapa aku gila sangat game ni? Sebab best! Indeed. Masa universiti, aku dikelilingi member-member yang sangat gila. Pendek kata, otak weng, masuk air, wayar putus, sewel, bingai, semua title lain tu boleh bagi kat diorang. Terbaik punya gila.

Lepas keluar universiti aku dah tak berapa nak gila tenis sebab takder partner, masa, tempat dan macam-macam alasan lagi. Aku terpesong ke arah gila masuk gym pulak. Hampir gila bila member aku tarik main golf. Addictive. Baru aku tahu apa perasaan coach aku dulu bila dia sanggup tak tengok kitorang kat tournament semata-mata nak main golf. Tapi yang paling tak boleh blah, why the hell aku jadi gila main angry bird? Damn. Gila babi?