Tuesday, March 15, 2011

kita memang tak reti...

Holla! Maybe entry ni reflect aku sendiri. Tapi aku nak cite jugak. Peduli apa. Ini kan blog aku. Haha. Ok. I've become more and more _________ ( Fill in the blank as you wish.). Hari ni aku nak bebel pasal habit orang kita. Orang Malaysia la, orang mana lagi kan. Tak kira la Melayu ke, Cina ke, India ke, asalkan dalam ic tulis warganegara Malaysia, tabiat semua sama. Perangai je lain-lain. Typical Malaysian bak kata orang puteh.

Yang paling ketara sekali kita memang tak reti beratur. Kalau kat sekolah dulu, masa nak ambik makanan beratur punye la panjang kan. Pastu selamba je abang-abang senior potong queue. Perghh. Bikin gua panas. Senior tak senior. Pastu mula la sumpah seranah. Bila dah jadi senior, aku pulak jadi besar kepala potong queue. Nak balas dendam punye pasal, tapi kat junior. Last-last semua main potong line jer. Kat mana-mana pun sama. Pantang kena beratur je mesti ada makhluk yang nak potong barisan. Tak kira la tua ke, muda ke, ada je makhluk jenis macam ni. Try tengok kat Jepun even diorang kebulur takde makanan, diorang still beratur panjang nak ambil catuan makanan. Panjang kot. Aku rasa kalau kat sini konfem berebut. Disiplin diorang tinggi. Salute!


Lagi satu, kita ni memang tak reti sopan. Budaya kita, adat kita, memang sangat tekankan sopan santun ni. Dalam rukun negara pun ada. 'Kesopanan dan kesusilaan'. Tapi kenapa kita tak boleh ikut? Aku pun tak tahu kenapa. Masa pergi trip kat Korea hari tu, aku tengok orang Korea ni sangat sopan. Setiap kali naik bas, driver bas tu sentiasa bagi senyuman pastu tundukkan kepala tanda hormat. Masa beli barang kat retail store pun macam tu jugak. Tak lekang senyum, tak patah leher diorang tunduk kat setiap orang. Serius bagus. Kalau kat Malaysia, time nak naik bas tu, tengok muka driver bas terus kecut perut. Muka macam nak telan orang. Kat kedai pulak, layan macam tak nak layan je. Dengan muka masamnye. Time nak bayar buat endah tak endah je. Dah kaya sangat la tu. Haishh.


Kita memang tak reti bahasa kot. Ingat lagi tak eksiden lori beras eksiden kat highway tu? 800 kampit beras tumpah kat atas jalan. Orang kampung pun apa lagi, rembat la beras tu. Syok sangat kaut beras sampai tak peduli dah orang yang eksiden tu. Memang tak reti bahasa la. Selfish! Pikir pasal diri sendiri je. Mangsa dibiarkan macam tu je. Pantang nampak menda free je, mesti nak rembat. Tak fikir dah soal halal haram. Bukannya nak tolong mangsa. Macam bangang je perangai.



Aku cakap benda ni bukan apa. Sikap orang kita ni memang menyedihkan. So pathetic. Semua pikir pasal diri sendiri je. Tak fikir dah pasal perasaan orang lain. Kalau kena kat diri sendiri konfem panas kan. Kalau boleh ubahlah sikap negatif ni. Aku pun nak berubah. Haha. Yang aku cakap ni mungkin bukan semua buat tapi daripada pengamatan aku, majoriti la ada tabiat macam ni. So, renung-renungkan. Adios. Assalamualaikum. Peace, no war!





p/s: aku da habis tengok My Girl. Wee..

7 comments:

aeina said...

bagus2..nti kne berubah jgk lh nie..malaysian jd mcm nie sbb adnya org2 seperti sy sbb saya suda lupa rukun negara!

naqib faiz said...

awak memang nyanyuk. hahaha

Lolla said...

wah muka baru... hahaha

diAnNe said...

hhuhu.. jom aiena kite jadi wajah malaysia yang baru.. amalkan budaya hidup sihat..utamakan org yang susah n jagan pentingkan diri sendiri.. heheh.. ...

ps: olla.. paeh suweetnye.. awak2.. lagi.. hehe.. jgn mare yerk

ain.sumaiyah said...

ollalala..wink2..
iloike... ^^

naqib faiz said...

haha.. patot la bahan aku.. yg awak2 ni rpenya.. haiyooyoo

diAnNe said...

huhu.. awak mmg nyanyuk la aiehhh