Friday, March 25, 2011

kisah si pemancing dan ikan




Dalam sebuah kolam, ada banyak jenis ikan. Ada ikan kurus, ada ikan yang gemuk, ada ikan yang panjang dan tak kurang juga ikan yang pendek badannya. Suatu hari, ada seorang kaki pancing datang ke kolam tersebut. Seperti pemancing-pemancing lain, pemancing tersebut mempersiapkan senjatanya dengan harapan pulang dengan tangkapan yang lumayan. Dia memasang umpan pada mata kail yang tersedia dan melontarkannya ke dalam kolam. Dia menunggu dan mununggu dengan penuh sabar. Detik demi detik berlalu...

Pada masa yang sama ada seekor ikan yang sihat, gemuk dan baik rupanya telah berenang-renang dengan cerianya berdekatan dengan mata kail tersebut. Ikan itu merasa sangat curious dengan umpan tersebut. Ikan yang curiga dan penuh dengan sifat ingin tahu itu berlegar-legar berdekatan kail tersebut tanpa mengetahui risiko yang bakal dilalui. Ikan itu mengutis umpan cacing itu sedikit demi sedikit. Akhirnya ikan tersebut berasa sangat selesa dengan umpan tersebut dan melahapnya dengan rakus sekali. Malang tidak berbau, mulut ikan itu tersangkut pada mata kail yang tajam dan kejam itu tanpa tiada tanda ia akan terlepas dari cangkaman mata kail itu.

Si pemancing yang tersedar dari lamunannya, dengan tangkasnya menyentap joran dan mendaratkan ikan tersebut. Pemancing itu tersenyum puas kerana tangkapannya merupakan ikan yang besar. Sejurus selepas mencabut mata kail daripada mulut ikan itu, dia meletakkan ikan itu ketepi tebing dan memasang umpan lain. Si pemancing yang tengah ghairah memasang umpan itu langsung terlupa pasal ikan besar yang terbiar kesakitan di tebing itu. Ikan itu berlumuran dengan darahnya sendiri. Mulutnya luka bahana mata kail itu. Ia menggelupur menahan kesakitan yangg amat pedih dan menyiksakan itu. Tanpa pemancing itu sedar, sang ikan berusaha dengan kudrat yang ada untuk melompat kembali kedalam kolam. Namun, adakah ikan itu berjaya? Sekiranya ikan itu berjaya, adakah lukanya akan sembuh? Dapatkah kejadian ini dijadikan sebagai satu pengajaran?


*****

Sejujurnya, kisah ini merupakan satu analogi kehidupan. Kisah seorang insan yang terjerat dalam cinta duniawi. Cinta yang sementara. Sebagai contoh, seorang gadis yang termakan janji-janji manis seorang lelaki. Siapa yang patut dipersalahkan? Si gadis yang masih hijau dalam bab cinta ini ataupun si jantan yang dalam proses mencari? Sudah tentu pihak si gadis akan menyalahkan si jantan dan begitulah sebaliknya. Bagi aku, tak adil nak salahkan sebelah pihak je. Menda ni takkan terjadi kalau tak ada komitmen dari dua-dua belah pihak. So, tak boleh la nak cari kesalahan sebelah pihak je and tak akan timbul isu siapa salah dan siapa betul. Masing-masing kena tanggung sendiri kalau ada yang terluka macam ikan tadi. Tu je. Malas nak ulas panjang-panjang sebab aku ni bukannya pandai sangat bab-bab cintan cintun ni. Ni pun just pandangan cetek aku sahaja. So, pada siapa-siapa yang pernah terluka, anggap menda ni macam makan megi. Sekali slurrp dah boleh habis. Think positive. Jalanilah hidup anda dengan sehepi yang mungkin kerana sesungguhnya anda adalah insan yang bertuah. Adios. Assalamualaikum. Peace, no war!





p/s: first time aku tulis pasal menda ni. agak geli la sebenarnya. haha

6 comments:

diAnNe said...

dush2... sgt hebat analogi ko... ok la ni aku da paham da pasal ikan dan mate kail..

soalan aku.. which one better

1. sankut kat mate kail-luke dalam
2. kene makan ngan pemangse cthnye piranha ker..-terus jalan

muahahah..

rase rase ko.. dpat tak ikan tuh masuk dalam air balik..pikir jap..muahahah

naqib faiz said...

apa yang aku rasa ek? better yang no 1 sebab at least tak la jalan terus. there's still hope. life must go on nina even sakit n pahit sekali pon. every dark cloud has a silver lining. aku rasa ikan tu boleh masuk dalam air, tu pun kalau dia kurus sket. hahahaha

MofarRahman said...

saya suka pendapat naqib. "like"

aeina said...

I LIKE!!!! da pndai jiwang2..muahahaha...

arm_knee said...

mndalam molek mksd d sebalik ikan....

Alam said...

triple like!