Showing posts with label interest. Show all posts
Showing posts with label interest. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

 7 must watch movies!

Tiap-tiap tahun mesti ada je movies yang aku kepingin nak nengok. Kadang-kadang tak sempat tengok. Kali ni aku nak listkan movies yang aku wajib tengok, tu pun kalau sempat. Kalau tak sempat pun, nak tengok jugak. Konpem da boom movie ni semua. Haha.

1. Fast Five 2011 (29 April)



Another sequel of Fast n Furious. Aku layan Fast n Furious daripada no. 1 sampai la no. 4. Yang syok tu sebab ada Van Diesel ngan Paul Walker as watak utama and dia punya babes sangat cun. Pergh. Dalam Fast Five ni, Dwayne " The Rock " Johnson. Aku ni dah la kipas susah mati The Rock. Memang tak boleh lepas la cite ni.


2. Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (20 May)



Sequel jugak. Pirates of the Caribbean 1, 2, 3, semua aku dah layan. Sampai dah boleh ingat ayat dia. Dah lama aku duk tunggu-tunggu bila kemerengan Jack Sparrow nak keluar lagi. Aku memang adore and envy la si Captain Jack Sparrow ni. Hidup dia memang betul-betul ikut flow je. Banyak harap kat luck. Watak dia sangat mereng dan sangat sempoi. Apa-apa pun, aku nak sangat tengok cite ni bila dia keluar nanti. Savvy?

3. X-Men: First Class (3 June)



Layan X-Men ni sejak kecik lagi. Pakat berebut nak jadi Cyclops. Konon macho la, stylo la pakai spek merah. Bila dah besar nak Wolverine lak. Kuat. Muka tak hensem, tapi cool. Haha. Movie ni pun sambungan X-Men yang terdahulu jugak. Not really a sequal actually, but lebih kepada flashback. Nevermind, sebelum-sebelum ni pon cite X-Men tak pernah menghampakan. So, aku tetap menantikannya. Zass.


4. Transformers: Dark of the Moon (1 July)



Transformers datang lagi untuk selamatkan dunia! What a lousy quote. Haha. Tak payah cakap banyak pasal robot ni. Semua orang tahu kan. Aku bukan tengok sangat pun robot- robot ni. Aku layan Megan Fox je sebelum ni. Hot! Dah tak kisah dah pasal orang lain. Shia LaBeouf berlakon memang semat ah. Salute! Kalau cerita Micheal Bay memang takyah ragu la. Sure best. Tapi kali ni Megan Fox takde la. Sigh*


5. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II (15 July)



Adaptasi daripada novel J.K. Rowling. Sangat menarik. Antara feveret movie aku. Start dari no. 1 sampai la no. 7 part 1. Eventhough Deathly Hallows part 1 tak berapa nak best, tapi aku still eager nak tengok penghabisan dia. Takde la ku duk meracau-racau nak tunggu HP habis. Nak baca novel dia sangat la malas. Tebal yang amat.


6. Mission Impossible: Ghost Protocol (16 December)



Cerita ni sangat la stylo. Gadget yang superb hebat tambah skill yang awesome. Aku bukannya minat ngan Tom Cruise sangat, tapi dia punya watak yang membuatkan aku terpaut ngan cite ni. Aku lagi minat Ashton Kutcher daripada mamat nih. Bagi aku, cerita ni boleh duk sebaris dengan citer James Bond dan Jason Bourne dalam Bourne Ultimatum which one of my favorites.


7. Sherlock Holmes: A Game of Shadows (16 December)



Orang kata save the last for the best kan. Bagi aku cerita ni the best untuk menutup tirai 2011. Lambat lagi tu, tapi masa memang cepat berlalu sekarang. Kejap je rasa. Tup-tup dah nak tahun baru. Kalau tengok citer Sherlock Holmes yang first dulu, memang rasa terpegun la. Lakonan Robert Downey Jr. sangat menjadi dan efek cerita tu memang terbaek. Dia punya slow-mo, jalan cerita, dan elemen lain membuatkan cerita ni epik dan berbaloi untuk tengok.



source: movieinsider

Friday, March 25, 2011

 kisah si pemancing dan ikan




Dalam sebuah kolam, ada banyak jenis ikan. Ada ikan kurus, ada ikan yang gemuk, ada ikan yang panjang dan tak kurang juga ikan yang pendek badannya. Suatu hari, ada seorang kaki pancing datang ke kolam tersebut. Seperti pemancing-pemancing lain, pemancing tersebut mempersiapkan senjatanya dengan harapan pulang dengan tangkapan yang lumayan. Dia memasang umpan pada mata kail yang tersedia dan melontarkannya ke dalam kolam. Dia menunggu dan mununggu dengan penuh sabar. Detik demi detik berlalu...

Pada masa yang sama ada seekor ikan yang sihat, gemuk dan baik rupanya telah berenang-renang dengan cerianya berdekatan dengan mata kail tersebut. Ikan itu merasa sangat curious dengan umpan tersebut. Ikan yang curiga dan penuh dengan sifat ingin tahu itu berlegar-legar berdekatan kail tersebut tanpa mengetahui risiko yang bakal dilalui. Ikan itu mengutis umpan cacing itu sedikit demi sedikit. Akhirnya ikan tersebut berasa sangat selesa dengan umpan tersebut dan melahapnya dengan rakus sekali. Malang tidak berbau, mulut ikan itu tersangkut pada mata kail yang tajam dan kejam itu tanpa tiada tanda ia akan terlepas dari cangkaman mata kail itu.

Si pemancing yang tersedar dari lamunannya, dengan tangkasnya menyentap joran dan mendaratkan ikan tersebut. Pemancing itu tersenyum puas kerana tangkapannya merupakan ikan yang besar. Sejurus selepas mencabut mata kail daripada mulut ikan itu, dia meletakkan ikan itu ketepi tebing dan memasang umpan lain. Si pemancing yang tengah ghairah memasang umpan itu langsung terlupa pasal ikan besar yang terbiar kesakitan di tebing itu. Ikan itu berlumuran dengan darahnya sendiri. Mulutnya luka bahana mata kail itu. Ia menggelupur menahan kesakitan yangg amat pedih dan menyiksakan itu. Tanpa pemancing itu sedar, sang ikan berusaha dengan kudrat yang ada untuk melompat kembali kedalam kolam. Namun, adakah ikan itu berjaya? Sekiranya ikan itu berjaya, adakah lukanya akan sembuh? Dapatkah kejadian ini dijadikan sebagai satu pengajaran?


*****

Sejujurnya, kisah ini merupakan satu analogi kehidupan. Kisah seorang insan yang terjerat dalam cinta duniawi. Cinta yang sementara. Sebagai contoh, seorang gadis yang termakan janji-janji manis seorang lelaki. Siapa yang patut dipersalahkan? Si gadis yang masih hijau dalam bab cinta ini ataupun si jantan yang dalam proses mencari? Sudah tentu pihak si gadis akan menyalahkan si jantan dan begitulah sebaliknya. Bagi aku, tak adil nak salahkan sebelah pihak je. Menda ni takkan terjadi kalau tak ada komitmen dari dua-dua belah pihak. So, tak boleh la nak cari kesalahan sebelah pihak je and tak akan timbul isu siapa salah dan siapa betul. Masing-masing kena tanggung sendiri kalau ada yang terluka macam ikan tadi. Tu je. Malas nak ulas panjang-panjang sebab aku ni bukannya pandai sangat bab-bab cintan cintun ni. Ni pun just pandangan cetek aku sahaja. So, pada siapa-siapa yang pernah terluka, anggap menda ni macam makan megi. Sekali slurrp dah boleh habis. Think positive. Jalanilah hidup anda dengan sehepi yang mungkin kerana sesungguhnya anda adalah insan yang bertuah. Adios. Assalamualaikum. Peace, no war!





p/s: first time aku tulis pasal menda ni. agak geli la sebenarnya. haha

Sunday, March 6, 2011

 passion

Fuhh. Dah lama tak update blog. Kesian CoC aku ni. Busy je memanjang. Busy because of study? Nah. Aku busy dengan marathon My Girl (MG). Sebelum tido tengok MG. Lepas tidur pun mengadap MG. Masa tidur pun mimpi MG. Oh Joo Yoo-rin. You make my heart go nuts. Haha. Konfem Che Ku jeles nih. Aku sebenarnya takde bahan nak tulis dalam CoC ni. Kalau nak update entry pendek-pendek or cool pics, aku prefer o' shit! sebab simple and senang je. Kalau ada bahan yang syok nak tulis, baru la aku melalut dalam ni. Sori la my fellow followers sebab tak update menda ni especially komentator yang setia, Cik Nina.

Passion. Semua orang ada passion kan? Sometimes, kalau cerita pasal minat, mesti ada yang duk kutuk-kutuk. Real story : Masa kat sekolah dulu ada la sorang kawan aku ni. Dia minat gila dengan bas. Ramai je duk bahan dia sebab minat bas. Aku pun join sekali. Haha. Ye la, biasanya orang lain minat Ferrari, Lamborghini takpun moto besar. Yang dia ni pulak minat bas. What the heck? Kalau tengok bas daripada jauh dia dah boleh agak dah bas apa. Ni bas Transnasional la. Bas Sani Express la. Lama-lama, aku respek la dia ni. Semua pasal bas dia taw. Dalam 'buku bas' dia, penuh dengan artikel paper pasal bas. His passion is bus. So what? Kita tak boleh kutuk someone if they love something that we don't love. Kalau debat pasal passion, cita rasa, taste and sewaktu dengannya, memang takkan settle. 7 hari 7 malam pun tak selesai lagi. So, please respect others' passion

Semalam masa duk layan cucur udang dengan zes dan amil kat belakang KTGB, kitorang ada borak pasal passion ni. Masing-masing cerita pasal passion masing-masing. Sorang gila moto. Sorang lagi gila tenis. Haha. Aku pun gila tennis tapi passion aku tak terarah situ. Aku lagi suka travelling. Aku tak sure kenapa aku suka jalan-jalan makan angin ni. Maybe sebab nak kenal custom orang kot. Maybe nak ambik gambar kot. But one thing for sure, I love travelling! Peduli la orang nak cakap apa. Habis duit pun takpe. If I think travelling can satisfy myself, I don't care how much I will spend on it as long as it is worth. Haha. Cakap macam orang banyak duit. Biasa la. Mat Jenin pun pasang angan-angan. Right?

Ini list tempat yang menarik untuk dilawati. Bagi aku la. Harap-harap boleh la pergi suatu hari nanti. Insyaallah.

1. Great Barrier Reef (Australia)


World's largest coral reef ecosystem and world's largest single structure made of living organisms. Ada lebih 1500 spesis ikan kat sini. Wow! Kalau boleh skuba kat sini syok woo. Tu pun kalau aku ada lesen skuba la. I'm struggle for it. Aja aja.

2. Victoria Falls ( Southern Africa)


Most beatiful waterfalls in Africa. Kenapa aku nak pergi sini? Kenapa tak pergi Niagara Falls yang famous tu? Sebab, kat sini ada Devil's Pool. Devil's Pool ni sekali tengok macam ngeri gila. Tapi sangat selamat. Tengok la gambar kat atas tu. Sangat cool.

3. Maldives (Republic of Maldives)


Great place for someone who love tropical island, beautiful beaches. Group of 1190 coral islands.
So many islands. Wow! Boleh skuba jugak kat sini. Haha. FYI, Islam adalah satu-satunya official religion kat Maldives ni.

4. Paris (France)


Capital of France. Aku nak sangat pergi kat Eiffel Tower. Ada Arc de Triomphe. Macam dalam Pink Panther tu. Damnburger. Haha. Serius tempat ni lawa.

5. Venice (Italy)


Bandar ni dibina atas 317 pulau kecil, mempunyai 150 canals dan ada 409 jambatan. Menarik. Macam dalam cite Italian Job ngan Casino Royal. Smart kot. Kena pergi dengan bini kat sini. Baru syiok. Haha



source: The Travelers Zone

p/s: kisah kawan aku macam dalam MG. Haha