Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

 perhentian!

Hahahahahahahahahahahahahahha



Aku rasa memang syiok sangat kebelakangan ni. Walaupun kepala hotak serabut dengan semua benda duniawi semata-mata. tapi sempat lagi aku gi jalan-jalan. Lepas kenyir aritu, aku gi Pulau Perhentian lak. Masyuk la der.

Aku ni nama je orang Besut tapi ni baru kali kedua gi pulau. First time masa darjah bape ntah. Time kecik-kecik bukannya boleh enjoy sangat. Ari tu gi ngan member-member src. Semua kepala masuk air. Memang havoc gila la. Terbaik! Aku gi pun last minute ngan Capt sama Ari. Mentang-mentang umah dekat ngan jeti. Petang gi naik bukit. Ada kincir angin. Dapat tengok view satu pulau. Lawa gila. Rasa kat caribbean je. Pastu jetty jump.

Malam tu bbq. Layan fireshow daripada pondan. Main pakau. Borak-borak. Sampai kul 3 baru boleh tido. Tang nak tido tu la yang paling epik! Esoknye pergi snorkeling dari pukul 10 sampai kul 4. Tengok coral. First time tengok shark depan mata. Cuak gila. Kejar penyu. Tengok nemo. Memang syok habis la. Mandi kat pantai paling best. Fuhh!

Walaupun trip kali ni singkat, 2 hari 1 malam, tak cukup nak explore pulau tu, tapi ok la nak gi enjoy ngan member. Thanks to Fahmi, Wark, Jas, Anas, Atai, Capt, Wawan, Ari, Pia, Nasuha, Syu, Yaya, Cedot. Insyaallah lain kali aku nak gi lagi. Tak kisah ngan sapa-sapa pun. Ada orang nak gi tak?















p/s: gambo curik kat facebook fahmi. haha

Thursday, July 21, 2011

 kenyir revisit!


Assalamualaikum.

Sebenarnya aku baru balik dari Tasik Kenyir. Follow budak sekolah bapak aku. Last aku pergi Kenyir masa aku darjah bape entah. Darjah dua ke tiga. Lupa. Tiga hari dua malam duk atas house boat. Terbaik wok. Haha. Dalam kepala hotak aku ni ingatkan mancing kat Kenyir ni senang je. Letak joran, terus ikan sambar. Tapi idak. Ikan kat sana semua memilih. Tak makan langsung. Tak kutis pun umpan tu. Macam sial. Ikan-ikan tu duk pusing keliling umpan tu macam menganjing aku. Aku letak umpan anak ikan sepat, depa tak sentuh. Letak umpan kelapa sawit, pun sama. Last-last da fed up ngan menatang tu, aku angkat terus joran tu. Simpan. Bengang oi. Tengah hari aku try, haram. Petang aku try, pun haram. Tengah malam aku try lagik, pun habuk pun tarak. Ffuuuuu

Hari first aku mancing kat jeti. Bila da give up mancing, aku terjun la mandi lam tasik tu. Ingatkan cetek je air. Ye la jeti tu dekat je ngan tebing. Tapi kepala hotak dia cetek. Punyala syok aku terjun, rupanya air tu dalam nak mampos. Tenggelam terus. Pe lagi berenang balik naik atas jeti terus amik life jacket (BA). Tak yakin aku kalau nak mandi tempat dalam gila. Kalau kat pool boleh la. Ni Tasik Kenyir bai. Kalau nak tau tasik ni tasik buatan manusia. That means, pulau-pulau yang ada kat tasik tu ialah puncak bukit yang tenggelam. Tunggul kayu yang nampak kat air tu merupakan pucuk pokok balak yang tenggelam. Bayang sendiri la dalam mana. Tempat yang aku salah terjun tu mungkin ada 3,4 meter. Gila! Tengok rajah skematik yang aku lukis tu kalau tak dapat imagine.




Yang paling seronok masa pergi Santuari Kelah. Kalau tak pergi sana memang tak bermakna la pergi Tasik Kenyir. Best bro. This is best bro. Duk atas house boat berjam-jam. Sampai kat pintu masuk Santuari Kelah kena check in dulu sebab tempat ni protected. Tak boleh memancing, tangkap ikan kelah. Lepas tu naik speed boat. Dalam 5 minit sampai kat kawasan dia tapi kena trekking dalam setengah jam baru sampai kat santuari tu. Lempar je makanan dia, terus ikan kelah kerumun. Berenang ngan ikan kelah. Siap boleh main osom lagi.





Overall, trip ni best sebab free. Yang tak bestnya aktiviti dia sikit sangat. Aktiviti yang ok sikit main kayak keliling tasik. Tasik dia sangatla besar. Da macam laut aku tengok.





Wednesday, April 6, 2011

 etched in mind: aku, mereka & seoul

Assalamualaikum. Holla everybody. Tiru stail nina sket. Aku baru je ambik gambar masa gi korea hari tu. Tiba-tiba je hati aku melonjak-lonjak nak pergi lagi. Rasa sangat best masa pergi haritu. 7 days I've been there and for 7 days I live in holiday mood which is the best mood I always want. Kalau boleh, hari-hari nak mood holiday. Serius seronok. Seperti trip-trip yang lain, aku dapat banyak sangat pengalaman. Aku rasa aku dah buat entry pasal Korea ni. Tapi harini aku nak buat lagi. Kenapa? Sebab aku punye suka la. Insyaallah, I will go there one more time. Till that time, I just need to work hard and pray hard. Wish me luck! Haha.

Trip haritu ada 19 orang including Dr. Hazri. Aku rasa tak perlu lah nak sebut nama sorang-sorang kan. Jenuh nak nulisnye. Bagi aku 19 orang tu is a big number but it doesn't matter because we have so much fun. Got it? Aku nampak la perbezaan before and after pergi trip tu. Kalau sebelum pergi, masing-masing tak berapa nak rapat. Selepas pergi, hubungan kitorang sekelas makin erat. We have lots of stories to talk and mumble around. Aku makin kenal perangai sorang-sorang. Ada yang sengal. Ada yang gelabah. Ada yang strict. Ada yang "pantas, pantas". Kalau aku ingat balik, aku mesti tergelak sorang-sorang. Macam-macam ragam. Apa-apa pun, layan gambar-gambar ni. Zass.


Departed from LCCT


Arrived in Incheon International Airport


At War Memorial


After breakfast in Itaewon


Somewhere in Seoul


Skiing and snowboarding


Kimchi making


At Seoul Tower cable car

I've no idea~


Climb before reaching Itaewon mosque


See all those smiles? I miss them. Everyone smile all the time. I wanna have those moments back! Arghh

Monday, April 4, 2011

 Tanjung Balau+Gunung Pulai

Holla. Satu lagi minggu telah berlalu. Tapi minggu ni tak bosan seperti mingu-minggu yang sudah. Aku rasa minggu lepas sangat bermakna sebab macam-macam menda aku dah buat. So many things happened. Semua manis-manis lah including submit thesis kat Dr. Saktioto walaupun perit nak buat but in the end, I manage to submit it. What an achievement for lazy 'boy' like me. Haha.

Minggu lepas aku pergi picnic kat Tanjung Balau dengan SSZians dari hari Khamis sampai Jumaat. Sangat happening. Macam-macam jadi kat sana. Peristiwa kena tunda moto la. Kena kepung ngan mak nyah kat jeti la. Semua tu akan lekat kat dalam benak aku ni. Insyaallah. Masak and makan megi ramai-ramai tu yang paling syiok. Best gila. Ni second time kitorang satu kelas gi Tanjung Balau. First time masa 2nd year 2nd sem. Timu tu new year. Sebenarnya aku tak reti nak tulis panjang-panjang. Letak gambar banyak-banyak aku reti la. Zass.


Famous spot to click a picture


Rider tegar!


Guess what, it's me!


Entah la diorang main apa ni


Sesi masak megi bersama Chef .....


Ain main bunga api. Lawa!


Amy dan Iju


Hari Ahad tu pulak aku, zes, capt, fahmi ngan zi ze pergi air terjun Gunung Pulai. FYI, fahmi ngan zi ze tu geng-geng SRC. Diorang la yang ajak. Memang tak plan langsung la. Tup-tup masuk kete terus pecut gi Gunung Pulai. Senang. Kitorang gi sana sebab nak climb dinding batu kat air terjun tu. Memang sangat menarik la. Dah la dapat mandi. Dapat main abseiling ngan climb lak tu. Haha. Apa-apa pon, macam biasa, layan la gambar-gambar ni semua. Zass.


Pintu gerbang Gunung Pulai


Tengok tu!


Fahmi abseil


Capt jadi cicakman climb batu tu


Zes abseil


Zi Ze abseil


Fahmi climb


Aku nak turun!


To all of my friends that rock my life, thanks guys. Y'all are so much fun! Adios. Assalamualaikum. Peace, no war!

Tuesday, March 15, 2011

 train trip+wedding=havoc gile!

Holla everybody! How's your day? Is it going well? No? At least my days run as smooth as baby's butt although encounter few ups and downs. Well, that's life. I'm happy with my life right now. I have the bestest, craziest, sengal-est, masuk air-est friends in this universe. Haha. So delighted till I smile myself when thinking of them. Is it great? Hell yeah. It is great.

Last weekend antara weekend yang sempoi bagi aku. Ye la. Bukan setakat lepak ngan member-member je, ngan family sekali tu. Actually kakak aku kawen and kawan-kawan aku yang 3 orang tuh follow sekali. Kitorang naik train wok. Lompat train lagi. 'Lompat' here means we aboard the train illegally. Naik takde tiket la senang. Duk merempat je dalam train tu. Sadis gila. Nasib baik 2 girls ni kental. Iron lady. Ada sekali tu kitorang tidoq kat gerabak katil. Tengah syok tidur, tiba-tiba kena gegar dengan pakcik tiket. Kena maki hamun pulak tu. Takleh ka cakap elok-elok sikit. Panas je. Dengan muka merah tahan malu ngan tahan marah, kitorang berlalu dengan sayunya keluar dari gerabak tuh. Last-last merempat tepi pintu. Tidur atas lantai. Kebas bontot. 14 jam tu.

Sampai kat Wakaf Bharu kitorang naik teksi gerak ke Kota Bharu (KB). Muka Ain ngan Nina serius tak boleh blah. Tak taula excited ke apa. Naik teksi Mercedes. Haa. Siapa cakap Kelantan mundur? Teksi guna Mercedes. Tempat lain ada ke? Haha. Pastu pusing-pusing KB. Jalan ikut sedap je. Al maklumla tour guide tak bertauliah. Sori guys, aku tak berapa tau tempat best kat situ. Haha. Breakfast kat pasar, jalan-jalan kat bazar. Tu je la. Nothing interesting. Pastu ambik bas pergi Jerteh. Kesian aku nengok Ain, Amir n Nina. Muka seposen je dalam bas tu. Letih sangat kot.

Sampai kat umah, lepas makan terus kena kerahan tenaga. Angkat itu la. Angkat ini la. Buat itu la. Buat ini la. Sampai la hari kawen. Straight buat kerja. Kesian gak dak-dak ni. First time datang rumah terus kena buat kerja. Time kakak aku buat outdoor photoshooting, baru la diorang boleh enjoy sikit. Main kat pantai. Syok sangat ambik gambar lompat sampai kamera, handset, videocam n speedlight kena sapu dengan ombak. Aku tak tahu la it's worth or not. But I know for certain, we're having a great time that evening. Woot. Ok, aku dah malas nak tulis panjang-panjang. Let the pictures tell the tales.





That's all story aku kali ni. Apa-apa pun wedding kakak aku jadi lagi happening sebab ada korang semua. Korang memang awesome! "Memories may fade as the years go by but they won't age a day." I'll treasure it guys and never let it'll fade away. Adios. Assalamualaikum. Peace, no war!


p/s: sori guys sebab tak dapat bawak pergi makan sup belut ngan air panas. next time ok. ahaha