Showing posts with label eim. Show all posts
Showing posts with label eim. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

 etched in mind: MASUM 2011






Assalamualaikum. Dah lama sangat dah aku tak update blog. Macam-macam yang aku nak story sebenarnya. Pasal movie Pirates of Caribbean, pasal X-Men, pasal tu, pasal ni. Dah bersawang blog aku ni. Sekarang ni aku nak cite pasal MASUM 2011 ari tu. Memang antara kenangan terindah aku la.

Aku masuk u-team tenis sejak 2nd sem lagi. Tapi tak pernah dapat peluang pergi main. Masa tahun 1 dulu, Din, merangkap manager team aku ada offer nak main tak MASUM. Sadly, time tu aku ada hal, so tak dapat pergi. MASUM tahun lepas team kitorang tak termasuk dalam list yang unit sukan hantar untuk main MASUM atas sebab yang sangat shit. So skali lagi terlepas. Tahun ni kitorang satu team training gila- gila nak convince unit sukan untuk bagi kitorang pergi MASUM. Alhamdulillah. Our efforts finally open their eyes.

Dah banyak tournament yang aku pergi sebelum ni. UM Open, Unimap 1st Asean Championship. Tapi yang tournament kali ni lain sangat. Excitement dia lain macam. Mungkin sebab ni memang impian aku sejak awal join team lagi. Bagi aku MASUM ni ada level yang tersendiri. Ramai player yang hebat boleh aku tengok, dapat main ngan diorang memang pengalaman yang precious gila ah. Macam-macam jenis player yang aku jumpa.

Training 2 minggu yang coach buat rasa macam tak cukup. Feel it's not enough yet tiring. Letih gila woi. Pagi-pagi sebelum kul 8 da kena tercangak kat court. Kul 12.30 baru abis. Petang tu sambung lagi. Memang kena jemur abis la. Tiap-tiap hari macam tu. Sorang-sorang muka macam apa da aku tengok. Berbelang-belang muka. Haha. Tapi kitorang tak kisah sangat. Sunburn will fade in couple of days, but the experience was great. Takde juai la. Paling takleh blah time pergi nengok citer KL Gangster ramai-ramai hari-hari last training. Terbaek. Hari last training pergi pool. Bajet nak tenangkan kepala otak. Buat macam spa. Haha. Cam sial perangai.

First day kitorang lawan UKM. Masa tu aku tak main. Jadi reserve je. Down gila babeng. Rasa macam nak tanam je kepala dalam tanah. Malu woi. Takpe, aku pikir positif. Mungkin coach simpan aku jadi senjata rahsia kot. Haha. Perasan gila. Time tu aku tengok je diorang main. Kadang-kadang pergi side coaching diorang. Duk kat luar memang la sedap kita nak komen orang main. Cakap tu, cakap ni. Suruh wat camtu, suruh wat camni. Kalau ada kat dalam, kita yang main, goyang woo. Hari tu kitorang kalah 4-1 ngan UKM. Silap strategi. Masing-masing down. Muka ketat je semua.

Second day, lawan kitorang UUM. Hari tu aku boleh main. Perasaan girang toksah cakap la. Aku main double, pairing ngan Arab. Serius enjoy gila partner ngan Arab. Aku tak pernah main double enjoy macam aku main ngan mamat ni. Sempoi gila. Ngan UUM kitorang menang. Next, lawan Utem lak. Sama gak. Aku pairing ngan Arab gak. Masa lawan tu ada la satu peristiwa yang sangat shitty shit la bagi aku. Aku ngan Arab je yang tahu. Haha. Kitorang dapat second place dalam group. Layak masuk quaterfinal. Tapi yang tak sedapnya, kitorang kena lawan juara kumpulan lain. UIA. Antara team yang power selepas UiTM. MASUM sebelum ni diorang naib johan.

UIA. Different class. Different level. Mampus kitorang. Team yang cukup lengkap ngan player. Ada sorang player UIA ni memang taksub gila kot ngan Federer. Semua menda dia tiru Federer. Outfit, style of playing, cara jalan. Sebijik macam Federer. Dia main pun power gak. Kitorang teruk kena belasah ngan UIA. 5-0! Sekali lagi aku rasa nak tanam kepala. Kali ni dalam konkrit lak. Tapi tak kesah sebab we lost to more powerful team. They deserve to win. At least we can held our head high!

Malam tu 1 kontinjen pergi makan the famous sate kajang. UTM belanja. Malam tu jugak ada birthday surprise. Aku termasuk dalam 5 orang yang kena surprise tu. Terharu, terkejut. Mixing. Enjoy sangat-sangat malam tu. Unforgettable.

Aku citer panjang-panjang ni bukan apa. Nanti bila dah tua, boleh la anak cucu aku baca kisah aku ni. Tu pun kalau aku nyanyuk la time tu. Harap-harap tak. Haha. Yang pastinya, aku akan ingat menda ni sampai bila-bila. UTM Tennis Team MASUM 2011 rock la wei.






credit to chen and botak for the awesome pics.


p/s: thanks nina for the support. hahahaha

Wednesday, April 6, 2011

 etched in mind: aku, mereka & seoul

Assalamualaikum. Holla everybody. Tiru stail nina sket. Aku baru je ambik gambar masa gi korea hari tu. Tiba-tiba je hati aku melonjak-lonjak nak pergi lagi. Rasa sangat best masa pergi haritu. 7 days I've been there and for 7 days I live in holiday mood which is the best mood I always want. Kalau boleh, hari-hari nak mood holiday. Serius seronok. Seperti trip-trip yang lain, aku dapat banyak sangat pengalaman. Aku rasa aku dah buat entry pasal Korea ni. Tapi harini aku nak buat lagi. Kenapa? Sebab aku punye suka la. Insyaallah, I will go there one more time. Till that time, I just need to work hard and pray hard. Wish me luck! Haha.

Trip haritu ada 19 orang including Dr. Hazri. Aku rasa tak perlu lah nak sebut nama sorang-sorang kan. Jenuh nak nulisnye. Bagi aku 19 orang tu is a big number but it doesn't matter because we have so much fun. Got it? Aku nampak la perbezaan before and after pergi trip tu. Kalau sebelum pergi, masing-masing tak berapa nak rapat. Selepas pergi, hubungan kitorang sekelas makin erat. We have lots of stories to talk and mumble around. Aku makin kenal perangai sorang-sorang. Ada yang sengal. Ada yang gelabah. Ada yang strict. Ada yang "pantas, pantas". Kalau aku ingat balik, aku mesti tergelak sorang-sorang. Macam-macam ragam. Apa-apa pun, layan gambar-gambar ni. Zass.


Departed from LCCT


Arrived in Incheon International Airport


At War Memorial


After breakfast in Itaewon


Somewhere in Seoul


Skiing and snowboarding


Kimchi making


At Seoul Tower cable car

I've no idea~


Climb before reaching Itaewon mosque


See all those smiles? I miss them. Everyone smile all the time. I wanna have those moments back! Arghh

Thursday, March 31, 2011

 etched in mind: aku & longkang

Januari 2008. First time aku melangkah ke UTM untuk ikut program ekspress MARA-UTM. Minggu petama macam biasala ada orientasi. Brader-breder senior yang handle program tu. Diorang cakap first week akan ada pelajar yang pergi jumpa doktor kat pusat kesihatan. Aku tanya la sebab apa, and then diorang cakap sebab LONGKANG! Aku yang tak tau apa-apa ni just gelak je la. Dalam hati, pe jadahnya nak jumpa doktor sebab longkang. Masa berlalu...

Julai 2008. First semester as first year student. Jumpa ramai kawan-kawan baru. Kat UTM ni budak first year tak boleh bawak kenderaan, so kalau nak gi makan terpaksa la menapak jauh-jauh. Suatu hari ni, aku, amir, ngan zes jalan la pergi meranti nak lunch. On the way balik aku tapau nescafe ais satu sebagai bekal masa jalan balik. Al maklum la, panas gila time tu. Sampai depan KTF aku nampak amil ngan naqib seberang jalan. Tegur la diorang. Aku dah tak pandang depan dah time tu. Tup-tup aku rasa badan aku tak seimbang, pandangan aku berpusing-pusing. Chait. Aku jatuh dalam longkang! Telinga aku terngiang-ngiang dengar hamburan ketawa member-member aku. Chilake betol diorang. Bukannya nak tolong. Nasib baik nescafe ais aku sempat diselamatkan. Badan aku dah terbaring dalam longkang. Tangan aku terjulur keluar pegang air. Fuhh. Malu gila!




November 2008. Minggu final exam. Minggu yang penuh dengan kesibukan dan kepeningan. Hari tu ada exam statistik. Subjek yang cool. Kira probability suatu benda nak jadi, golek-golek dadu. Pagi tu aku bangun awal, kononnya nak ambik mood exam la. Aku pakai baju kemeja siap ngan tie lagi. Lepas tu aku ngan amir naik la bas sebab exam kat MSI. Perjalanan hari tu smooth je walaupun bas penuh ngan awek-aweks. Sampai je kat FPPSM, aku pun turun la. Lintas jalan pun nak control sebab aku rasa awek-awek atas bas tu duk usha aku je. Tiba-tiba (aku tak berapa suka ngan perkataan ni), kaki aku tersepak longkang kat pavement tu. Apa lagi, terhuyung-hayang la aku macam orang mabuk todi. Merangkak-rangkak aku tahan tak nak bagi jatuh. Si amir ni dah terkekek-kekek tahan gelak. Aku terus blah. Aku rasa la kan, result statistik aku rendah sebab benda ni la. Hilang mood nak jawab exam. Haha.

Mac 2011. Sekarang aku baru faham kenapa brader-brader dulu cakap jumpa doktor sebab longkang. Bukan setakat faham je, aku sendiri dah rasa kesakitan dan kepahitan penangan longkang ni. Jangan heran la kalau korang nampak aku sumpah seranah kat longkang sebab aku trauma dengan LONGKANG!




p/s: baru balik dari Tg. Balau. Penat. zzzz