Sunday, July 3, 2011

etched in mind: MASUM 2011






Assalamualaikum. Dah lama sangat dah aku tak update blog. Macam-macam yang aku nak story sebenarnya. Pasal movie Pirates of Caribbean, pasal X-Men, pasal tu, pasal ni. Dah bersawang blog aku ni. Sekarang ni aku nak cite pasal MASUM 2011 ari tu. Memang antara kenangan terindah aku la.

Aku masuk u-team tenis sejak 2nd sem lagi. Tapi tak pernah dapat peluang pergi main. Masa tahun 1 dulu, Din, merangkap manager team aku ada offer nak main tak MASUM. Sadly, time tu aku ada hal, so tak dapat pergi. MASUM tahun lepas team kitorang tak termasuk dalam list yang unit sukan hantar untuk main MASUM atas sebab yang sangat shit. So skali lagi terlepas. Tahun ni kitorang satu team training gila- gila nak convince unit sukan untuk bagi kitorang pergi MASUM. Alhamdulillah. Our efforts finally open their eyes.

Dah banyak tournament yang aku pergi sebelum ni. UM Open, Unimap 1st Asean Championship. Tapi yang tournament kali ni lain sangat. Excitement dia lain macam. Mungkin sebab ni memang impian aku sejak awal join team lagi. Bagi aku MASUM ni ada level yang tersendiri. Ramai player yang hebat boleh aku tengok, dapat main ngan diorang memang pengalaman yang precious gila ah. Macam-macam jenis player yang aku jumpa.

Training 2 minggu yang coach buat rasa macam tak cukup. Feel it's not enough yet tiring. Letih gila woi. Pagi-pagi sebelum kul 8 da kena tercangak kat court. Kul 12.30 baru abis. Petang tu sambung lagi. Memang kena jemur abis la. Tiap-tiap hari macam tu. Sorang-sorang muka macam apa da aku tengok. Berbelang-belang muka. Haha. Tapi kitorang tak kisah sangat. Sunburn will fade in couple of days, but the experience was great. Takde juai la. Paling takleh blah time pergi nengok citer KL Gangster ramai-ramai hari-hari last training. Terbaek. Hari last training pergi pool. Bajet nak tenangkan kepala otak. Buat macam spa. Haha. Cam sial perangai.

First day kitorang lawan UKM. Masa tu aku tak main. Jadi reserve je. Down gila babeng. Rasa macam nak tanam je kepala dalam tanah. Malu woi. Takpe, aku pikir positif. Mungkin coach simpan aku jadi senjata rahsia kot. Haha. Perasan gila. Time tu aku tengok je diorang main. Kadang-kadang pergi side coaching diorang. Duk kat luar memang la sedap kita nak komen orang main. Cakap tu, cakap ni. Suruh wat camtu, suruh wat camni. Kalau ada kat dalam, kita yang main, goyang woo. Hari tu kitorang kalah 4-1 ngan UKM. Silap strategi. Masing-masing down. Muka ketat je semua.

Second day, lawan kitorang UUM. Hari tu aku boleh main. Perasaan girang toksah cakap la. Aku main double, pairing ngan Arab. Serius enjoy gila partner ngan Arab. Aku tak pernah main double enjoy macam aku main ngan mamat ni. Sempoi gila. Ngan UUM kitorang menang. Next, lawan Utem lak. Sama gak. Aku pairing ngan Arab gak. Masa lawan tu ada la satu peristiwa yang sangat shitty shit la bagi aku. Aku ngan Arab je yang tahu. Haha. Kitorang dapat second place dalam group. Layak masuk quaterfinal. Tapi yang tak sedapnya, kitorang kena lawan juara kumpulan lain. UIA. Antara team yang power selepas UiTM. MASUM sebelum ni diorang naib johan.

UIA. Different class. Different level. Mampus kitorang. Team yang cukup lengkap ngan player. Ada sorang player UIA ni memang taksub gila kot ngan Federer. Semua menda dia tiru Federer. Outfit, style of playing, cara jalan. Sebijik macam Federer. Dia main pun power gak. Kitorang teruk kena belasah ngan UIA. 5-0! Sekali lagi aku rasa nak tanam kepala. Kali ni dalam konkrit lak. Tapi tak kesah sebab we lost to more powerful team. They deserve to win. At least we can held our head high!

Malam tu 1 kontinjen pergi makan the famous sate kajang. UTM belanja. Malam tu jugak ada birthday surprise. Aku termasuk dalam 5 orang yang kena surprise tu. Terharu, terkejut. Mixing. Enjoy sangat-sangat malam tu. Unforgettable.

Aku citer panjang-panjang ni bukan apa. Nanti bila dah tua, boleh la anak cucu aku baca kisah aku ni. Tu pun kalau aku nyanyuk la time tu. Harap-harap tak. Haha. Yang pastinya, aku akan ingat menda ni sampai bila-bila. UTM Tennis Team MASUM 2011 rock la wei.






credit to chen and botak for the awesome pics.


p/s: thanks nina for the support. hahahaha

No comments: