Wednesday, July 13, 2011

syok tak masuk PLKN?

disclaimer: artikel ini adalah 100% karutan penulis. tiada niat menggores hati mana-mana pihak.




Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun keatas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. (copy paste from Wikipedia)

Ok. Enough of the cut and paste bullshit. The point now is, relevankah program ini untuk para pelajar lepasan SPM? Melalui pemikiran aku yang orang cakap tak berapa nak matang dan separa dada itik ni, ok what join menda ni. Biasa la. Setiap perkara mesti ada pros and cons. Hitam lawannya putih. Gemuk lawannya kurus. Kerajaan lawannya pembangkang. Ramai budak-budak yang terpilih untuk PLKN ni mengeluh. Tak suka program ni. Depa cakap tak best la. Menyusahkan la. Berjuta-juta alasan yang diberikan. Kadang-kadang logik. Kadang-kadang cam sampah alasan. Nak ngelat je keje.

Meh sini aku nak sekolahkan korang yang merungut je reti. Kalo lepas SPM tu bukannya korang pi keje pun. Mungkin ada yang keje, tapi berapa ramai yang terbongkang kat rumah duk peghabiskan beras? Daripada korang duk saje-saje kat umah, besarkan perut, ternak lemak tepu tu baik korang masuk PLKN tu. Jangan nak ngelat sana sini cari alasan taknak pergi PLKN. Kalau dah bukan rezeki korang tak terpilih masuk program tu, jangan sedih, teruskan perjuangan dan penternakan korang kat umah.

Guys, look at the bright side. Bukan rugi pun kalau masuk PLKN ni. Makanan free. Elaun dapat. Baju biru stripe hitam dapat. Kasut pun dapat. Mana nak cari menda free kat Malaysia skang ni. Nak masuk jamban pun kena 3 kupang. Masyuk woo masuk PLKN ni. Member baru, pengalaman best. Boleh main flying fox. Main tembak-tembak. Badan pun kurus. Takyah masuk fitness concept yang harga beribu-riban tu. Muka hitam? Takde hal lah. Fair n Lovely boleh jadi penyelamat. Lagi pun hitam tu kan menawan. Haha.

Sebenaqnya, aku nak ucap tahniah kat adik aku Aqilah sebab dapat masuk PLKN ni, satu-satunya famili Wan Norudin yang jadi The Chosen One masuk program tu. Takdak dalam sejarah famili lagi. Agak malang la di situ. Haha.





2 comments:

MofarRahman said...

weyy.. PLKN mantab kot. ak dulu plkn gok. sedih nok tinggalkan. hok tok masuk, buleh la nk komen tok best, untung, selamat. kalu masuk baru rase gano plkn tu sebena.

[believe.me]

naqib faiz said...

hahahahahaha... aku tak caya ko mung... hahahahaha