Showing posts with label tennis. Show all posts
Showing posts with label tennis. Show all posts

Monday, July 4, 2011

 crazy sunday!

Have a blastful sunday with my teammate. Chen, Ili and Fais. Go for smooth Saga ride around JB. Loitering around. Having laugh togther. Oh, what a beautiful sunday.

Tengah hari makan kat Restoren Pak Ali. Pastu pecut gi KSL sebab nak beli tiket Transformers 3D. Tapi, shit happens. System down lak. Tak boleh beli tiket. Dengan muka hampa ngan terpalit sedikit kekecewaan, kitorang teruskan perjalanan pusing-pusing dalam KSL tu. Ili, si minah yang gila Daesung (BigBang) nak cari poster Daesung dia tu la. At last jumpa gak kedai poster. Punya la lama gila nak pilih poster Daesung tu sampai kitorang, si jantan- jantan macho la ni yang kena decide. Haha. Ofkos la pilih poster yang tak lama. Kesian Ili.

Still tak puas hati. Pergi Jusco Tebrau plak. Cari tiket gak. Shit happens again. Tiket sold out for the day. Shit! Guess it's not our rezeki kot. Masing-masing jalan tunduk kepala ngan tangan kebawah like a zombie as if there were dark clouds above our head and it's start raining. I don't know if y'all can imagine this but I can and I don't give a damn if you can't. Haha. Jimmy taught me about all this dark cloud things.

Pastu pergi Danga City Mall sebab nak main memanah. Sorang dapat 20 arrow, tapi Chen tak main sebab masalah saraf kat tangan dia tu. Dia tukang tengok je and guess what. I'm the winner, scoring 115 point out of 200. Nothing big but awesomely big deal for a tennis player who doesn't have any archery background. LOL. Ili tak puas hati. Dia tambah lagi 15 arrows tapi still can't beat me. Damn I'm good. Continue for a round of pool. Ili nak belajar main pool. So, grandmaster Chen ajar dengan sabarnya sebab si Ili ni perangai macam budak umur 4 tahun tapi her age is 24! Haha.

Perut da bunyi. So we headed to De Terrace. Steamboat! I love it. Lepak situ lama gila. 2 jam lebih. Main sumbat je dalam perut ni. Unlimited. Makan sebanyak yang mungkin. Semua memang kaki kuat makan. bantai je semua yang ada. Sampai udang 1 tupperware habis. Terpakasa tunggu 20 minit baru dapat udang baru. Makan makan. Borak borak. We act like a boss. Yes. Like a boss! Bila da agak-agak perut da nak meletup, baru la kami berkira-kira nak blah. Pekena aiskrim kelapa dulu. Wahh. Heaven.

Kitorang punya will nak tengok Transformers tak padam lagi. Masih utuh di jiwa. Lalu kitorang try 1 tempat lagi. U-mall. Sadly, tiket sold out jugak. Yang tinggal KL Gangster je. Tu pun 10 ringgit. Kalau 5 ringgit da rembat da. Green Lantern pun abis. Rasuk? Hmm. Ili taknak. Dia cakap tak elok la tengok cite macam tu, bla bla bla. Padahal takut. Haha.

Sekali lagi kekecewaan melanda di hati. So kami give up and balik la. Pas hantar Ili, singgah kat bilik Chen jap. Tengok rumate dia punya ikan buaya. Kanibal shit. Ikan Alligator Gar. Serius hodoh tapi menarik. Ada keyboard. Interesting. Menuntut ilmu keyboard ngan Chen. Tengok dia main lagu Kenangan Terindah buat aku tergamam. Siot. Power gila. Stylo meh. Adrenaline is pumping fast. Real fast. Nafsu aku nak main keyboard mebuak-buak. Nekad nak belajar malam tu jugak. Belajat Fur Elise. Slow je. Sentimental gila music tu. Last skali dapat gak habiskan 1 verse lagu tu. Fuhh.

Kat pukul 12 baru aku chow dari bilik Chen. So, that's the end of my sunday. So crazy. So full of colors. That day Ili jadi lady boss, Chen jadi super setia driver and aku ngan Fais jadi sidekick yang setia mengikut. Haha. Thanks guys. You're rocks!!






p/s : still trying to watch Transformers 3D. Tonight we're rocking again.. haha

Sunday, July 3, 2011

 etched in mind: MASUM 2011






Assalamualaikum. Dah lama sangat dah aku tak update blog. Macam-macam yang aku nak story sebenarnya. Pasal movie Pirates of Caribbean, pasal X-Men, pasal tu, pasal ni. Dah bersawang blog aku ni. Sekarang ni aku nak cite pasal MASUM 2011 ari tu. Memang antara kenangan terindah aku la.

Aku masuk u-team tenis sejak 2nd sem lagi. Tapi tak pernah dapat peluang pergi main. Masa tahun 1 dulu, Din, merangkap manager team aku ada offer nak main tak MASUM. Sadly, time tu aku ada hal, so tak dapat pergi. MASUM tahun lepas team kitorang tak termasuk dalam list yang unit sukan hantar untuk main MASUM atas sebab yang sangat shit. So skali lagi terlepas. Tahun ni kitorang satu team training gila- gila nak convince unit sukan untuk bagi kitorang pergi MASUM. Alhamdulillah. Our efforts finally open their eyes.

Dah banyak tournament yang aku pergi sebelum ni. UM Open, Unimap 1st Asean Championship. Tapi yang tournament kali ni lain sangat. Excitement dia lain macam. Mungkin sebab ni memang impian aku sejak awal join team lagi. Bagi aku MASUM ni ada level yang tersendiri. Ramai player yang hebat boleh aku tengok, dapat main ngan diorang memang pengalaman yang precious gila ah. Macam-macam jenis player yang aku jumpa.

Training 2 minggu yang coach buat rasa macam tak cukup. Feel it's not enough yet tiring. Letih gila woi. Pagi-pagi sebelum kul 8 da kena tercangak kat court. Kul 12.30 baru abis. Petang tu sambung lagi. Memang kena jemur abis la. Tiap-tiap hari macam tu. Sorang-sorang muka macam apa da aku tengok. Berbelang-belang muka. Haha. Tapi kitorang tak kisah sangat. Sunburn will fade in couple of days, but the experience was great. Takde juai la. Paling takleh blah time pergi nengok citer KL Gangster ramai-ramai hari-hari last training. Terbaek. Hari last training pergi pool. Bajet nak tenangkan kepala otak. Buat macam spa. Haha. Cam sial perangai.

First day kitorang lawan UKM. Masa tu aku tak main. Jadi reserve je. Down gila babeng. Rasa macam nak tanam je kepala dalam tanah. Malu woi. Takpe, aku pikir positif. Mungkin coach simpan aku jadi senjata rahsia kot. Haha. Perasan gila. Time tu aku tengok je diorang main. Kadang-kadang pergi side coaching diorang. Duk kat luar memang la sedap kita nak komen orang main. Cakap tu, cakap ni. Suruh wat camtu, suruh wat camni. Kalau ada kat dalam, kita yang main, goyang woo. Hari tu kitorang kalah 4-1 ngan UKM. Silap strategi. Masing-masing down. Muka ketat je semua.

Second day, lawan kitorang UUM. Hari tu aku boleh main. Perasaan girang toksah cakap la. Aku main double, pairing ngan Arab. Serius enjoy gila partner ngan Arab. Aku tak pernah main double enjoy macam aku main ngan mamat ni. Sempoi gila. Ngan UUM kitorang menang. Next, lawan Utem lak. Sama gak. Aku pairing ngan Arab gak. Masa lawan tu ada la satu peristiwa yang sangat shitty shit la bagi aku. Aku ngan Arab je yang tahu. Haha. Kitorang dapat second place dalam group. Layak masuk quaterfinal. Tapi yang tak sedapnya, kitorang kena lawan juara kumpulan lain. UIA. Antara team yang power selepas UiTM. MASUM sebelum ni diorang naib johan.

UIA. Different class. Different level. Mampus kitorang. Team yang cukup lengkap ngan player. Ada sorang player UIA ni memang taksub gila kot ngan Federer. Semua menda dia tiru Federer. Outfit, style of playing, cara jalan. Sebijik macam Federer. Dia main pun power gak. Kitorang teruk kena belasah ngan UIA. 5-0! Sekali lagi aku rasa nak tanam kepala. Kali ni dalam konkrit lak. Tapi tak kesah sebab we lost to more powerful team. They deserve to win. At least we can held our head high!

Malam tu 1 kontinjen pergi makan the famous sate kajang. UTM belanja. Malam tu jugak ada birthday surprise. Aku termasuk dalam 5 orang yang kena surprise tu. Terharu, terkejut. Mixing. Enjoy sangat-sangat malam tu. Unforgettable.

Aku citer panjang-panjang ni bukan apa. Nanti bila dah tua, boleh la anak cucu aku baca kisah aku ni. Tu pun kalau aku nyanyuk la time tu. Harap-harap tak. Haha. Yang pastinya, aku akan ingat menda ni sampai bila-bila. UTM Tennis Team MASUM 2011 rock la wei.






credit to chen and botak for the awesome pics.


p/s: thanks nina for the support. hahahaha