Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

 reminder.



Movie aku nak layan bulan ini.

1. Berani Punya Budak.
2. Marvel's The Avengers

Cite berani punya budak tengok trailer macam best, tapi tak boleh kira gak sebab dah dua kali aku kena tipu ngan trailer. Dua-dua kali aku tertido dalam panggung. Sucker punch dengan Hunger Game. Dua-dua hampeh. 

Ada yang nak teman?








Sunday, October 9, 2011

 Cool siak: 10 poster minimalis layar perak

I am really bored and idealess nak tulis blog sekarang. Nak tunjuk 10 koleksi poster minimalis filem yang gua really minat and nak sangat beli. Dulu ingat lagi pergi KSL Mall teman member gua pergi cari poster Daesung. Kedai tu, memang one hell of big collection of posters. Kat Kuantan aku tak tahu nak cari kat mana. Teringin gak nak pi beli. Haha.
















Semua filem kat atas ni aku tengok kat UTM. Layan movie ngan member-member sambil lepak, borak kosong, gelak-gelak sampai brader floor bawah sound kitorang sebab bisng sangat, fuhh, memang kenangan masa zaman muda mudi dulu la.

Thursday, September 15, 2011

 Movie : The Rum Diary



Sukkei!

Johnny Depp datang lagi. Kali ni dia tak bawa watak senget Jack Sparrow dah. Filem terbaru lakonannya; The Rum Diary. Filem ini merupakan adaptasi novel Hunter S. Thompson, The Rum Diary. Dalam filem Johnny Depp melakonkan watak Paul Kemp yang merupakan wartawan bebas yang bekerja untuk shabby newspaper company di Caribbean. Johnny Depp dengan kepulauan Caribbean memang tak boleh dipisahkan eh? Even so, he is so awesomely cool meh. Tak macam Captain Jack Sparrow yang gila babeng tu. Filem ni dijangka ditayangkan pada 28 Oktober 2011. Savvy?


Genre: Adventure | Drama
Cast: Johnny Depp, Amber Heard, Aaron Eckhart
Directors: Bruce Robinson
Writer: Bruce Robinson, Hunter S. Thompson
Studio: E1 Entertainment






Trailer pun dah cam gampang best





sumber: imdb

Saturday, May 7, 2011

 Review: Fast Five



Jarum jam tegak je kat agka 6. Tepat-tepat pukul 6 aku balik dari tengok wayang ngan Zes & Jeb. Aku da lama mengidam nak tengok Fast Five ni. Ada dalam list 7 must watch movies lagi. Lepas isya' tadi aku, Zes ngan Jeb gerak pi makan ayam penyet dulu. Lepas makan je terus gi U-Mall beli tiket Fast Five. Yang ada pukul 12.55 je. Jam lain semua da penuh. Kitorang layan je la. Midnite la. Pe lagi. Lepak-lepak kat mapley dulu. Pekena teh tarik sedas.

Aku ni memang addict bab-bab kumpul movie yang ada sequel ni. Harry Potter. Lord of the Ring. James Bond. Pirates of the Caribbean. Macam-macam lagi la. Cite Twilight je aku maleh nak layan. Bosan. Haha. So, Fast & Furious ni memang tak terlepas la. Dari no. 1 sampai la no. 4. Sebab tu nak sangat layan kat panggung tu.

Ok. Bagi yang layan Fast & Furious ni memang dah tau cite mainly pasal apa. Dominic Toretto ngan Brian O' Connor. 2 hero yang ada karakter tersendiri. Ganas dan macho. Fast Five ni sambungan dari Fast & Furious yang sebelum ni. No. 4. Kali ni, Dom, Brian dan Mia ( adik Dom) jadi buruan polis kat Rio. Yang tambah menarik tu, Hobb, sorang ajen yang excellent buru diorang. Memang epic la clash antara Dom (Van Diesel) ngan Hobbs (The Rock). Pada masa sama, Dom, Brian ngan Mia bermusuh ngan taikun dadah kat Rio ni, Reyes.

Kali ni, Dom panggil semua geng-geng dia datang tolong. Han, Roman, Tej, ngan geng dia masa kat Mexico dulu. Cite ni terbaek la. Serious smart. Part aksi dia takyah cakap la, tip-top. Tambah humor ngan lawak bodoh Roman buatkan cite ni makin hidup. Cramp perut duk gelak. The best part is bila The Rock kena trolled ngan Van Diesel. Stailo! Memang otai gila ah. Haha. Nak cite lebih-lebih kang, jadi indah khabar dari rupa lak. Pi tengok sendiri la. Takpun download je. Tapi yang pasti, feel memang tak sama la. One word to describe whole movie ni, EPIC!



Overall: Aku bagi la










p/s: have a nice time lepak-ing ngan Zes & Jeb kat ayub lepas layan Fast Five sampai kul 6.


Tuesday, May 3, 2011

 Review: Thor




Semalam, niat hati nak tengok Fast Five. Bajet nak hilangkan tension lepas tengok MU lawan Arsenal, nak gi layan midnight movie. Tapi hampeh. Tiket Fast Five habis pulak. Oh. By the way, MU kalah semalam. 1-0. MU fans, pity you. Arsenal fans, don't get cocky. Only 1-0. Nothing big. Haha.

Hari ini, lepas melantak mee goreng mamak sedas kat Restoren Aminah, rumate aku plan nak layan Thor. Disebabkan harapan nak tengok Fast Five hanyalah tinggal harapan, aku setuju je la ngan plan diorang.

Cerita ni pasal Thor, anak kepada Odin The Allfather, yang dibuang ke bumi disebabkan keangkuhan dan kelancangannya menderhakai Odin. Semasa di bumi, dia bertemu dengan Jane. Di bumi lah dia belajar untuk berubah dan tidak menjadi angkuh. Kemudian ada la konflik di Astgrad. Dan seperti biasa, sebagai hero yang macho, kuat dan baik, dia akan kembali ke Asgard, menyelamatkan kerajaannya.



Positive:

- starting yang gila khinzir best
- classic battle between Frost Giant vs Asgard
- battle at Jotunheim gila gampang
- Thor and the gang pi buat kacau kat Jotunheim
- smoking hot Natalie Portman & assistantnya yang gedik
- gila babeng lawak bila Thor ke bumi
- Destroyer vs Thor
- epic battle of brothers.
- jalan cerita yang always boom, boom, boom.
- selingan yang sangat lawak.
- awesome.


Negative:

- pelik. secanggih-canggih Asgard, depa masih guna kuda lagi. nape tak guna flying moped ke. shuttle ke.
- yang lain tak berapa nak perasan kekurangan cerita ni. khusyuk tengok sampai tak perasan negative side. hahaha.


Overall:

- aku bagi





Sunday, April 3, 2011

 Review: Sucker Punch

Okay. Straight to the point. No bullshit.




Positive side
-Sound effect yang sangat syiok
-Teknik CGI yang mantap. Salute!
-Hot babes!

Negative side
-Jalan cerita yang entah apa-apa
-First movie yang buat aku tidur dalam cinema

Overall
-Don't waste your money watching this shit.
-RAGEEEE!!





p/s: ni bagi aku la. tak tau la kalau korang tengok rasa cam best plak kan. haha

Wednesday, March 30, 2011

 7 must watch movies!

Tiap-tiap tahun mesti ada je movies yang aku kepingin nak nengok. Kadang-kadang tak sempat tengok. Kali ni aku nak listkan movies yang aku wajib tengok, tu pun kalau sempat. Kalau tak sempat pun, nak tengok jugak. Konpem da boom movie ni semua. Haha.

1. Fast Five 2011 (29 April)



Another sequel of Fast n Furious. Aku layan Fast n Furious daripada no. 1 sampai la no. 4. Yang syok tu sebab ada Van Diesel ngan Paul Walker as watak utama and dia punya babes sangat cun. Pergh. Dalam Fast Five ni, Dwayne " The Rock " Johnson. Aku ni dah la kipas susah mati The Rock. Memang tak boleh lepas la cite ni.


2. Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (20 May)



Sequel jugak. Pirates of the Caribbean 1, 2, 3, semua aku dah layan. Sampai dah boleh ingat ayat dia. Dah lama aku duk tunggu-tunggu bila kemerengan Jack Sparrow nak keluar lagi. Aku memang adore and envy la si Captain Jack Sparrow ni. Hidup dia memang betul-betul ikut flow je. Banyak harap kat luck. Watak dia sangat mereng dan sangat sempoi. Apa-apa pun, aku nak sangat tengok cite ni bila dia keluar nanti. Savvy?

3. X-Men: First Class (3 June)



Layan X-Men ni sejak kecik lagi. Pakat berebut nak jadi Cyclops. Konon macho la, stylo la pakai spek merah. Bila dah besar nak Wolverine lak. Kuat. Muka tak hensem, tapi cool. Haha. Movie ni pun sambungan X-Men yang terdahulu jugak. Not really a sequal actually, but lebih kepada flashback. Nevermind, sebelum-sebelum ni pon cite X-Men tak pernah menghampakan. So, aku tetap menantikannya. Zass.


4. Transformers: Dark of the Moon (1 July)



Transformers datang lagi untuk selamatkan dunia! What a lousy quote. Haha. Tak payah cakap banyak pasal robot ni. Semua orang tahu kan. Aku bukan tengok sangat pun robot- robot ni. Aku layan Megan Fox je sebelum ni. Hot! Dah tak kisah dah pasal orang lain. Shia LaBeouf berlakon memang semat ah. Salute! Kalau cerita Micheal Bay memang takyah ragu la. Sure best. Tapi kali ni Megan Fox takde la. Sigh*


5. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II (15 July)



Adaptasi daripada novel J.K. Rowling. Sangat menarik. Antara feveret movie aku. Start dari no. 1 sampai la no. 7 part 1. Eventhough Deathly Hallows part 1 tak berapa nak best, tapi aku still eager nak tengok penghabisan dia. Takde la ku duk meracau-racau nak tunggu HP habis. Nak baca novel dia sangat la malas. Tebal yang amat.


6. Mission Impossible: Ghost Protocol (16 December)



Cerita ni sangat la stylo. Gadget yang superb hebat tambah skill yang awesome. Aku bukannya minat ngan Tom Cruise sangat, tapi dia punya watak yang membuatkan aku terpaut ngan cite ni. Aku lagi minat Ashton Kutcher daripada mamat nih. Bagi aku, cerita ni boleh duk sebaris dengan citer James Bond dan Jason Bourne dalam Bourne Ultimatum which one of my favorites.


7. Sherlock Holmes: A Game of Shadows (16 December)



Orang kata save the last for the best kan. Bagi aku cerita ni the best untuk menutup tirai 2011. Lambat lagi tu, tapi masa memang cepat berlalu sekarang. Kejap je rasa. Tup-tup dah nak tahun baru. Kalau tengok citer Sherlock Holmes yang first dulu, memang rasa terpegun la. Lakonan Robert Downey Jr. sangat menjadi dan efek cerita tu memang terbaek. Dia punya slow-mo, jalan cerita, dan elemen lain membuatkan cerita ni epik dan berbaloi untuk tengok.



source: movieinsider