Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Monday, March 26, 2012

 UTM Sekudai





Seperti dalam resume, aku ni graduan UTM. Tapi sejak dari zaman forecast, masuk first year sampai dah habis aku tak pernah serius belajar. Aku hanya serius main-main saje. Aku ingat lagi nasihat mak aku masa mula-mula masuk u, " Lu kalau nak main masa u, main betul-betul, jangan main-main. Masa main tak boleh main-main.". Tu la pesanan yang masuk dalam kepala hotak aku. Pesanan lain aku layan tak layan.

Seperti kebiasaan anak durhaka, pesanan tu aku ingkar gak. Aku main tapi still main-main. Aku rasa sumpahan aku sejak forecast lagi. Duk dalam UTM memang auto jadi pemalas. Nak bukak buku rasa macam berat gila vavi. Kalau bab berjalan, ringan je kaki gua melangkah. Sepanjang duk UTM takde menda pun yang serius. Semua main-main. Hatta dalam gua mimpi pun boleh masuk kelibat member-member yang semuanya syaiton-syaiton perangainya.

Tapi alhamdulillah, gua berjaya grad. Lepas grad, gua still rindu zaman main-main kat UTM. So, weekend haritu gua pergi main-main kat UTM. Thanks Amil, Capt, Najmee, Na Qa, Nina, Ema, Peah, Diana, budak-budak tenis, sebab sudi bermain-main dengan aku. Nanti aku dah kurus aku pergi lagi.










Sunday, September 18, 2011

 weekend

Kalau kat pantai timur, cuti weekend hari jumaat sabtu. Kalau tempat lain, hari sabtu ahad. Weekend aku sekarang hari ahad isnin. I love Monday! Pelik ngalahkan setan gemok. Weekdays busy ngalahkan Bill Gates. Sumpah seranah tak lekang kat mulut. Hari cuti weekend ni la aku nak lepak release tension. Malam-malam stay up sampai pukul 3,4 pagi. Kalau kat UTM dulu stay up sampai subuh sebab blajaq. Sekarang ni, stay up sebab...






layan ps2. Ps2 pun ps2 la. Asalkan aku dapat main pastu jerit n gelak kuat-kuat. Main pastu gelak, sambung main, pastu mengilai plak. Good for me la sebab boleh bergumbira kejap. Duk tenyeh controller sampai kebas tangan baru masuk tidoq. Malam ni insyaallah main lagi. Haha.














p/s: permintaan kawan aku yang gila glamer. peminat setia chef zam n abang nara. haha