Tuesday, May 15, 2012

ekspidisi



Plain White T's - 1  2 3 4



Sumbat earphone ketat-ketat, katok-katok bantal dulu bagi empuk, betulkan parking, body position mesti mau ngam, capai buku sebelah katil, pacak atas perut. Ada guna gak perut yang membukit tanpa ada tanda-tanda mau susut. Betul kata orang lain, setiap menda berlaku pasti ada hikmahnya. Bila formasi dah terbaek, apa lagi, mula la mengeja.

Sedar tak sedar dah tiga suku buku Sandra Loh aku dah baca. Pedalling Around The Peninsula. Menarik gila siak idea dia ngan partner of crime dia tu, Mak. Cycling to all four corners of peninsular. From Padang Besar to Tanjung Piai to Sungai Rengit to Kota Bharu and finally back to Langkawi. Gila baq ang! Berduet lak tu. Diorang cari chemistry throughout the journey. Kalau dah journey sebulan lebih, 2664 klicks covered in 37 days to be exact, chemistry mesti tip top. Kalau tak ada yang ber-smack down kat tepi jalan. Jalan penceritaan dia detail dan buku ni macam boleh dijadikan panduan kalau ada lagi orang nak berbasikal keliling Malaysia. Suka duka jerit perih usaha diorang naik basikal memang buat aku teruja. Aku memang tak dapet la nak buat macam diorang tapi the least I can do is feel the journey from her writing.     

Sebelum bulan puasa tahun lepas bro aku dah kematu bontot naik basikal dari Hannover sampai Istanbul. Elok sampai sana dah Ramadhan. Masa on the way ke Ipoh tempoh hari, aku ada menyembang ngan abang aku, dia cite impian dia nak naik kapcai dari Malaysia sampai Thailand, Kemboja pastu pejadah nama negara lagi. Kalau boleh C70 takpun scrambler Azrai. Konon nak buat macam Jeremy Clarkson and associates dalam TopGear Vietnam Special. Tapi bagi aku serius nice idea dia tu. Cuma masa dan budget je yang sempit buat masa ni. Itu semua bisa diatur. Kalau aku ada kesempatan, memang aku nak join gak abang aku tu. Nak kayuh memang tak larat. Rempit kapcai sampai Thailand la. Pun boleh. 










2 comments:

Nina Diana Nawi said...

dare to ride till the center of the world.. ahhaks..

http://mekahmelaluijalandaratinsyaallah.blogspot.com/2012/05/kembara-bumi-suci-2012-bermotosikal_16.html

andy lala said...

betulkan parking tu aku ade kejadah ape