Friday, May 11, 2012

kawan yang sial



Nak tau apa yang sialnya ada kawan? Masa kita tengah syok membuta, dia gi kacau. Main tarik-tarik bulu betis. Pedih la ngok. Terbantut mimpi indah. Ada satu masa tu dia gi on lampu. Korang boleh paham tak perasaan kalau tengah syok lelap tiba-tiba ada makhluk gi bukak lampu? Mata ni rasa macam kena piat ko tau tak.

Kadang-kadang kalau ada buat salah sikit, ditunjal-tunjalnya kepala macam teddy bear. Agak-agak la, kalau cute sangat pun, jangan la men jari macam tu. Kepala hotak ni banyak menda lagi nak pikir. Kalau da selalu kena tenyeh, makin lama makin bengap la. Dah la yang sedia ada bengap. 

Lagi tak leh blah bila kantoi makan sekor-sekor. Punya la kedekut tak nak kongsi. Bukan mintak banyak pun. Dua tiga suap je. Tak luak la lauk tu. Biar la tu ko punya, ko punya suka la kan. Tapi yang aku punya ko plak terhegeh-hegeh macam orang bangang mintak suap. Geli kot. 

Kalau masa bahan membahan, member-member la nombor satu dalam list. Kadang-kadang aku tak kesah. Tapi kalau da hari-hari kena bahan, panas toqq. Hati gua bukan hati pembunuh bersiri. Hati ni bertaman der.

Banyak lagi la perangai sial member-member. Kalau nak list kan, memang sampai subuh la aku tak tido. Esok da la nak keje. Tapi, sesial sial adanya member, lagi sial bila takde member nak meneman aku. Aku sedih, sape nak tadah bahu. Aku ada problem, sape yang nak dengar pastu bagi nasihat bangang-bangang? Sape nak teman aku gi berjalan-jalan hujung minggu? Dah la takleh contact dah. Bangang betul sape bet macam tu. 

Susah der takde member yang boleh seia-sekata sekepala dalam semua hal. Nak kena cari satu nih. Bukan senang tapi tak mustahil seperti permata yang hilang bak kata Bad. 










p/s: aku tulis sial bukan bermaksud aku kasar, aku ni lembut orangnya persis Dee.



4 comments:

azri_malaya said...

baru kau tahu rugi kehilangan aku!!

naqib faiz said...

hahahahaha.. mung pon rugi jugak

Nina Diana Nawi said...

bukan ko la azri_malaya

and bukan aku... trang tang tang

naqib faiz said...

semua la nina.. ko ni wat speku lak