Tuesday, April 17, 2012

cerita moto



Cerita ni da lama. 3 tahun sudah.

Masa tu aku kat UTM. Second year. Masa tu tradisi zaman berzaman UTM, budak first year tak boleh bawak motor, kete, lori dan kenderaan bertayar yang lain. Disebabkan aku second year dan dah ada moto, so aku, zes, capt ngan amil buat pact la bila dah ada moto nanti kitorang tetap naik bas pergi kelas. Kononnya nak jimat minyak ngan duit. Dah semua orang setuju, kitorang takde apa-apa tentangan la. Go on with the plan bak kata capt.

Esoknya first day kuliah. Semangat sekor-sekor berkobar-kobar macam nak dapat four flat. Masing-masing tak sabar nak menjalankan pelan yang dah dibincangkan dan disetujui ramai. Disebabkan kuliah start pukul 8 pagi, bagi kitorang si bujang ni, waktu tu sangat la menyakitkan hati untuk bangun mandi, bersiap apatah lagi nak mengadap muka prof. Kalau lawa takpe.

Biasanya kalau kelas start pukul 8, pukul 7 dah kena siap-siap tunggu bas atas bukit tu. Bas ni sewelnya lain macam. Dalam jadual bas sepatutnya setiap setengah jam. Tapi tu hanya wayang semata-mata. Kalau tunggu pukul 7 belum tentu sampai kelas before 8. Perjalanan sepatutnya 5 minit jadi 30 minit. Lebih kurang. Biasanya lebih. Tak kira  lagi pakcik bas yang pick-up gadis-gadis je. Yang lelaki dibiarkan terkontang-kanting tepi jalan.

Disebabkan faktor-faktor tu, kitorang kena tunggu sangat lah awal. Kadang-kadang berkabus lagi da tercegat kat bus stop. Malam kejadian tu kami tido la seawal mungkin. Pukul 9 dah terbongkang atas katil. Bajet nak bangun awal kejar bas. Tapi biasalah wayang melayu, tak sah kalau tak spoil. Nak dijadikan cerita, pagi tu kitorang bangun tersangat awal. 7.54 a.m. Jemm. Kalau masa ni baru bersiap nak tunggu bas, memang tak tengok batang hidung lecturer la. Zes bagi cadangan bernas, sambung tido lagi best katanya. 

Last sekali, guna moto jugak. Tu pun pergi kelas yang pukul 10. Sudahnya sampai habis belajar kitorang guna moto. Perjanjian tadi terlucut serta merta. Tiap sem, yuran bas wajib bayar, tapi bas sekali haram pun tak jejak. Kalau hujan, tak gi kelas. Gitu konsepnya. Haha. 







4 comments:

Nina Diana Nawi said...

rindu dwang la tuh... hahahahaha

ae said...

hAHAHA..KURUS!

Nazreen Hashim said...

hahahahaha!

azri_malaya said...

mane mu dalam gambar tu? zes n capt jah ado