Showing posts with label valentine day. Show all posts
Showing posts with label valentine day. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

 kepada manusia batu



Pesananku kepada makhluk-makhluk yang menyambut hari valentine semalam. Anda semua dah boleh start benci-membenci pasangan masing-masing bermula hari ni sehingga 13 Februari tahun depan. And the cycle goes on and on and on until every last one of you die. Hari raya pun kena benci membenci jugak sebab bak kata korang (makhluk yang taksub dengan hari valentine), hari valentine je hari berkasih-sayang. Peace yaw! 

Pesanan ni khas untuk manusia batu sahaja. Sekian. 






Tuesday, February 14, 2012

 manusia batu


Hari ini 14 Februari. Seperti hari-hari sudah, aku jangkakan hari ni akan berlalu seperti biasa. Seperti tahun-tahun sudah juga, mesti ada manusia batu yang pekakkan telinga, butakan hati dalam bab hari valentine ni. Kenapa mesti tergedik-gedik nak sambut hari valentine ni sedangkan majlis agama, majlis fatwa dah mengatakan ianya haram? Kenapa ada manusia sakai yang secetek dada itik ilmunya menyangkal pandangan ijma' ulama? Kenapa mesti batu hatinya daripada mendengar pandangan yang lebih arif?

Ada yang menyatakan ulama yang memfatwakan hari valentine haram adalah kolot. Tidak kurang juga yang mengatakan ulama tidak tahu sejarah yang kononnya hari valentine bukan sempena kematian paderi valentine. Kenapa mesti membangkang bila diharamkan sambutan hari valentine? Apa dah tiada hari lain nak beri memberi bunga-bungaan kepada awek, tunang, chikaro, skandal? Ni la orang cakap, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh ditumpang. Makin dilarang, makin menjadi-jadi lawannya. Masa maulidur rasul taknak pulak bagi bunga kat pasangan. Cakap nak berkasih-kasih, kata nak mengeratkan silaturrahim. Buat la hari lain. Ada 364 hari lain lagi dalam setahun. 

Benda kecik kalau susah nak dibendung, usahkan benda besar. Zina, rasuah, judi, arak. Puii. Dasar batu granit!


Sabda Rasulullah; " Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri."


In Islam, everyday is loving day.