Wednesday, December 14, 2011

 rabu rabak : mak mah trolled!



LOL



source: 9gag.com

 nostalgia

Happy Ending. Best siak!






Kenangan zaman belajar. Fuhh. Terkinja-kinja macam beruk kalau teringat. Tersengih sorang-sorang dibuatnya bila tengok balik gambar-gambar lama. Kiut. Comel. Montel. Gebu. Zaman sekolah rendah serius kabur kenangan. Tak berapa nak ingat. Maklumla, kepala ikan, semut semua dah jadi menu harian aku. Benak sebenak-benaknya.

Kalau ingat pun yang kelat-kelat je la. Kena penampar dengan cikgu disiplin a.k.a. mak gua. Bertumbuk dengan member kelas dalam kelas sebab dia lukis anu kat sticker Micheal Owen atas pencil box aku. Panas wo. Sticker kesayangan tu. Cumbu betul. Balasannya kena rotan dengan cikgu disiplin a.k.a. mak aku lagi. Berbirat pungkoq aku, berbelang tiga. Sarjan. Kena cubit cuping sampai berdarah sebab bising dalam kelas. Yang tu aku paling bengang sekali. Tengah syok duk lawan tepuk kad atas meja, tiba-tiba cuping telinga aku panas. Ingatkan ada orang duk mengata aku kat sebelah. Panas je. Rupa-rupanya cikgu BI aku duk gentel-gentel cuping aku. Tak semena-mena cecair merah terpancut-pancut keluar.

Tapi takde yang paling kelat melainkan bila aku kena baca doa start perhimpunan hari Ahad. Pergh. Dia punya goyang wa cakap lu, first time baca, gigil lutut ni. Nak sunat pun tak goyang macam ni. Masa sunat gua steady. Biasa la setakat air mutlak keluar setitik dua. Padahal doa tu dalam bahasa ibunda kot. Bahasa Melayu. Ustaz aku da setting awal-awal bagi doa paling simple, dalam BM. Tapi dah gua ni jahil ngalahkan Jamil, tunggang langgang baca. Lepas tu, bila dah biasa, steady je la. Mata sebelah tutup, sebelah lagi usha awek kelas hujung.

Lagu paling makan dalam masa sekolah rendah, lagu kumpulan Baji. A.I.A. Sampai sekarang syahdu lagu tu masih sangkut kat sanubari aku. Zaman main titik, main tikam, main tiang, main pepsikola, zaman makan mamee dalam kelas fardhu 'ain, dah lama lepas. Tapi period of time tu la yang bentuk aku jadi orang bukan setang. Segala penampar, kutilan, sebatan yang hinggap kat badan aku ni, semua dah aku rasa. Sakit wo. Tobat takmo eh kalo kena sekali lagi.

Wednesday, December 7, 2011

 rabu rabak : the spear and the kerambit

 Review: Misteri Jalan Lama



Satu lagi filem yang aku rasa oh shit sangat-sangat. Tapi aku tabik kat bro Afdlin sebab berani mencuba sesuatu yang baru. Berani mencuba tak bermakna hasilnya terbaek.

Awal-awal tengok rasa macam menarik jugak la. Tapi bila start je keluar cgi, terus fuu. Hampeh. Upin-ipin lagi real. Yang bertambah spoil bila Nasir Bilal Khan keluar pakai baju zirah yang nyata mcam plastik dan berseluar fit kaler emas. Defak? Lawak woi. Tangan encik Nasir jadi besar bila pakai baju zirah tu ala-ala Zul Yahya dalam Pepaya.Dah la lagi besar daripada peha.Masa Harak kena pukul ngan Indra pun gila sial lawak. Nampak sangat Afdlin dalam kostum Harak sebab kena tarik pun tersekat-sekat.

Scene Illya jadi raja bunian lagi sial. Teringat kat cite Power Rangers. Sebijik. Que Haidar dan Hans Isaac memang tak payah cakap la. Diorang pelakon senior. Konfem-konfem la tahap lakonan superb. Scene Marion Caunter dengan Que masa malam pertama alam bunian menarik gak la. Aku rasa tu je kot yang misterinya. Nam Ron, memang aku minat sejak tengok citer Gaduh lagi. Dia jadi gengster yang gila stailo. Hang wat ghopla jingga noh.

Barisan pelakon semua superb. Tapi sayang, suntingan, kesan spesial dan CGI memang cam taik. Filem ni sebaris dengan Magika dan Sucker Punch yang mampu membuatkan aku tido dalam panggung. Konklusinya, filem ni tidak memberi impak seram pada aku tapi, berjaya membuatkan aku gelak dekah-dekah dari awal cite sampai keluar jalan ke kereta. Aku suggest kepada sesiapa yang baru putus cinta, yang frust, yang tengah tension, supaya tengok cite ni. Hilang stress. Jangan pergi tengok Ombak Rindu. Bertambah stress nanti. Haha.

Tuesday, December 6, 2011

 jiwa kacau


Kadang-kadang aku terfikir. Tersedar. Adakah betul apa yang aku buat sekarang? Adakah benar style hidup aku sekarang? Apa yang aku betul-betul butuhkan? Banyak sangat ke perubhan aku sekarang? Banyak mana transformasi aku? Jauh mana aku tersimpang? Dalam mana aku tenggelam, lagha dalam hayat aku? Air yang aku tertelan dah tak terlarat aku nak muntahkan. Lemas. Kondisi aku limapuluhlimapuluh. Antara keseronokan mengocak arus deras dunia yang sementara sifatnya dan kemurungan memikirkan nasib di hayat mendatang. Cuak.

Hidup hanya sekali, kata kawanku. Enjoy puas-puas. Buat apa yang nak buat. Manjakan diri selagi nyawa dikandung badan katanya. Ya, aku akui hidup memang sekali. Mati pun sekali. Bukan berkali-kali. Tidak sama sekali. Nikmat dunia dah bermacam-macam dirasai. Rezeki, alhamdulillah sihat walafiat tak pernah kering kelaparan seperti pelarian. Kawan, semua mengasyikkan. Famili, aku taknak famili lain. Aku syukur pada mulut semua nikmat tu. Alhamdulillah. Tapi secara batiniah, perbuatan, amalan aku, adakah seperti orang yang betul-betul bersyukur? Aku tak tahu.

Sudah 2 dekad 5 bulan 7 hari aku sedut oksigen, karsinogen, radon, thoron. Percuma. Macam-macam aku buat, aku rasa dalam tempoh tersebut. Baik, buruk, semua ada. Dosa tak tertanggung tulang belikat. Pahala, entah la. Tak kira. Andai ajal aku sampai, bila tiba saat ketua audit mengaudit akaun dosa pahala aku, entah simpanan yang mana lebih berat. Kiri atau kanan. Serius aku harap belah kanan. Tiada makhluk berharap dicampak hina ke dalam Jahannam. Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha bahkan agama-agama lain semua mengharapkan eternal life di dalam syurga.




Amalan masing-masing. Sendiri mau ingat. Tanah bercucuk tanam sudah diberi tuan tanah. Terpulang pada si hamba, menjalankan amanah mengusahakan tanah pinjaman sesubur-sesuburnya. Jangan sampai menderhaka tuan tanah dengan bercucuk tanam di tanah lain. Nahas jawabnya. Tanah lain dijaga rapi, tanah yang hak dibiar kontang. Kejam namanya.

Kenapa aku emo hari ini? Aku tersedar. Tu sahaja jawapannya. Tuhan tidak memanjangkan mimpi manis duniawu aku. Alhamdulillah. Dimana lagi aku perlu mengadu? Muka buku? Blog? Tidak. Mereka hanya wahana muhasabah diri aku dengan harapan suatu hari nanti aku dapat mengimbas kembali kenangan pahit manis hidup. Mereka tak berguna. Hanya kepada yang satu sahaja aku wajib menyerahkan jiwa raga. Yang Maha Esa.

Aku boleh memberi nasihat, buah fikiran kepada orang lain. Malangnya, aku liat nak buat apa yang aku paculkan dari mulut aku. Biasalah. Manusia. Yang salah menjadi biasa. Yang benar, dipandang luar biasa. Pelik. Sebab terbiasa dengan kebiasaan seperti itu lah aku hanyut. Menganggap yang kebiasaan itu benar. Sesat. Aku terlentok. Time to wake up son!