Tuesday, December 6, 2011

jiwa kacau


Kadang-kadang aku terfikir. Tersedar. Adakah betul apa yang aku buat sekarang? Adakah benar style hidup aku sekarang? Apa yang aku betul-betul butuhkan? Banyak sangat ke perubhan aku sekarang? Banyak mana transformasi aku? Jauh mana aku tersimpang? Dalam mana aku tenggelam, lagha dalam hayat aku? Air yang aku tertelan dah tak terlarat aku nak muntahkan. Lemas. Kondisi aku limapuluhlimapuluh. Antara keseronokan mengocak arus deras dunia yang sementara sifatnya dan kemurungan memikirkan nasib di hayat mendatang. Cuak.

Hidup hanya sekali, kata kawanku. Enjoy puas-puas. Buat apa yang nak buat. Manjakan diri selagi nyawa dikandung badan katanya. Ya, aku akui hidup memang sekali. Mati pun sekali. Bukan berkali-kali. Tidak sama sekali. Nikmat dunia dah bermacam-macam dirasai. Rezeki, alhamdulillah sihat walafiat tak pernah kering kelaparan seperti pelarian. Kawan, semua mengasyikkan. Famili, aku taknak famili lain. Aku syukur pada mulut semua nikmat tu. Alhamdulillah. Tapi secara batiniah, perbuatan, amalan aku, adakah seperti orang yang betul-betul bersyukur? Aku tak tahu.

Sudah 2 dekad 5 bulan 7 hari aku sedut oksigen, karsinogen, radon, thoron. Percuma. Macam-macam aku buat, aku rasa dalam tempoh tersebut. Baik, buruk, semua ada. Dosa tak tertanggung tulang belikat. Pahala, entah la. Tak kira. Andai ajal aku sampai, bila tiba saat ketua audit mengaudit akaun dosa pahala aku, entah simpanan yang mana lebih berat. Kiri atau kanan. Serius aku harap belah kanan. Tiada makhluk berharap dicampak hina ke dalam Jahannam. Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha bahkan agama-agama lain semua mengharapkan eternal life di dalam syurga.




Amalan masing-masing. Sendiri mau ingat. Tanah bercucuk tanam sudah diberi tuan tanah. Terpulang pada si hamba, menjalankan amanah mengusahakan tanah pinjaman sesubur-sesuburnya. Jangan sampai menderhaka tuan tanah dengan bercucuk tanam di tanah lain. Nahas jawabnya. Tanah lain dijaga rapi, tanah yang hak dibiar kontang. Kejam namanya.

Kenapa aku emo hari ini? Aku tersedar. Tu sahaja jawapannya. Tuhan tidak memanjangkan mimpi manis duniawu aku. Alhamdulillah. Dimana lagi aku perlu mengadu? Muka buku? Blog? Tidak. Mereka hanya wahana muhasabah diri aku dengan harapan suatu hari nanti aku dapat mengimbas kembali kenangan pahit manis hidup. Mereka tak berguna. Hanya kepada yang satu sahaja aku wajib menyerahkan jiwa raga. Yang Maha Esa.

Aku boleh memberi nasihat, buah fikiran kepada orang lain. Malangnya, aku liat nak buat apa yang aku paculkan dari mulut aku. Biasalah. Manusia. Yang salah menjadi biasa. Yang benar, dipandang luar biasa. Pelik. Sebab terbiasa dengan kebiasaan seperti itu lah aku hanyut. Menganggap yang kebiasaan itu benar. Sesat. Aku terlentok. Time to wake up son!



2 comments:

azri_batu said...

serius molek post kali ni...haha

naqib faiz said...

hahahahahah.. ni lah efek duk wat filing brtimbun gila vavi