Tuesday, February 22, 2011

kenapa?

Sebenarnya, banyak benda yang aku tak faham dalam hidup ni. Kalau pasal belajar, tak payah cakap la. Berlambak yang aku tak faham. Dah la susah nak faham. Malas pulak tu. Aku sedar aku ni malas, tapi aku malas gila nak jadi rajin. Aku selalu fikir :

kenapa mesti berkira
Aku kadang-kadang tak berapa faham kenapa someone tu mesti berkira sangat. Kalau berkira sikit-sikit tak kisah sangat, Tapi kalau sampai nak pinjam pen pun berkira, memang shit la. Kedekut tahap keldai dah tu, Memang la barang ko, tapi apa salahnya kalau bagi member tu pinjam pen kejap. Takkan tu pun nak berkira? Sadis betul. Lagi satu, ada jugak yang jenis berkira kalau nak beli barang-barang, especially kalau nak beli buku study. Time tu, punyalah berat nak keluarkan wallet nak ambil duit. Sampai gigil tangan, dah macam Parkinson dah aku tengok. Tapi kalau time nak beli rokok, selamba je bayar 10 ringgit. Padahal sekotak habis sehari je. Perempuan lagi la. Kalau member ajak karok, dah tak payah pikir dah, terus on je. Satu lagu seringgit. Kalau 10 lagu? Tak ke 10 ringgit? Padahal, dalam bilik pun boleh karok. Lagi best.


kenapa buang sampah
kenapa buang sampah merata-rata? Aku pun pelik la kenapa orang yang bertamadun boleh jadi jakun sampai macam tu sekali. Tong sampah sikit punya besar pun tak reti-reti lagi nak buang dalam tu? Bukannya susah sangat pun nak buang dalam tong sampah. Senang je kan. Monyet pun pandai kalau tuan dia ajar. Sampah tu bukannya berat sangat pun. Ni tak, selamba je buang sana-sini. Macam ni la tabiat orang Malaysia. Once menda tu da jadi habit, memang susah la nak ubah. Kalau nak compare dengan Singapura, konfem Malaysia kalah dari segi kebersihan. Padahal sebelah-sebelah je negara. Ternyata tahap sivik Singaporean a lot higher than us. Kalau kat Malaysia, kat mana ada papan tanda dilarang membuang sampah, kat situ la banyak sampah. Aku rasa lepas ni kena tukar la papan tanda tu. " Sila buang sampah disini. Terima kasih.". Konfem, tak ada sampah dah kat situ. So. please use the bin wisely. Tong sampah yang ada tepi jalan tu bukannya untuk hiasan. Gunalah sebolehnya.


kenapa susah senyum
Satu lagi typical Malaysian yang aku hairan sangat. Susah nak senyum. Bagi aku bukannya susah sangat nak senyum. Just lift your cheek. That's all. Tak pernah lagi aku dengar kes orang mati sebab dia senyum. Dah la senyum itu sedekah. Tak perlu keluar modal pun nak senyum ni. Tak rugi apa-apa pun. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau tengok member muka ketat je? Sah-sah korang tak selesa, tak berapa nak happy kan? Tapi kalau kawan korang tu senyum je, korang pun rasa senang hati, sejuk je. Kadang-kadang tu pekerja yang kerja kat kaunter muka ketat je. Dahla servis macam tak nak kerja, muka ketat pulak tu. Panas betul kan? Senyum sikit pun apa salahnya. Lagipun, orang yang tak berapa lawa pun boleh jadi lawa. At least nampak lebih manis. Betul tak? From now on, say cheese!




kenapa susah nak berterima kasih
Haa. Ni lagi satu yang aku musykil. 'Terima kasih'. Dua perkataan ini je dah cukup untuk menunjukkan korang appreciate someone yang tolong korang. Benda simple untuk service people pun susah nak amalkan. Susah sangat ke nak sebut te-ri-ma ka-sih? Lain la kalau mulut korang bau longkang ke, ada penyakit kaki, hidung dan mulut ke. Bagi sesetengah orang, benda ni nampak macam remeh sangat, tapi benda yang remeh macam ni la yang susah nak amalkan. Pelik bukan? Memang pelik, tapi ini lah realitinya. Kalau nak ucap terima kasih tu macam ada emas dalam mulut tapi kalau nak menjoyah, laju je mulut tu. Itik pun boleh kalah. Apa kata start dari sekarang, kita ringan-ringankan la mulut nak ucap terima kasih. Thank you pun takpe. Toce pun tak kisah. Yang penting maksudnya sama.



Thanks for viewing. Chill. Assalamualaikum.



p/s: aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh tido malam ni. insomnia kot.

No comments: