Tuesday, February 22, 2011

stupid me

Hi there. Tiba-tiba je mood nk tulis post ni ada. Pelik. Dah la saing dengan zes. Sebelah-sebelah je. Dia pun tengah update blog jugak tu. Aku rasa hujung minggu hari tu la weekend yang sangat skema untuk aku. Pagi-pagi Sabtu ada exam TECS. Wajib pakai pakaian formal pulak tu. Habis je exam TECS, aku terus pergi masuk kelas How to Get Yourself Employed (degree++). Dalam pukul 12 setengah macam tu, member aku call cakap ada emergency. Dia suruh aku turun bawah blok. Aku pun apa lagi, cepat-cepat la turun tunggu dia kat bawah. Dah la panas gila, pakai kemeja siap dengan tie lagi. Tercangak aku sorang-sorang tengah-tengah panas tu. Tak lama lepas tu member aku datang.

Rupa-rupanya diorang kencing aku je. Padahal nak kidnap aku pergi Pesta Layang-Layang. Nak taknak, terpaksa la ikut diorang pergi Pasir Gudang nun. Dah la pakai baju kemeja, kasut kulit dengan tie, macam baru balik keje separuh hari je. Cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan, pergi pesta pakai baju formal. Orang lain semua pakai kasual. Aku sorang je istimewa. Lain daripada yang lain. Sigh. Dah macam bapa bawak anak-anak pergi jalan-jalan kat pesta pulak. Sengal gila. Haha. Sudahnya, satu hari tu aku pakai baju formal. Segannya aku seorang je yang tahu.

Hari Ahad pun sama, kena pakai formal jugak. Sebab degree++ ada interview sebelah petang. Aku pergi sekejap je. Attendance aku penuh je sebab aku sign semua empat-empat kotak. Lepas tu aku blah. Pergi kat KTC. Ada friendly tenis dengan geng-geng Pontian. Sempat jugak aku main satu game. Balik bilik tengah hari tu baru la menggelabah nak buat resume dengan cover letter. Disebabkan aku tak pergi kelas degree++ petang semalam sebab pergi Pasir Gudang, aku tak tahu la kena buat resume dengan cover letter untuk interview petang nanti. Nasib baik budak perempuan group aku baik hati pinjamkan dia punya resume dengan cover letter. Fuhh. Selamat den. Lega kejap. Seronok je meng-edit resume orang lain. Haha.

Interview start pukul 2.30. Disebabkan lewat gerak, aku pecut la kapcai aku laju-laju. Sampai je kat fakulti aku terus masuk bilik interview. Dengan selambanya aku ambik kerusi nak duduk. Masa nak duduk tu, aku baru perasan. Ni bukan group aku. Semua orang tengok pelik je kat aku. Pergh. Masa tu aku rasa malu gila. Serius malu. Jatuh longkang pun tak malu macam tu. Berlari aku keluar bilik tu. Pergi menyorok kat tingkat dua. Rupa-rupanya turn aku pukul 4. Padan muka aku. Tu la. Siapa suruh ponteng kelas lagi. Kan dah malu.

Masa interview tu, orang lain mintak jawatan tinggi-tinggi. Aku seorang je mintak Research Assistant kat Jabatan Fizik. Interviewer kitorang tu lecturer Jabatan Kimia dan Jabatan Fizik. Diorang tanya la kenapa aku mintak jawatan tu, sedangkan orang lain mintak jawatan besar-besar. Ah sudah. Aku jawab la hanya jawatan tu je aku rasa aku mampu dapat. Entah apa-apa la jawapan aku tu. Diorang gelak je. Down gila rasa. Masa diorang tanya isu semasa, aku hanya pikir satu isu je. Isu pergolakan di Mesir. Malangnya ada seorang girl ni dah cakap dulu. Buntu kepala otak aku. Tiba je turn aku:

Interviewer: Naqib, sila beritahu kami apa isu semasa yang hangat recently?

Aku
: Hmm. Harimau terkam orang asli. ( Pendek je aku jawab)

Interviewer
: (Sambil gelak) Apa rasionalnya cerita harimau terkam orang dengan jawatan yang anda pinta ni?

Aku
: (Dengan penuh yakin) Bagi rata-rata orang lain, cerita ini mungkin melucukan. Tapi bagi saya, berita ini mempunyai moral yang tersendiri. Kisahnya terjadi apabila seorang orang asli diterkam harimau ketika dia sedang berburu berdekatan dengan rumahnya. Isterinya mendengar jeritan suaminya lantas keluar mempertahankan suaminya dengan senduk kayu. Ya, senduk kayu. Bukannya senapang. Moral cerita ini ialah, keberanian dan kesetiaan.

Interviewer
: (Gelak lagi) Oow. Ok. (Sambung gelak lagi)


Lepas interview tamat, interviewer pun bagi markah. Yang aku tak percaya, markah confidence level aku tinggi yang amat. Macam tak percaya je. Dah la cerita harimau terkam orang. On the way balik tu, aku gelak sorang-sorang atas motor pikir pasal kebangangan aku cerita pasal harimau tu. Sampai sekarang aku gelak sorang-sorang bila pikir balik pasal interview hari tu. Haha. Adios. Assalamualaikum.








p/s: esok pagi pergi Perlis. So, tiga, empat hari jugak la aku tak bukak blog ni. To SSZians yang bakal ambik degree++ nanti, good luck masa interview. Jangan ada pula cerita harimau terkam orang. Haha

4 comments:

Zes @ Hazim said...

haha~ harimau ye terkam..

amalina afif afandie said...

Attendance aku penuh je sebab aku sign semua empat-empat kotak. Lepas tu aku blah

gua suka :P

naqib faiz said...

hahaha... macam pnh wat je

AuLiA said...

gamble molek!